Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, April 8, 2010

Janda belum habis edah, dah dapat bini baru!


Hahahahaha!
hanya ketawa sahaja dapat teman luahkan apabila membaca laporan Malaysiakini ni..

Ibarat seorang lelaki yang telah menceraikan isterinya..
katanya isterinya pemalas mandi lah!, badan bau bangkai lah,
Nafas bau petai lah, Tak pandai masak..
malahan sampai tahap dijaja kelemahan bekas isterinya ke merata kampung
termasuk di mesyuarat PIBG sekolah!!!

Padahal semua orang tahu dia membuat fitnah!
Semua orang kampung tahu yang jandanya itu anak tok imam..
pandai mengaji.. juara pertandingan memasak kampung..
Ustazah pulak tuh! Kulit putih gebu! Dada bidang..
Keturunan anak ramai pulak tuh!

Last-last.. lelaki durjana tu kena tangkap berkhalwat dengan janda anak 8!
Janda tu pulak dah 2-3 orang jantan dia buat laki.. tapi semua lari!!!
janda tak cun pun! perangai pehh!! sekampung tau 'kejalangannya'!

Hmmm.. kesian teman tengok mamat berdua nih!

sunsnake 08042010

Dua MP Bebas sertai rombongan PM ke Amerika
Apr 8, 10
1:33pm
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abd Aziz, yang bertanggungjawab berhubung hal ehwal parlimen mempertahankan keputusan kerajaan untuk membawa dua ahli parlimen Bebas mengiringi lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Amerika Syarikat.

Datuk Seri Zahrain Hashim (Bebas-Bayan Baru) dan Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Baru), kedua-dua mereka sebelum ini ahli PKR, akan ke Washington, Rabu depan bagi menyertai rombongan Malaysia ke Kaukus Kongres Amerika Syarikat.

"Disebabkan kekerapan MP pembangkang membuat undian secara blok (memerlukan kehadiran MP untuk mengundi) pada setiap kali sidang Parlimen, saya memutuskan bahawa tiada MP Barisan Nasional yang akan dibawa keluar negara apabila parlimen bersidang. "Juga adalah tidak adil bagi memaksa MP pembangkang mengiringi Perdana Menteri untuk lawatan ini.

berita penuh

0 comments: