Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, April 2, 2010

Hujan duit di Hulu Selangor sudah bermula!

Wah! Inilah yang teman nanti-nantikan!
Hujan duit sempena Pilihanraya telahpun bermula!
Selama ini teman hanya mendengar dan membayangkan ditempat orang lain..
Macam tak percaya je tempat sendiri pulak kali ni!

Kepada rakyat Hulu Selangor khususnya pengundi-pengundi yang akan turun membuang undi 25 hb ni..
Teman harap tidak ada yang terpengaruh dengan 'hujan duit' yang akan berterusan hari ini sehinggalah tarikh mengundi nanti..
Sebab apa? selepas sahaja 25 hb April ini, sama ada BN menang atau kalah, kamu semua akan kembali menjadi mangsa kezaliman UMNO-BN yang akan membelai kamu ibarat puteri dan membiarkan kamu seperti anjing kurap selepasnya!

Tak percaya? tanyalah rakyat di Kuala Terengganu, Permatang Pauh, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Permatang Pasir, Bagan Pinang..

Batang Ai? sejak Sarawak masuk Malaysia lagi dah kena tipu dek BN!
sunsnake 02042010

Hulu S'gor dapat empat sekolah baru
Apr 2, 10
7:15pm
Meskipun Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata lawatannya ke Hulu Selangor hari ini bukan untuk berkempen, namun kawasan parlimen itu dijanjikan empat buah sekolah baru. Berucap kepada 500 guru dari Hulu selangor yang dihimpunkan di Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, Muhyiddin mengumumkan sebuah sekolah menengah dan tiga sekolah rendah akan dibina.
Selesai majlis itu, Muhyiddin bergegas ke sebuah masjid di Kampung Sentosa di batang Kali. Selepas menunaikan solat asar, beliau mengumumkan peruntukan RM2 juta untuk mengatasi masalah banjir di kampung berkenaan.

alam pada itu, beliau turut meluluskan permohonan Masjid Al-Sajdin di Kampung Sentosa untuk mendapatkan van jenazah dan tempat wuduk jemaah perempuan yang menelan belanja RM100,000. Beliau bagaimanapun enggan berjumpa dengan wartawan.

berita penuh

0 comments: