hehehe..
Makin hina diri MB Mahkamah ni dimata orang cina Perak..
Masalahnya.. dia sendiri menghinakan dirinya!
Angin tak ada, ribut tak ada..
Tiba-tiba sibuk belajar Bahasa Mandarin!
Nampak sangat sengaja nak menunjuk-nunjuk yang dia sangat 'mengambil berat' akan kepentingan orang cina!
Dey Maccha!
Lepas ni.. Jangan lupa Belajar Bahasa Tamil (dia memang terrer kan?)..
Jangan lupa belajar Bahasa Banjar!
Bahasa Jawa!
Bahasa Mendeleng!
Bahasa Kampar!
Baru leh dapat undi!!
sunsnake 18032010
Zambry digesa henti 'perbodohkan' Cina |
|
Ahli parlimen Beruas yang juga ketua DAP Perak, Datuk Seri Ngeh Koo Ham mencabar Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan ahli exconya supaya menghentikan 'sandiwara' mereka 'memperbodohkan' masyarakat Cina.
Beliau membuat bidasan itu hari ini dan mendakwa Barisan Nasional tidak cekap dalam mentadbirkan Perak. "Jika mereka ingin kembali ke sekolah, sila kembali ke sekolah dan biarkan orang lain yang cekap mentadbirkan negeri,” katanya di Parlimen lobi, hari ini. Ngeh (
kiri) mengulas laporan di akhbar harian
Sin Chew Jit Poh yang memaparkan gambar Zambry dan anggota exconya menghadiri kelas bahasa Mandarin. "Peristiwa itu diberikan liputan meluas oleh
Sin Chew tetapi ia hanya membuktikan bahawa exco BN adalah orang yang tidak cekap,” katanya. Beliau juga mahukan Zambry (
bawah) supaya menghentikan lakonan kononnya BN mengutamakan bahasa Mandarin dan Inggeris, sedangkan hakikatnya tindakan itu hanya 'sandiwara' dan tidak ikhlas.
Ngeh berharap masyarakat Cina tidak akan terpedaya dengan helah BN kerana sebelum ini beliau mendakwa ada arahan kerajaan negeri supaya tidak diambil pegawai yang mahir berbahasa Mandarin tetapi sebaliknya menghantar pegawai Melayu ke kelas bahasa Mandarin. "Mempelajari sesuatu bahasa memakan masa yang lama. Kenapa tidak menghargai masyarakat Cina dengan menyerap mereka yang mahir dalam bahasa Mandarin ke dalam perkhidmatan awam? “Masyarakat Cina juga kini menguasai bahasa Melayu dengan baik. Mengapa tidak kita memaksimumkan sumber berkenaan?” soalnya.
0 comments:
Post a Comment