Monday, March 8, 2010
Hebatnya "Power Of Media"!!!
Tadi teman ke klinik swasta berdekatan rumah..
Ntah mengapa dada rasa semput dan sendi-sendi rasa lenguh-lenguh akhir-akhir ni..
stress kot? Ya! Mungkin stress dengan masalah umat!
Kebetulan selepas menyerahkan kad insurans di kaunter,
teman duduk melopong menghadap TV yang kebetulan menyiarkan Buletin Utama oleh TV3 suku..
Agak ramai di klinik di waktu itu.. dan yang ramainya golongan makcik-pakcik yang membawa anak-anak mereka..
Tiba-tiba Buletin Utama menyiarkan berita YB Zulkifli Nordin memberi amaran kepada DS Wan Azizah agar meletakkan jawatan dan jangan cari pasal dengannya! Dengan olahan ayat dan lenggok bahasa serta memek muka yang sangat menjijikkan pembaca berita TV3 wanita yang sememangnya tidak pernah menutup aurat seolah-olah benar-benar berjaya menghasut makcik dan pakcik tadi yang melopong depan TV! Sambil menggeleng-geleng kepada pakcik tadi berkata secara perlahan.. cukup untuk teman dengar "Apa nak jadi la dengan PKR ni.."
hampir-hampir nak terkeluar dari mulut teman ayat-ayat penerangan namun disebabkan suasana dalam klinik yang agak hingar dan semuanya dalam keadaan 'darurat' sebab tidak sihat maka teman terus diamkan diri sambil berfikir..
Betapa hebatnya 'Power Of Media' yang kini berada didalam genggaman UMNO-BN!!! Dengan hanya sekali pancaran berjuta biji mata dan minda rakyat Malaysia setidak-tidaknya berjaya di 'sentuh' oleh agen propaganda mereka iaitu TV3,RTM,Awani, Bernama dan macam-macam lagi!
Dan betapa kerdilnya kuasa 'media' Pakatan Rakyat yang hanya mempunyai internet yang pastinya mungkin tidak akan sampai ke minda pakcik-makcik Felda tambahan yang 'totok' UMNOnya!
Selaku petugas Pakatan Rakyat, teman sangat-sangat faham betapa seksanya untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat teramai terutama diwaktu bukan Pilihanraya seperti sekarang ini. Kalau dimusim pilihanraya, mungkin rakyat sendiri mahu turun ke ceramah-ceramah pembangkang tetapi diwaktu sebegini? majoriti rakyat lebih senang menonton Mentor, Raja Lawak dan aktiviti seumpanya yang juga ianya umpan UMNO bagi melalaikan rakyat dengan hiburan!
Tidak hairanlah betapa UMNO bersungguh-sungguh mengawal media-media Televisyen ini kerana kesan dan kelangsungan sebarannya yang sangat mengagumkan! Usahkan media TV, media radio juga turut ditakuti oleh UMNO sehinggakan sehingga kini Radio Kelantan enggan menyiarkan ucapan MBnya sendiri!
Pengalaman DS Nizar dan DS Khalid Ibrahim berhadapan dengan Radio Perak dan Selangor jelas membuktikan betapa takutnya UMNO sekiranya pemimpin Pakatan Rakyat dapat berinteraksi mahupun monolog dengan rakyat. Apatah lagi Televisyen!
Mungkinkah tahap dmeokrasi UMNO ini boleh bertukar menjadi Parti Republican mahupun Democratik di Amerika yang memberi peluang kepada kedua-dua parti yang bertanding muncul dikaca TV media utama mereka? Ataupun seperti Indonesia yang memberi peratusan yang sama kepada setiap partai politik yang bertanding di PEMILU untuk muncul di semua media TV negara mereka di musim berkempen pilihanraya?
Atau kita perlu menunggu kucing bertanduk untuk melihat ini semua menjadi realiti di Malaysia?.. kecuali apabila UMNO-BN dinyahkan dari Putrajaya...
InsyaAllah, andalah penentu semua ini dan kepada Allah SWT kita bermohon segala-galanya!
sunsnake 08032010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment