Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, February 23, 2010

Untungnya bila tempat tu ada Pilihanraya...



Kalau idak dek sebab ada Pilihanraya Negeri Sarawak,
tobat lahum laaa.. duit sebanyak itu nak diumumkan..

Kalau ada peruntukan pun baik buat senyap-senyap agar senang di'sapu' dek depa..
Tapi dah ada Pilihanraya Sarawak ni.. kena la umum agar rakyat tahu..

Inilah standard KPI UMNO-BN..
Setiap apa yang dibuat MESTI ada kepentingan politik!
Ok lagi.. itu memang kelebihan UMNO sebagai pemerintah..
Tapi adakah rakyat yakin peruntukan itu akan sampai ke golongan sasaran?

Ke peruntukan diumum sekadar untuk meng'halal'kan kehilangannya nanti?

Wallahua'lam..
sunsnake 2302201

RM3.4 bilion untuk Sarawak


Najib Tun Razak meninjau keadaan Sungai Batang Sadong dekat Pekan Simunjan, Sarawak, semalam. Perdana Menteri diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri Simunjan, Mohd. Naroden Majais (kanan). – BERNAMA


SRI AMAN 22 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghargai kepentingan Sarawak hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM3.4 bilion untuk melaksanakan projek-projek infrastruktur di negeri itu terutamanya untuk penduduk pedalaman yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2012.

Perdana Menteri berkata, kerajaan Pusat menyediakan pelan perancangan dan kaedah pelaksanaan yang rapi untuk mencapai sasaran Indeks Prestasi Utama (KPI) dari segi pembangunan prasarana seperti bekalan elektrik, air bersih, pembinaan jalan raya dan rumah orang miskin di luar bandar di pedalaman Sarawak.

‘‘Tujuan saya datang (ke Sarawak) antaranya untuk melihat kejayaan yang telah kita lakukan serta untuk memberi komitmen dan keyakinan bahawa banyak lagi projek luar bandar akan kita laksanakan seperti akujanji kita kepada rakyat Sarawak di bawah konsep Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Petunjuk Prestasi Utama Negara (NKPI) terutama sekali melibatkan pembangunan prasarana luar bandar,” kata beliau.

Beliau menambah kerajaan begitu komited untuk meningkatkan keperluan prasarana di bawah NKRA pembangunan prasarana yang boleh dilihat melalui peruntukan kerajaan sebanyak RM3.4 bilion itu.

Najib berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar bernilai RM5.8 juta di Rumah Radin, Lachau Ulu, Lachau di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan dua Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri George Chan Hong Nam dan Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Najib berkata, laporan tentang program pembangunan prasarana itu akan dikeluarkan apabila tiba masanya kerana ada daripada projek tersebut sedang dalam pelaksanaan untuk faedah rakyat yang menaruh kepercayaan kepada kerajaan sedia ada.

Terdahulu dalam ucapannya, Perdana Menteri berkata, apa yang dilakukan kini adalah untuk meneruskan kesinambungan pemimpin-pemimpin terdahulu dalam menyediakan kemudahan untuk rakyat.

Dalam hal itu kata beliau, apa yang dekat pada hatinya ialah mengenai pembangunan luar bandar kerana terpengaruh dengan sifat ayahnya, Allahyarham Tun Abdul Razak yang dikenali sebagai Bapa Pembangunan Malaysia.

‘‘Allahyarham ayah saya berjalan beribu-ribu batu, beliau pernah pergi ke Kampung Pichin pada tahun 1966 dan saya juga telah ke sana pada tahun lepas. Saya tidak tahu macam mana ayah saya boleh sampai ketika itu,” kata beliau.

Najib memberitahu, salah satu misi yang dekat di hatinya dan ingin diselesaikan ialah agenda pembangunan luar bandar termasuk di Sabah dan Sarawak.

Turut mendapat perhatian beliau dalam ucapannya ialah mengenai janji pembangkang yang disifatkan sebagai janji ‘orang yang belum mendapat kuasa.’

‘‘Jangan ikut pembangkang yang datang bermusim. Bila orang tiada kuasa mudah untuk mereka menabur janji,” katanya.

Najib berkata, pembangkang kini mengalami sindrom tidak percaya kepada pemimpin atasan yang banyak berlaku di Semenanjung dan apabila pemimpin atasan tidak dipercayai lagi, ia sudah tentu akan memberi kesan kepercayaan rakyat kepada parti pembangkang.

sumber - melayau

2 comments:

mountdweller said...

Salam

Terima kasih jadi follower mountdweller.

Berbillion pun Sarawak tak maju juga dari dulu. Dah berapa puluh billion agaknya. Sedikit untuk rakyat, banyak masuk poket!

sunsnake@budakbalun said...

W.salam..
Sama-sama..
berjemaah lebih kuat hadapi toghut UMNO nie..

Kesian teman dengan rakyat Sarawak terutama yang tak tau info sangat di pedalaman..