Zambry MB Haram disahkan oleh Mahkamah yang juga salah sebuah anak syarikat UMNO Group Malaysia..
Alhamdulillah.. Segala puji bagi Allah yang berkuasa menaikkan sesiapa yang Dia mahu dan menurunkan sesiapa yang Dia mahu..
Buat Zambri dan UMNO.. Ini adalah kemenangan yang bukan hakiki.. Teman yakin jauh disudut hati kamu, kamu langsung tidak gembira! Gembiranya ahli neraka dengan perbuatan maksiat mereka didunia akan lenyap apabila melihat dihadapan mereka sendiri nanti api neraka yang menjulang! Disitu nanti, hilanglah segala kemegahan dan kemaksiatan mereka..
Buat Jamal Behrang..
Dosa kamu terlalu besar pada teman dan pengundi2 kamu di Dun Behrang..
Teman selaku pengundi kamu di UPU Kampung Balun..
Tidak sekali-kali akan memaafkan kamu sehingga ke akhir hayat teman..
InsyaAllah.. kita akan selesaikan di akhirat..
Teman haramkan kamu dunia & akhirat selagi kamu tidak memohon ampun kepada DS Nizar!
Buat DS Nizar dan penyokongnya,
bersabarlah... banyak hikmah sebenarnya atas timbulnya isu ini..
Kesepakatan PR Perak emnjadi terlalu kukuh berbanding sebelum DS Nizar dilantik sebagai MB..
Jika PR negeri2 lain mahukan roll model.. Peraklah contoh yang terbaik!
Pernah dengar DAP-PAS Perak bergaduh?
PKR-PAS Perak Bergaduh?
PKR-DAP Perak bergaduh?
Tidak bukan?
Inilah rahsia dan hikmahnya..
jam sudah 2.00 petang..
teman masih lagi termanggu mengenang betapa zalim dan munafiknya UMNO....
sunsnake 08.02.2010
Rayuan Nizar ditolak |
Nazri Abdullah |
PUTRAJAYA, 9 Feb: Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan pelantikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak adalah secara sah dan mengikut Perlembagaan. Berikutan itu, Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham menenangkan para penyokong Pakatan Rakyat dan meminta mereka bersabar. "Kita hormati keputusan mahkamah," ujarnya. Para penyokong Menteri Besar Pakatan Rakyat (PR) Perak, Datuk Seri Ir Mohammah Nizar Jamaluddin dan BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang berkumpul di pekarangan Mahkamah Persekutuan di sini, mulai diasingkan jam 9.55 pagi. Kira-kira jam 10.00 pagi kain rentang yang bertulis "Mahkamah rakyat, Nizar MB" dirampas oleh pihak keselamatan selepas direntang dan dilaungkan "Hidup Rakyat". Walaupun suasana tenang, namun kira-kira 100 anggota pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang pada ditempatkan di dalam kawasan mahkamah mulai keluar untuk memisahkan kedua-dua belah pihak yang berjumlah kira-kira 1,000 orang. Beberapa pemimpin Umno Perak berucap yang sebelum diminta beredar dari pintu masuk dan tangga mahkamah. Antara pemimpin PAS yang mulai hadir ialah Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar kira-kira jam 9.40 pagi, Ketua Penerangan dan AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan Dr Dzulkefly Ahmad sebentar tadi. Naib Presiden PKR, Mustafa Kamil Ayub juga kelihatan. Penyokong PR turut menunaikan solat hajat di pekarangan mahkamah pada jam 9.30 pagi yang diimamkan oleh Ustaz Norazli Musa. Para penyokong Menteri Besar Pakatan Rakyat (PR) Perak, Datuk Seri Ir Mohammah Nizar Jamaluddin dan BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mula berkumpul di pekarangan Mahkamah Persekutuan di sini, kira-kira kam 7.00 pagi tadi bagi mengikuti keputusan siapakah menteri besar yang sah. Penyokong PR yang diketuai Kelab Penyokong PR Perak, Drs Khalil Idham Lim tidak dibenarkan memasuki mahkamah. Begitu juga dengan penyokong Zambry yang memakai baju kuning bertulis Daulat Tuanku dan 1Malaysia serta Belia 4B dan Pewaris sambil melaungkan Daulat Tuanku dan 1Malaysia. |
0 comments:
Post a Comment