Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, February 24, 2010

Jangan Helikopter pulak tak boleh terbang!


Bagus la..
Apa pun perancangan untuk menguatkan pertahanan negara wajib disokong
Untuk keselamatan dan kedaulatan Tanahair..

Masalahnya timbul apabila keperluan yang wajib itu diseleweng oleh pihak yang dipertanggungjawabkan yang tidak bertanggungjawab!

Macam yang semua tahu lah!

Beli Kapal Selam.. Kapal selam takleh nyelam!
Beli Jet pejuang.. Jet pejuang takde enjin!
Yang baru beli pulak taleh terbang sebab enjit rosak!
Rosak disebabkan kontraktor cikai yang buat landasan!

Jangan nanti beli Helikopter, helikopter pulak takleh terbang!

Baru betul tiga-tiga Angkatan Tentera Malaysia kena!

Tentera Udara dah kena!
Tentera Laut dah kena!
Tentera Darat pulak kena!
sunsnake 24022010

Tentera Darat akan wujudkan Unit Helikopter Tempur

23/02/2010 8:26pm

KUALA LUMPUR 23 Feb. – Tentera Darat akan memperkukuhkan lagi ketombokan pasukan itu dengan mewujudkan Unit Helikopter Tempur sebagai memperlengkapkan sayap pertahanannya.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin berkata, permohonan telah dibuat di peringkat tertinggi Kementerian Pertahanan, tetapi keputusan pembelian helikopter tempur itu bergantung kepada peruntukan kerajaan.

"Tentera Darat telah membuat permohonan untuk mendapatkan aset itu dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10), namun tertakluk kepada kemampuan kerajaan untuk memperolehi aset berkenaan,” katanya ketika sesi wawancara khas bersama media sempena ulang tahun ke-77 Tentera Darat di Kementerian Pertahanan di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun menyatakan jenis dan jumlah pesawat tempur itu belum diputuskan kerana masih di peringkat perbincangan.

Sempena ulang tahun itu yang bakal disambut pada 1 Mac ini, yang bertemakan “Tentera Darat Mendokong Aspirasi Rakyat dan Kedaulatan Negara”, satu perbarisan akan diadakan di Kem Sungai Besi di sini. – Bernama

1 comments:

Pacifist said...

bila unsur rasuah menyusup masuk pasti ada bencana.bkn mengata tapi hakikat bila berlaku penyelewengan pasti ada kesannya kerana rasuah dilaknat Allah S.W.T.kita kena fikir perjalanan sebelum berlakunya akibat(sebab dan akibat)