Monday, January 18, 2010
Sibuknya Januari ni...
Salam,
Teman jangkakan tahun 2010 ini akan jadi satu tahun yang super-duper sibuk buat diri ini..
Dengan tanggungjawab kerja yang semakin bertambah setiap hari..
Dengan kerja-kerja perjuangan yang semakin pelbagai...
Dengan kekangan ekonomi teman yang semakin sempit!
Dengan kesihatan diri yang semakin slow..
Aduhh!!
Jika ada hari yang kurang tekanan kerjanya..
ada pula tugas-tugas parti yang perlu disertai..
Kadang-kala ianya bertindan!
Menyebabkan lesu badan sebaik sampai di rumah..
Alhamdulillah.. orang umah teman merupakan seorang yang sangat-sangat memahami..
Senyumannya menyambut teman di pintu rumah seringkali menyebabkan kepenatan teman tersangkut di pagar rumah!
Setakat Januari ni memang sibuk!
Dengan pelawat yang silih berganti datang ke gudang..
Baik pelawat Jepun mahupun Malaysia!
Dah macam Zoo pulak rasanya tempat keje nih! Hari-hari ada pelawat!
Dengan tugasan parti yang terpaksa teman sedikit 'lari-lari'..
Kadangkala timbul konflik apabila terpaksa memilih teruskan bekerja tau menguruskan aktiviti parti!
Inilah hakikatnya..
Kesibukan dunia pastinya akan dihindari daripada menghalang usaha mencari ketenangan akhirat..
Pencarian harta dunia PASTI akan terhenti namun jangan dilupa.. Pencarian harta Akhirat juga akan terhenti sama! Tiada lagi amalan sebaik nafas terhenti..
Allahuakbar... Astaghfirullah... Ampunkanlah dosa-dosaku Ya Allah...
sunsnake 17.01.2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment