Kalau ada orang tanya korang siapa antara manusia yang paling mangkuk hayun didunia, pada teman inilah dia Menterinya..
Bangla cleaner opis teman lagi pandai buat alasan kalau terkantoi tido dalam stor!
Teman boleh terima gak kalau dia kata Harga Gula naik sebab...
* harga tebu mentah dah naik..
* Pekebun gula mogok,semut banyak kat dalam kilang!
* Negara-negara pengeksport gula mengurangkan kadar eksport..
* Tokey Kwok tabur beratus juta metrik gula kat laut untuk menukar rasa air laut dari masin ke manis!
Tapi bila mamat ni kata macam ni...
"pengguna seharusnya tidak perlu merungut dengan kenaikan harga gula kerana rakyat perlu mengubah cara hidup dengan mengurangkan pengambilan gula sekaligus mengurangkan subsidi gula yang perlu ditanggung oleh kerajaan"
Memang mangkuk berayun la beliauuu!!!!
sunsnake 20.01.2010
Harga gula tidak naik menjelang perayaan Tahun Baru Cina
SUBANG JAYA 19 Jan — Harga gula tidak akan dinaikkan menjelang perayaan Tahun Baru Cina, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob.
"Saya ada dengar khbara angin dan spekulasi yang mengatakan harga gula akan naik lagi sebelum Tahun Baru Cina ini. Jadi kepada kaum Cina tak perlu bimbanglah, tak ada kenaikan.
"Kita juga nasihatkan jangan buat spekulasi sebab bila spekulasi banyak dibuat akhirnya lebih banyak gula akan disorok dan itu memberi kesan kepada pengguna,” katanya kepada pemberita selepas mengedarkan risalah kepenggunaan sempena Kempen Kurangkan Gula di Plaza Tol Petaling Jaya Selatan.
Pada 1 Jan lepas, harga gula dinaikkan 20 sen menjadi RM1.65 sekilogram di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak.
Ismail Sabri berkata pengguna seharusnya tidak perlu merungut dengan kenaikan harga gula kerana rakyat perlu mengubah cara hidup dengan mengurangkan pengambilan gula sekaligus mengurangkan subsidi gula yang perlu ditanggung oleh kerajaan. — Bernama
0 comments:
Post a Comment