Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, January 30, 2010

FRU rindukan demonstrator Kuala Lumpur!



Wah!
Sejak demo terakhir yang rakyat buat untuk Gerakan Mansuhkan ISA lepas..
Dah lama tak dengar cerita perancangan untuk demo lagi..
InsyaAllah BERSIH II pulak akan dibuat sejak SPR makin bodoh,buta dan tuli dengan secara terbuka bertindak mahu memenangkan UMNO-BN didalam apa jenis Pilihanraya selepas ini!

Disebabkan dah lama tak berdemo,
maka FRU pun terpaksa melepaskan 'kerinduan' mereka kat budak-budak U ni..
Tak cukup budak U, penganut Hindu pun kena attack!
Maklumlah, nak serang penyokong Kelantan, depa dah baik dah sekarang nih!!
Takde rusuh-rusuh lagikkkk!! hahahaha

Apa-apa pun Tahniah buat adik-adik teman di UM dan semua U lah!
Yang berani menyuarakan kebenaran!
Ingat! Dalam sistem E-voting ni..
Siapa pegang server dia la pemenang!

sunsnake 30.01.2010

FRU Mengganas di UKM

Berita yang diterima dari Cyberboron dari pekarangan masjid Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Berpuluh pelajar telah di tahan di pekarangan masjid UKM ekoran demonstrasi yang dilakukan oleh pelajar-pelajar UKM bagi membantah penangguhan pilihanraya kampus disana.

Setakat ini, dua trak FRU telah dipenuhi oleh pelajar-pelajar dan ramai lagi yang telah dipukul dan didera oleh pihak FRU.

Kami meminta seberapa ramai peguam-peguam, baik dari Pakatan Rakyat untuk turun membantu pelajar-pelajar ini.

Untuk bantuan guaman atau apa sahaja bantuan yang boleh diberikan…sila hubungi Cyberboron (016-5022447)

sumber - Perakexspress


FRU "berpesta" di Batu Caves

Selangor dakwa polis sabotaj Thaipusam

Polis petang semalam merobohkan pentas yang telah siap dibina oleh kerajaan negeri Selangor untuk menyambut perayaan Thaipusam di Batu Caves.

Pentas berkenaan bertujuan digunakan bagi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyampaikan bantuan RM1 juta kepada sekolah-sekolah Tamil dan kuil-kuil Hindhu di negeri itu.

“OCPD Gombak (Abdul Rahim Abdullah) dan pegawai polis lain datang pada jam 6.30pm dan mendakwa ia (perobohan) untuk tujuan keselamatan,” kata penyelaras program itu yang juga Ahli Majlis Tempatan Selayang, George Gunaraj.

Beliau juga mendakwa Abdul Rahim telah memberikan kebenaran lisan bagi pembinaan pentas itu ketika mesyuarat menganjurkan sambutan Thaipusam itu.

Exco Selangor Dr Xavier Jayakumar juga mendakwa mereka telah mendapat kebenaran dari Majlis Perbandaran Selayang.

Beliau berkata arahan pihak polis itu amat mencurigakan dan berkemungkinan besar menjurus kepada lawatan Perdana Menteri Najib Razak hari ini.

Beliau bersama-sama Adun Batu Caves Amirudin Shaari bergegas ke lokasi untuk meninjau tindakan polis ini, dan meminta penjelasan namun polis enggan bekerjasama.

“Kita telah angkat program ini di laman sesawang kerajaan negeri, promosi besar-besaran telah dibuat, ribuan pengunjung tahu akan program ini. Selepas perbincangan dibuat dan persetujuan dicapai, mengapa disaat-saat akhir polis mahu berhentikan acara ini,” kata Xavier.

sumber - Perakexspress

0 comments: