Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, December 4, 2009

Khusrin - Bekas Mufti pun tak layak! Bekas Mat Rock pun lagi leee!!






Betul...Betul..Betul..!
Hebat sungguh Boss JAIS nih!
'Istiqamah' sungguh dengan 'sijil Tauliah'nya!

Mengapa menyusahkan orang nak berdakwah?
Dan lagi malang.. Mengapa politikkan dakwah?

Adakah sebut kesalahan kerajaan UMNO satu kesalahan dari segi Islam?
Kalau penceramah tu perli Kerajaan UMNO kerana 'halal'kan judi adakah menjadi kesalahan si penceramah tersebut?
Kalau penceramah tu sindir bini Najib tak tutup aurat adakah menjadi kesalahan?
mengumpat ke tu? hakikat kan?

Teman ada koleksi kaset ceramah akhi Akhil ni penuh kotak CP..
Takde la pulak ada terdengar dia suruh orang minum arak?
main pompuan?
buka aurat macam bik mama?
amik rasuah macam bik papa?
simpan pompuan mongolia..
halalkan judi macam Kerajaan Malaysia..

Mungkin sebab tu dia kena 'banned' atas alasan tauliah kot?

Yang banyak teman dengar dari akhi Akil ni..
Jangan main muzik sampai lupa solat!
Jangan minum arak! dia pernah lalu zaman tuh!
Jangan buat apa yang dia pernah buat..
Jangan berzina.. (nak kalu..kawin! hehehe-siap contoh!)

Jangan lewat-lewatkan solat
Fahami dan hayati Al-Quran..
banyak lagi laaaa..

Selalunya ceramah beliau dimulai dengan selawat dan zikir munajat!
Itu yang best tuh!

Mashitah siap halalkan pelacuran?? Bodoh dari mana khusrin oiii!!

Ni la yang berlaku bila lantik pegawai jaga Islam atas kroni politik!
Segala tindakan KOMPOM ada motif politik..
bukan sebab takutkan Allah!
Tapi takutkan Presiden UMNO!
Tuiihh!!

sunsnake 04.12.2009

Tak layak ajar agama

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad
ahmadshahrul@hmetro.my


PUTRAJAYA: Penceramah muda yang juga bekas penyanyi rock, Akhil Hayy tidak layak berceramah dan mentarbiah orang lain berdasarkan latar belakang agama yang cetek selain hanya mengharapkan populariti sebagai artis semata-mata.

Bukan itu saja, penceramah yang pernah menjadi pengacara sebuah rancangan ilmiah di televisyen itu juga tidak pernah diberikan sebarang kelulusan berceramah dan pernah ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Kenyataan itu dikeluarkan Pengarah Jais, Datuk Mohamed Khusrin Munawi yang mengakui berdasarkan maklumat, bekas penyanyi kumpulan rock terbabit tidak mempunyai latar belakang agama bagi melayakkannya memberikan ceramah agama.

Tanpa berselindung, beliau berkata, penceramah muda terbabit juga pernah ditahan kerana tidak memiliki kebenaran bagi menyampaikan ceramah tetapi tidak didakwa dan dibebaskan.

“Apa yang kami ketahui, dia (Akhil) pandai bercakap seperti penceramah lain tetapi tidak memiliki latar belakang agama yang sepatutnya dimiliki seorang penceramah agama.

“Bagaimanapun, kami tidak menafikan pengaruh artis membolehkan orang ramai tertarik dan gemar hadir bagi mendengar ceramahnya yang sebelum ini tidak ketinggalan melampiaskan kata-kata sindiran terhadap orang lain,” katanya, semalam.

Malah, katanya, selepas ditahan Jais kerana berceramah tanpa kebenaran, Jais tidak pernah menerima sebarang permohonan daripada penyanyi rock terbabit.

Menurutnya, sepanjang pengetahuan, Akhil tidak memilik latar belakang agama walaupun pernah memberikan ceramah agama selepas meninggalkan dunia artis.

“Apa yang kami bimbang, penceramah yang tidak memiliki pengetahuan agama sepatutnya tetapi berlagak bijak berceramah yang boleh menjurus kepada mengelirukan masyarakat yang menjadi pendengar.

“Kami tidak mahu penceramah yang hanya pandai cakap tetapi tidak ada pengetahuan agama dan apa yang paling membimbangkan mereka menggunakan logik akal dalam ceramah mereka,” katanya.

Tanpa berselindung, Mohamed Khusrin, berkata Selangor bukan tempat bagi penceramah terbabit, lebih-lebih lagi selepas masalah rumah tangga dengan bekas isterinya menjadi isu sebelum ini.

Menurutnya, kelemahan menangani isu peribadi itu juga boleh dilihat sebagai kelemahan yang tidak sepatutnya ada bagi seorang yang mahu bergelar penceramah yang sepatutnya menjaga tata susila mereka yang memiliki ilmu agama yang syumul.

“Bagi saya, kita sudah mengetahui latar belakang agama Akhil dan sudah pasti kita tidak akan membenarkan penceramah muda (Akhil) ini mengadakan ceramah di negeri ini.

“Bukan itu saja, Akhil juga tidak pernah memohon sebarang kebenaran untuk berceramah bagi membolehkan siasatan lebih terperinci terhadap pengetahuan dan ilmu agama yang dimiliki,” katanya.

Mengulas lanjut isu itu, Mohamed Khusrin berkata, tidak ada guna memberikan kebenaran kepada penceramah termasuk Akhil yang hanya pandai bercakap jika ia lebih kepada untuk mengaibkan orang lain.

Menurutnya, seorang penceramah perlu mempunyai sifat terpuji dan tidak mengaibkan orang lain dalam ceramah dan bagi Akhil yang perlu juga melihat peranannya yang menyindir masyarakat artis yang pernah disertai satu ketika dulu.

“Alasan itu (tidak mengaibkan orang lain) adalah antara peraturan yang perlu dipatuhi jika ingin memperoleh kebenaran berceramah di negeri ini.

“Kami tidak mahu sebahagian besar daripada ceramah yang diberikan lebih kepada mengutuk dan mengaibkan orang lain sehingga mengabaikan ilmu yang sepatutnya diperoleh mereka yang menjadi pendengar,” katanya.

Tanpa menidakkan hak untuk Akhil dan penceramah lain berceramah, Mohamed Khusrin, berkata setiap penceramah perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan termasuk memiliki bukti kemampuan dan kemahiran ilmu agama yang dimiliki.

Menurutnya, Jais akan memastikan ada bukti seperti sijil atau kelulusan dalam bidang agama dimiliki mereka yang berhasrat berceramah di negeri itu bagi mengelak timbul masalah yang tidak dijangkakan termasuk membawa unsur yang bertentangan amalan umat Islam di negara ini.

“Kami juga mempunyai cara tersendiri bagi mengenal pasti sama ada seseorang pemohon itu memiliki ilmu agama yang sepatutnya bagi melayakkan mereka menyampaikan ceramah agama.

“Begitu juga pendekatan tertentu dilakukan bagi mengesan sama ada mereka (pemohon) menjadi pengamal sesuatu pegangan yang tidak dibenarkan di negara ini,” katanya.

Menurutnya, saringan teliti itu bagi memastikan tidak ada penceramah ‘mata duitan’ yang mahu menjadikan kawasan di negeri itu sebagai ‘lubuk’ bagi mengaut keuntungan mudah mereka.

6 comments:

Anonymous said...

kusrin ni bila nak berambus? MENYEMAK AJE UMNGOK SEKOR NI!!! kAWAN BAIK HASAN ALI TUUU!

urat dawai

Anonymous said...

woi kusrin bodoh!!! Yg tak layak tu ko!!! itu macam kalu itu Yusof Islam yang dulu namanya cat steven penyanyi rock negara barat tak layak lah berdakwah!!! Apa punya bebal lah si jawa kusrin goblok ni!!! Macamana Paduka Tuanku boleh perkenan melantik goblok ni memimpin MAIS? Hancur islam di selangor.


jawa klang

Anonymous said...

Sudahlah Kusrin, yg goblok tu ko!!! Kalau ko tu pandai sangat agama napa ko tak bagi ceramah??? Ko dengki kat org lain punya kebolehan sebenarnya, sudahlah wak kusrin,pergi makan tempe dgn anak wak toyo lagi bagus lah ko!!! Sialan!!!


shah alam ramai jawa

budakbalun said...

rasanya kalau Allahyarham ahmad deedat datang Malaysia pun kena amik tauliah dulu kot??
Kalau Zakir Nair pun kena amik tauliah dulu kot??

Agak2 mana yang lagi banyak Islamkan orang kafir..
Khusrin ke Zakir Nair??

UMNO.. Dulu Kini Selamanya.. sesat!

kang kali kung said...

Nak buat dakwah pun kena pkai 'boerder pass,'mcm nk masuk Military Zon pulak..Lps tuh ko sebok la dlm tv kata kesedaran agama dikalangan rakyat masih rendah..Sendiri yg bikin Foul,mau salahkan orang ramai pulak..Sebab ko menyekat dakwah la,kebanyakan masyarakat jd jahil..oii Kursin Kusta..Xde keje lain selain dari kerja mendaftar nikah cerai org dan 'pau' duit org berzina dan minum arak kt pejabat agama tuh??Ne Islam pura-pura/celup/make up jer namanye klu mcm ne bhaiii..

budakbalun said...

InsyaAllah.. x lama golongan2 sebegini.. nanti pupuslah tu.. wakakaka!