Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, December 3, 2009

Bayaran tambahan sekolah - Bangsat punya UMNO!


Sekali lagi teman rayu la pada semua..
Pastinya khas buat melayu yang totok UMNOnya..

Tinggalkanlah parti kamu yang zalim ini..
Mengapa dalam hal sekecil ini pun(duit untuk budak-budak sekolah)
UMNO masih gagal memahami betapa peritnya mak ayah mencari duit..
Bukan mahu mengurangkan perbelanjaan malahan semakin pelik-pelik yang mak ayah kena belanjakan!!

Insurans? Ko-Kurikulum? Tidak membebankan ibubapa?
Persetan la dengan semua ayat-ayat 'khianat' ini!

Teman sendiri secara jujur pening dalam nak sediakan kelengkapan anak nak sekolah ni..
Walaupun baru seorang anak yang nak dilengkapkan..
Bagaimana dengan yang ada 4 orang anak yang WAJIB dilengkapkan?
Bagaimana kalau isteri tak bekerja?
Bonus pun tak pernah ada?

Subhanallah!!! Bantulah ibubapa ini..
Yang meneruskan kehidupan berkeluarga sesuai dengan sunnah Rasulullah SAW.
Yang meneruskan kehidupan berkeluarga sesuai dengan fitrah manusia..

malangnya, kerajaan Malaysia ini terlalu angkuh!
Terlalu sombong! terlalu buta perut!
Memandang kesusahan ibubapa ini hanya masalah terpinggir!
yang lebih mementingkan kekayaan dan kemewahan perut dan bawah perut mereka sahaja!

Teman sendiri pernah melihat seorang anak kecil mendaftar darjah satu..
Dipimpin oleh ayahnya.. yang jelas berpakaian lusuh..
Anaknya sendiri berpakaian 'baru' tetapi lusuh..
Mungkin pakaian terpakai sumbangan orang..
Mendaftar sambil ayahnya merenung lama kertas list perkara yang perlu dibayar..
Selipar ayahnya sendiri menggambarkan betapa susahnya hidup mereka!

Alangkah moleknya kalau Muhyiddin Yaasin ada disebelahnya waktu itu..
Agar dia melihat sendiri kesusahan rakyat membesarkan anak-anak..
Dalam perit ibubapa berusaha menunaikan tanggungjawab,
memberikan pendidikan yang sempurna untuk anak-anak..

Namun,
bagaimana mungkin Muhyiddin boleh melihat situasi itu?
Jika sebelum ketibaannya, kelibat-kelibat 'susah' seperti ini pasti di'hilang'kan terlebih dahulu..
Dan jika terlihat dek Muhyiddin pun..
Apa sejarahnya yang pemimpin sebegini akan simpati?
Dan jika simpatipun... mungkinkah sekadar untuk tatapan lensa wartawan dan muka depan akhbar keesokannya?

Cheh! UMNO...
Dulu.. Kini.. Selamanya.. Menipu!
sunsnake 03.12.2009

Bayaran tambahan persekolahan

KUALA LUMPUR 2 Dis. - Kementerian Pelajaran akan mengenakan bayaran tambahan kepada pelajar bagi sesi persekolahan tahun depan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, berbeza dengan yuran persekolahan, bayaran tambahan tersebut akan digunakan untuk manfaat para pelajar.

Menurut beliau, yuran persekolahan pula akan digunakan untuk menampung hal ehwal pentadbiran sekolah serta penambahbaikan beberapa kemudahan yang disediakan.

Katanya, jumlah bayaran tambahan itu akan diumumkan kelak dan ia boleh dibayar ketika sesi persekolahan bermula.

"Bayaran tersebut tidak akan membebankan ibu bapa dan para pelajar. Ia juga akan digunakan untuk kemudahan dan aktiviti mereka.

"Sebagai contoh, duit yuran tambahan itu akan digunakan sebagai insurans dan untuk menjayakan aktiviti kurikulum pelajar sepanjang sesi persekolahan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas hasil perbincangan Mesyuarat Jawatankuasa Penggal Persekolahan 2010 yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

Dalam pada itu, Alimuddin berkata, mesyuarat itu kebiasaannya akan diadakan setiap hujung tahun bagi meneliti persiapan persekolahan serta menangani pelbagai isu yang timbul sebelum bermulanya sesi persekolahan baru.

"Dalam mesyuarat tersebut, apa jua perkara berbangkit seperti infrastruktur, perabot, peralatan dan jumlah guru akan diperbincangkan.

"Ini bertujuan agar para pelajar dapat mengikuti sesi persekolahan dalam keadaan selesa serta memastikan segala kemudahan yang disediakan berada dalam keadaanbaik," jelasnya.

Sesi persekolahan baru bermula pada 3 dan 4 Januari ini.

0 comments: