Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, November 13, 2009

Tok Guru Nik Aziz batal hasrat ke Mekah!

Gambar TGNA selepas menyampaikan Kuliah pagi tadi

Begitu biadapnya dan bangsatnya manusia yang memfitnah beliau!
Hinggakan niatnya menunaikan Haji dibatalkan dalam linangan air mata!

bukan hasratnya nak ke Qatar atas jemputan Putera arab!
Bukan hasratnya nak ke Perancis atas pelawaan Razak Baginda dan Altantuya!
Bukan hasratnya ke Amerika atas pelawaan agen Yahudi!

tetapi hasratnya nak ke Mekah menyahut panggilan Baitullah!
Seorang ulama' sepertinya..
dimanakah lagi tempat yang paling bahagia baginya di dunia ini?
kalau bukan Baitullah!!

laknatlah kamu wahai manusia yang memfitnahkan Tok Guru ini..
Yang bukan menyertai politik untu wang ringgit!
Jauh sekali kerana nak komisen kapal selam!

Bangsatlah kamu wahai manusia yang memfitnah Tok Guru ini..
Bangsatlah kamu!

sunsnake@budakbalun 13.11.2009

Tok Guru batal hasrat ke Mekah

Dalam kuliah jumaat di Dataran Ilmu sekejap tadi TGNA telah membatalkan hasratnya untuk menunaikan Haji ke Mekah pada 18 Nov nanti.TGNA tidak nyatakan secara jelas sebab-sebab pembatalannya itu, cuma TGNA ada menyatakan bahawa beliau dan menantunya telah difitnah dan dikhianat.

……………………………………………..

Kepada tangan-tangan jahat yang berusaha dengan pelbagai cara dan pelbagai isu untuk mencemarkan dan menjatuhkan kepimpinan TGNA di Kelantan, diharap telah berpuas hati dengan pengumuman terbaru TGNA ini.Hasil usaha anda ada sedikit menampakkan hasilnya.Teruskanlah lagi usaha-usaha anda.Masanya sudah hampir tiba… kebenaran pasti akan teserlah jua.

Buat Exco-exco dan YB-YB yang lain, sekirannya ada lagi yang behasrat untuk mengambil pembantu-pembantu atau pegawai – pegawai peribadi, berhati-hatilah.Teliti baik-baik dan perhalusilah dengan sedalam-dalamnya… janganlah terambil spesis yang akan merosakkan kita , Jemaah kita , parti kita dan negeri kita suatu hari nanti.. ambillah pengajaran dan iktibar dari peristiwa yang berlaku sehari dua ini sebagai kayu pengukur untuk kita semua.Tidak pernah lagi sepanjang ingatan saya TGNA membatalkan hasratnya untuk menunaikan ibadat haji ke Mekah setelah urusan pemergiannya disempurnakan awal-awal lagi.

sumber - pinkturtle

5 comments:

YANG GAMBI said...

Salam bro, mengapa kita mesti memaki hamun orang lain, menyalahkan orang lain....... kalau Nik Aziz merasakan dianya benar pergi aje lah.... mengapa mesti takut.... nampaknya Nik Aziz lebih takut kepada sesama manusia daripada Allah.....

Sebab itu kita jangan keterlaluan merasakan kita lebih baik dari orang lain, riak dalam ilmu dan amal akan diuji Allah dengan pelbagai cara....

Budak Balun said...

W.salam..

pernah dengar kisah Rasulullah SAW halang sahabat membunuh Abdullah bin Ubai bin Salul? Boleh kalau Rasulullah arahkan bunuh munafik tu..
Tapi sebab memikirkan jemaah.. buruk nama Baginda dan pastinya nama Islam akan terpalit sama.. maka Rasulullah tak bagi sahabat membunuh munafik itu..

teman kaitkan balik dengan isu Nik Aziz ini.. memang dia boleh pergi.. dan memang dia tahu ahli PAS tak kisah dan yakin dengan kredibilitinya. namun memikirkan kepentingan jemaah(parti),dan nama baik dia sendiri(kalau nama dia buruk, kelak munafik UMNO akan palitkan PAS sekali), maka dia batalkan niat ke Mekah dahulu..

Sama-sama kita doakan dia akan dipanjangkan umur agar dapat menunaikan haji tahun hadapan!
Allahuakbar! Hancur Toghut!

PUTRA MERDEKA said...

budak,
Allah tidak mengiazinkan nik aziz sesat untuk menjadi tetamu nya, ko cakap apa pun yang jelas dan yang pasti ialah ALLAH TIDAK MAHU NIK AZIZ SEBAGAI TETAMU NYA..
ko paham ker budak???

Anonymous said...

"budak balun said:

Allahuakbar! Hancur Toghut!"

alhamdullilah, doa anda telah dimakbulkan Allah. toghut itu tidak dapat ke mekah kerana Allah tidak memberkatkan hasil yang diperolehinya untuk ke mekah

Takbirr ..

lelong selipar berkat 1.5 juta

Budak Balun said...

Putra 'tak' Merdeka..

Kesian dengan kamu..
masih buta walau dalam terang..
walau kornea mata masih berfungsi..

Bukan Allah SWT tak mahu menerima Nik Aziz sebagai tetamunya, tetapi kamu UMNO sengaja mencari-cari isu yang takde isu..
Anwar yang kamu puja dulu pun buleh kamu 'liwat'kan!!!

tolong jangan bercakap hal agama kalau pemimpin tertinggi UMNO kamu tu pun jahil!