Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, November 16, 2009

Terkejut! - Pak Lah bukan Hidup Melayu ke?

Kalau benor cerita ni memang tak patut betul laa..
Selaku Mantan Perdana Menteri Malaysia ke-5 tu syeikh!
Pemimpin tertinggi PEKIDA lak tuh!!

So, apa lagi ayahanda Lajin Ipoh,
gi la belasah Najib!! hari tu bukan main semangat kat depan SUK ko nal pukul Nizar!
Ni Ayahanda tertinggi korang ni beb!
Melayu tu Pak Lah ni!
Apsal Melayu Najib nak buat macam ni kat Melayu Pak Lah??

Itu Parlimen yang dimenangi UMNO tuh!
Pun kena zalim gak!
Yang Parlimen PR ni takyah tanya laaa!!

Yang musykilnye,
Yang dok bawa isu ni YB bukan melayu!
ish..ish..ish.. kesian betul kat orang melayu la ni..

disebabkan politik..
melayu sendiri halang melayu dapat royalti minyak..
melayu sendiri halang peruntukan kewangan untuk ahli parlimen melayu..
melayu sendiri halang peruntukan kewangan untuk ADUN melayu..
Melayu sendiri dok gadai tanah rizab melayu..
Melayu sendiri dok gadai tanah tapak untuk buat masjid!

Yang herannya,
setahun sekali puak-puak hidup melayu ni gak yang melalak-lalak kat PWTC tuh!
Hidup Melayu! Hidup Melayu! Hidup Najib!

Hidup Melayu?? pigiirraaa!!

sunsnake 16.11.2009



Pusat tarik peruntukan Parlimen Tun Abdullah
Mohd Sabri Said
KEPALA BATAS, 16 Nov: Peruntukan pembangunan menerusi Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9) bagi Parlimen Kepala Batas, iaitu parlimen bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi di dakwa telah ditarik oleh kerajaan persekutuan.

Exco Kebajikan, Kesihatan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang, Phee Boo Poh ketika memberitahu perkara itu berkata, Abdullah kini seolah senasib dengan ahli parlimen pakatan rakyat yang lain.

Tindakan kerajaan persekutuan itu tegasnya adalah tidak wajar, seolah olah mahu 'menghukum' Abdullah dan lebih teruk lagi akan mengainaya masyarakat di parlimen tersebut.

"Sebenarnya perkara ini disembunyikan dari pengetahuan umum bimbang menjatuhkan maruah mantan Perdana Menteri yang telah berjasa pada negara walaupun perkhidmatanya singkat ekoran ketidakbijaksanaan memerintah, " tegasnya yang juga Adun Sungai Puyu.

Tegasnya lagi, kerajaan pusat sewajarnya membantu Abdullah bagi membantu masyarakat di kawasannya khususnya di Dewan Undangan negeri (Dun) Bertam dan sebagai mengenang jasa beliau terhadap pembangunan negara.

" Tidak patut buat begitu kerana Kepala Batas juga sebahagian daripada Pulau Pinang lebih-lebih kawasan Tun Abdullah yang pernah dinobatkan sebagai Perdana Menteri Ke Lima Malaysia, " katanya.

Sejak Tun Abdullah memegang tampuk pemerintahan pada penghujung 2003 boleh dikatakan Bertam muncul sebagai sebuah pusat pentadbiran baru mengantikan Butterworth yang kini lebih kepada bandar pelabuhan.

Dan sekarang ini kerancakan pembangunan di Bertam seakan terhenti apabila peruntukan tersebut ditarik.

sumber - harakahdaily

0 comments: