Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, November 19, 2009

Student pandai, Pentadbir Universiti pulak bodoh!


Ni la dia yang dinamakan membodek tahap 'dewa'!
Student jemput tetamu tersebut bukan sebagai pimpinan parti..
tetapi sebagai Pegawai Kerajaan..
Sama la jugak dengan NC Universiti..
Dia sebagai kakitangan Universiti..
Kalau dia gi Ceramah UMNO pun apa ada hal?
hak dia sebagai rakyat?
Kalau dia gi ceramah PAS laaagii takde hal!!

Syabas anak-anak muda..
tunjukkan kepada pentadbir-pentadbir Universiti-universiti Awam Malaysia yang bodoh dan penakut nak mampus nih!
sunsnake 19.11.2009

2 pemimpin siswa UM tidak bersalah

Dua pemimpin Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) hari ini didapati tidak bersalah terhadap dakwaan membawa masuk seorang ADUN Pakatan Rakyat ke kampus tersebut, Mac lalu.

Muhammad Haafizuddin Abirerah dan Abu Ubaidah Amir Abdul Malik dituduh membenarkan setiausaha kepada menteri besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad melibatkan diri dalam aktiviti pertubuhan itu.

Pada 16 Mac lalu, Nik Nazmi menyampaikan ucapan perasmian mesyuarat agung persatuan tersebut selepas diseludup masuk ke kampus dengan motosikal seorang mahasiswa setelah kenderaannya dihalang.

Manakala pendakwaan tatatertib terhadap enam aktivis Persatuan Bahasa Cina UM (PBCUM) – yang enggan nama mereka didedahkan – akan bersambung awal petang ini.

Mereka dituduh mengundang exco kanan Selangor, Teresa Kok dan ahli jawatankuasa pusat MCA Wong Nai Chee mengadili satu program debat, bulan lalu.

sumber - malaysiakini

0 comments: