Teringat sewaktu kecil di kampung, dengan suasana desa yang permai.. di hadapan rumah opah teman, halaman rumah yang sedikit berbukit.. diisi dengan sebatang pokok cempedak yang tinggi merimbun. Akarnya yang besar tempat teman bermain masak-masak dengan sepupu-sepupu yang lebih kurang sebaya. Sesekali kami bermandi sungai dibelakang rumah. Sungai yang agak kecil, tetapi mengalir jauh nun dari Banjaran Titiwangsa!.
Kadang-kala bila tiba musim hujan, air sungai tersebut akan naik dan membanjiri hingga ke tangga dapur rumah opah! Ketika inilah Opah teman akan setia menemani teman bermandi ‘banjir’ tersebut. Sambil diperhatikan dari jauh, Atuk yang sedang menyiapkan ‘bubu’ untuk dipasang di lombong kampung.
Tiba waktu makan tengahari, sajian gulai masam ikan kembung kecil, sambal ‘machang’ berserta pucuk ubi rebus! Dengan nasi putih panas dan air ‘mati’. Sudah cukup mengecurkan air liur!
Allahuakbar! Makan di pintu dapur sambil diiringi kicauan burung dan sesekali bunyi biawak melanggar ‘benta-benta’ di tebing sungai.
Tiba waktu petang, pastinya Sungai kampung menjadi sasaran! Di titi kayu hadapan sekolah, penghubung antara hilir dan hulu kampung. Tanpanya, pasti terputus hubungan buat seketika. Dibawah titi itulah tempat ber’tapa’ kami sahabat sekampung! Tak berbaju dan tak berseluar, bermain perang membaling lumpur. Sesekali terkena mata! Aduh!! Tapi per’juangan’ tetap diteruskan. Hinggalah kedengaran motor ayah tiba, baru kelam-kabut memakai seluar, mencari baju yang ntah dimana! Dengan mata yang merah dan kulit badan yang hitam berkilat! Berjalan kaki balik ke rumah. Yang pasti, emak dah sediakan makan petang, kurang-kurang goreng pisang atau jemput-jemput.
Kadang-kadang seluruh budak kampung dihimpunkan dibelakang warung Kopi Sarip, untuk ‘peperangan’ hebat bersenjata ‘letup-letup’! dibuat daripada buluh kecil yang di’modified’ agar kuat dan stabil. Berpelurukan putik jambu atau kertas basah.
Lepas makan terus ke
Malam lepas makan tunggu ayah balik masjid. Kena mengaji sebab dah dekat nak bersunat! Malu la tak khatam Quran.. lagi sekali kena penampar sebab main-main belajar. Sekali kena penampar ayah! Memang sampai mati ingat hukum tajwidnya! Sebutan ‘Allah’ yang salah pun terus kekal betul sampai la ni!
Lepas ngaji terus gi rumah opah, sebab tak boleh tidur kecuali bawak ketiak dia.. Sesekali layan wrestling kat TV2 dengan Atuk. Atau layan Ian Rush Liverpool kat English League Soccer! Hanya itu je player yang teman kenal! Kadang-kadang dok layan cerita P.Ramlee, terkekeh-kekeh Atuk ketawa melihat watak pesakit melintas jalan terdengkot-dengkot! Dalam filem Madu Tiga ketika Jamil dikejar 3 isterinya!
22 tahun telah berlalu… Kini.. Atok telah 6 tahun meninggalkan kami. Opah masih ada tetapi lumpuh kini.. Masih di kampung di penghujung usia..
Sungai belakang rumah.. telah menjadi belukar setelah sungai baru dikorek untuk menjadikannya lurus. Titi kayu telah ditukar menjadi besi! Budak-budak kampung generasi baru sudah tidak berminat untuk mandi sungai.. mereka lebih mesra dengan playstation, lebih seronok munggang motosikal, lebih suka menonton TV sepanjang hari, lebih suka menghisap rokok curi-curi! Pokok cempedak tempat bermain masak-masak dah lama ditebang sebab dah terlalu tua dan berbahaya. Halaman rumah opah pun dah dipenuhi dengan semak & lalang, ada jugak yang buat pondok kekal buat berniaga goreng pisang.
Itulah rantaian kehidupan. Ayah sendiri dah semakin dimamah usia. Dah pun pencen setelah separuh usianya bekerja. Membesarkan anak-anak disamping mengikut aturan kehidupan. Semoga Allah SWT membalas segala jasanya yang tidak
Catatan Kehidupan
Sunsnake, Kampung Balun,Slim River.
4 comments:
Salam bro, syahdu bile dengar cerite ko ni...Aku pun budak Balun jugak...Cerite ko tu same je dengan pengalaman aku semase hidup zaman budak2 kat kampung Balun..Biase nye bile budak Balun keluar kampung mesti orang lain panggil dengan name Balun...macam aku pegi Sek teknik Ipoh pun dioarng panggil Balun...Aku rase ko ni sebaye aku kot same2 main letup2 kat belakang kedai Mamak Sarip.Lepas main pekena kuih udang dulu ye tak...Mandi sungai kat titi..berenang menyelam semua nye belajar kat sane... Yg aku ingat mase hari raye paling best dulu bile Along Loih buat pelito dari ulu sampai hilir..mase tu main perang gune mercun lidi area kodai Sarip jugak malam 27...Macam2 pengalaman kat Kg Balun...Ok lah aku chow dulu...ape2 hal ko email aku kat familith@gmail.com. Aku ade create dalam facebook Budak Kg balum group. Takde sambutan dari budak Balun...Takpe lah mungkin budak balun belum jumpe kot..heheheh..Wassalam
pergh!!! akhirnya ada jugak orang kampung teman hinggap kat blog ni!!!
Hidup Kg. Balun!!
salam...ni die sorg lagi budak balun...anak cik miah...cucu Tok Jabar..sedaro nyo kito ni..haha...mmg best la bace post ni...hope to read more story about life as budak balun here...
Aina..
InsyaAllah..
teman setiap kali balik balun kompom menitik ayor mata...
kenangan terlalu indah..
Ya Allah.. rindunya aku dengan Kg Balun!!!
Post a Comment