Friday, November 11, 2011
Idris Jala Silap laaa..
Apa pulak Malaysia tidak akan muflis? (Walaupun tahun lepas dia kata akan muflis).
Malaysia PASTI akan muflis kalau UMNO-Bn dibiarkan memerintah!
Tengok laporan setiap tahun oleh Ketua Audit negara cukup!
Pakcik penoreh getah di Kampung Rasau Slim River pun tahu yang Malaysia akan bangkrap kalau sebegitu laporan auditnya setiap tahun!
Bagi duit suruh bela lembu dalam kandang..
Tapi Shahrizat ketua Wanita UMNO beli kondo 9 juta untuk simpan lembu-lembu?
aduhhh!!!
macam mana la nak bagi makcik pakcik felda faham nehhh!!!
budakbalun 11112011
Idris Jala tukar pendirian, Malaysia tak akan bankrap
Ketua pegawai eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu), Datuk Seri Idris Jala berkata Malaysia tidak akan terjerumus ke kancah kebankrapan, meskipun kenyataan itu bertentangan dengan amarannya tahun lalu.
Idris yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, sebelum ini berkata bahawa Malaysia akan berakhir seperti negara-negara Eropah yang dilanda hutang jika subsidi tidak dikurangkan.
Sebaliknya,, hari ini beliau berkata, Malaysia berada di landasan yang betul untuk mencapai status ekonomi negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
Beliau berkata usaha itu disokong oleh Program Transformasi Ekonomi pentadbiran Najib (ETP) yang menghasilkan hasil yang positif.
"Malaysia melakukan apa sahaja yang mampu dibuat untuk mengubah negara menjadi ekonomi berpendapatan tinggi. -Mkini
Friday, November 4, 2011
Thursday, November 3, 2011
TG Nik Aziz 'lempang' Blogger Pemfitnah UMNO?

Wakakaka!
Teman dah agak dah..
Bila Ambiga keluar kenyataan sokong Seksualiti Merdeka laknatullah nih!
Kompom berjuta jenis fitnah akan ditaburkan dek blogger-blogger pemfitnah UMNO berbayar neh!
kan betul!!
leh semak kat sini kalau rajin..
tapi teman minta kome jangan bukak la blog2 deme ni..
penuh gambor lucah dan separa lucah je..
takde ilmu pun!
hitam sama macam hati deme jugak!!
hahahaha!
http://mymassa.blogspot.com/2011/11/panas-kerajaan-pas-kelantan-sokong.html
http://malaydelima.blogspot.com/2011/11/pas-sokong-seksualiti-merdeka-ambiga.html
mangkuk hayun betoi..
perangai depa ni seolah-olah tak pernah tahu macam mana boleh dapat dosa?
baik berenti jadi manusia la woii!!
budakbalun 03112011
Nik Aziz minta k'jaan halang Seksualiti Merdeka
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sama sekali tidak menyokong malah mengecam langkah pembabitan bekas presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga dalam penganjuran Seksualiti Merdeka 2011 yang bermula semalam sehingga 13 November ini.
Menteri Besar Kelantan itu meminta pihak kerajaan dan berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap penganjur program itu yang jelas boleh menghancurkan kehidupan beragama di negara ini.
"Ini tidak betul. Kita sokong Ambiga dalam soal lain tetapi dalam program ini (Seksualiti Merdeka) saya tidak sokong (Ambiga) kerana dalam soal agama, kita tidak boleh sokong perkara itu.
"Kerajaan... kalau boleh halanglah, dan ambillah tindakan tegas," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan kepada pasukan The Red Warriors di Kota Bharu hari ini.-Mkini
Ya Allah.. Inikah tahap IQ menteri Malaysia?

Teman dah kabo..
menteri sorang ni memang ada masalah dengan pemahaman..
Dulu masa debat minyak..
berbuih mulut dia kutuk peribadi Anwar Ibrahim!
walhal orang suruh debat isu harga minyak??
La ni..
Rakyat persoal macam mana warga Israel boleh lepas imigresen Malaysia walhal 25 jam dah kena tahan kat border?
yang dia pergi pusing Kerajaan Selangor turut sponsor kejohanan tu apahal?
Kerajaan Selangor bagi sponsor bukan cari peserta?
Dan sejak bila Kerajaan Negeri bertanggungjawab pada Jabatan Imigresen?
aduhhh!!!
sengal sungguh!
budakbalun 03112011
Peninju Israel: Eli mengaku sajalah, kata Shabery
Menteri belia dan sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kerajaan Selangor tidak boleh semudahnya mencuci tangan dalam isu kemasukan peninju Israel, Ilya Grad ke negara ini untuk satu rakaman program untuk stesen TV AXN.
Ahmad Shabery juga berkata beliau mempunyai bukti untuk menyokong dakwaannya sebelum ini bahawa kerajaan Selangor memperuntukkan RM5 juta untuk program The Challenger Muay Thai itu. - Insider
Wednesday, November 2, 2011
Kecoh PPSMI.. Pendidikan Islam Apa Cer?

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
MATA PELAJARAN ISLAM TIDAK WAJIB LULUS MENJADIKAN PELAJAR ISLAM JAHIL AGAMA
06 Dzu al-Hijjah 1432 / 02 November 2011
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyelar tindakan kerajaan yang tidak menjadikan mata pelajaran Pendidikan Islam sebagai mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) seperti yang diumumkan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong.
Kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran ini menunjukkan kerajaan tidak berminat untuk menjadikan umat Islam khususnya generasi muda faham tentang agamanya sendiri. Meskipun subjek Pendidikan Islam merupakan subjek teras yang wajib dipelajari oleh murid-murid beragama Islam, namun jika ia tidak dijadikan mata pelajaran yang wajib lulus, ia tidak mempunyai makna terhadap para pelajar. Murid-murid tidak memandang tinggi subjek ini kerana ia tidak menjadi syarat wajib lulus, bahkan mungkin akan memandang remeh subjek ini.
Dengan sistem pelajaran hari ini yang menjadikan para pelajar sebagai ‘exam oriented’, apakah perlunya para pelajar bersungguh-sungguh mempelajari mata pelajaran pendidikan Islam? Minda pelajar akan meletakkan subjek lain sebagai keutamaan seperti Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan lain-lain lagi.
DPPM juga kesal kerana subjek Pendidikan Islam tidak menjadi syarat lulus dalam pendidikan di peringkat sekolah menengah. Dasar ini menjadikan pelajar-pelajar tidak berminat mendalami bidang agama. Bagi pelajar, Pendidikan Islam adalah mata pelajaran sampingan yang tidak penting untuk dipelajari. Dasar ini menjadikan subjek Pendidikan Islam terpinggir dari jiwa para pelajar.
DPPM ingin mengingatkan kerajaan kesan langsung terhadap dasar ini terhadap masa depan generasi muda negara. Sudah pasti kejahilan akan membelenggui remaja disamping gejala sosial yang akan meningkat. Golongan remaja akan hilang minat pada agamanya sendiri sehingga membawa kepada perlakuan yang haram. Tidak hairanlah, ramai remaja beragama Islam tidak tahu membaca al-Qur’an, tidak tahu hukum fardhu ain, tidak menunaikan solat, puasa dan lain-lain lagi. Lebih menyedihkan ada yang tidak tahu mengucap syahadah. Bahkan ia membawa kepada krisis akidah yang lebih parah.
Jika kerajaan benar-benar serius mahu meninggikan syariat Islam serta memastikan generasi muda tidak tercicir dari kejahilan terhadap agamanya sendiri, subjek Pendidikan Islam wajar diangkat sebagai subjek teras wajib lulus para pelajar di semua peringkat. Subjek ini perlu diangkat sama penting seperti subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan lain-lain lagi. Dengan demikian, barulah pelajar akan berusaha bersungguh-sungguh mempelajari Pendidikan Islam dan mendalaminya sehingga berjaya.
Disediakan oleh;
RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia










