Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, October 31, 2011

Muhyiddin Syok Sendiri?


KENYATAAN AKHBAR JABATAN PILIHANRAYA

DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

TPM ‘SYOK SENDIRI’

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia membidas kenyataan ‘syok sendiri’ Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang menyebut bahawa Rakyat tidak mempunyai pilihan kerajaan yang lebih baik selain Barisan Nasional sempena perasmian Majlis Penerangan Perdana Peringkat Negeri di Sabah baru-baru ini.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia merasakan Barisan Nasional sekarang sudah semakin terdesak untuk meraih simpati rakyat kerana telah ‘dimalukan’ oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang telah melondehkan segala kelemahan pentadbiran kerajaan mengurus tadbir kewangan negara sehingga menyebabkan berlaku ketirisan dan kebocoran yang cukup serius. Selain itu juga, penyelewengan berterusan di dalam pengagihan projek yang berkisar di kalangan pimpinan Barisan Nasional turut mendapat teguran berulang kali dalam setiap Laporan Ketua Audit Nagara.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat lelucon terbaru Muhyiddin adalah agenda penerusan penafian kelemahan-kelemahan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional seperti yang telah didedahkan oleh Pemuda PAS sebelum ini.

Kejayaan Kerajaan Kelantan memerintah hampir 22 tahun tanpa rasuah dan penyelewengan kuasa, kejayaan Kerajaan Kedah mengurus negeri secara berhemah telah mendapat pujian oleh Ketua Audit Negara, kejayaan Kerajaan Selangor menguruskan kewangan negeri sehingga telah menambah aset dan simpanan negeri dan kejayaan Kerajaan Pulau Pinang mengurus tadbir negeri secara telus dan cekap adalah pembuktian yang terbaik yang menunjukkan kemampuan pemerintahan Pakatan Rakyat untuk memerintah negara Malaysia yang ter cinta ini.

Oleh itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia merasakan sudah tiba masanya Rakyat Malaysia memberikan ruang dan peluang kepada Pakatan Rakyat untuk menggantikan Barisan Nasional daripada tampuk pemerintahan Negara pada pilihanraya umum yang ke 13 nanti. Sudah 54 tahun Barisan Nasional diberi peluang memerintah Malaysia tetapi rakyat semakin dihimpit kesusahan, kesengsaraan dan ketakutan yang berterusan. InsyaAllah, Pakatan Rakyat akan mempastikan satu pemerintahan yang cukup adil, telus dan berwibawa yang akan membawa kemakmuran, keamanan dan keadilan kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan perbezaan fahaman politik.


MOHD SANY BIN HAMZAN

PENGARAH JABATAN PILIHANRAYA

DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

31 OKTOBER 2011

HIMPUN sekali lagi!!

Wakakakaka!! No Komen!



Apa lagi??
kepada puak-puak yang suka sangat berHIMPUN hari tu!!

Ini adalah isu yang terbaekk untk sekali lagi berhimpun!
Sebagai kesinambungan HIMPUN 1 hari tu!

Kehebatan Ibadat Zakat mampu membantu mengatasi masalah murtad!
Hebatnya gerakan missionery kristian adalah antara atas faktor kewangan mereka yang sangat besar!

Malaysia ni mengaku negara Islam..
Tapi GLC paling kaya yakni Petronas pun tak mampu diarahkan untuk membayar zakat?

aduhhhh!!!

budakbalun 31102011

Mahathir patut nasihat Petronas keluar zakat

TEMERLOH, 31 Okt: PAS mengalu-alukan pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mencadangkan agar sebahagian kecil kutipan zakat dari negara Islam kaya diberi kepada negara miskin atau rakyat miskin di negara lain.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Man berkata, dalam masa yang sama Dr Mahathir perlu juga menasihat agensi-agensi korporat yang kaya di negara ini agar turut mengeluarkan zakat.

“Bayangkan tahun lalu saja keuntungan Petronas mencecah RM80 bilion. Ini bermakna jika syarikat tersebut membayar zakat nilainya hampir RM2 bilion dan banyak boleh dimanfaatkan untuk pembangunan umat Islam negara ini.

“Sebab itulah Profesor Ungku Aziz pernah berkata, jika Pertronas menunaikan zakat perniagaannya, pelajar miskin boleh ditanggung daripada pra-sekolah hingga ke universiti,” ujarnya. - Harakahdaily

Mahasiswa! Ambil Ini Sebagai Permulaan!


Ayuh anak muda!
Ayuh mahasiswa!

Jadikan ini sebagai permulaan..
Kepada suatu era ketamadunan yang baru!

Nyahkan golongan penakut daripada Putrajaya itu!
Nyahkan golongan yang senantiasa berlindung dengan akta yang tak masuk dek akal!

Syabas Mahasiswa!
ini seumpama kalian telah berkonvokesyen sebelum tamat pengajian!
Suatu kemenangan!

teman kagum!
walaupun teman tak pernah jadi mahasiswa!
budakbalun 31102011

Empat menang kes cabar AUKU dan UKM, mahkamah putus canggah Perlembagaan

TERKINI @ 12:49:53 PM 31-10-2011
October 31, 2011

KUALA LUMPUR, 31 Okt — Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan Akta Universiti dan Kolej Universiti yang melarang penuntut universiti menyertai politik bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan — keputusan yang dilihat bersejarah dalam undang-undang melibatkan pentadbiran dan pengurusan institusi pengajian tinggi negara ini.

Mahkamah membuat keputusan 2-1 dalam permohonan yang dibawa oleh empat penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mencabar peruntukan 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.

Permohonan itu dikemukakan awal tahun lalu selepas mereka dikenakan tindakan oleh UKM kerana berada di Hulu Selangor ketika pilihan raya kecil kerusi itu April 2010.

Keempat-empat pelajar itu sudah pun menawatkan pengajian mereka dan menerima ijazah pada majlis konvensyen September lalu.

Keputusan 2-1 itu dikurniakan oleh Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus dan Datuk Linton Albert memihak kepada plaintif — kini bertaraf bekas penuntut UKM. Kes rayuan itu turut didengar oleh Datuk Wira Low Hop Bing. - Insider

Friday, October 28, 2011

Ketua Audit Negara Penipu besar!

Patutla bantah! Tak pernah dengar perkataan Integriti rupanya! wakakakak!


woi!!
teman tak kenal siapa dia Ketua Audit negara ni..
Yang teman tau..
mamat ni kompom penipu besar!!

Woi! woi!1
mana mungkin Kerajaan negeri Johor buat macam ni!
Johor tu kubu kuat UMNO bai!
kena ingat fatwa pemimpin-pemimpin UMNO
dulu kini selamanya!!

"Hanya UMNO sahaja mampu memerintah Malaysia!!"

wakakaka!

Ini semua laporan audit yang menipu!

Ada ke kata Pulau Pinang negeri paling bagus laporan kewangannya?
Ada ke kata Laporan audit Negeri kedah memuaskan!
Ada ke kata Negeri Selangor untung??

woi woi!
Apa cer Melaka?
Cerita la yang baik-baik untuk Melaka..
Penat woo Ali Rustam mentadbir Melaka sehingga jadi cemerlang sebegini!!

Wakakakaa!

memang Ketua Audit Negara ni
pengkhianat Agama, bangsa dan negara laaaa!!

mana Armand Perkasa?? apa lagi.. gi la demo depan opis Ketua Audit negara!!
opsss!! lupa.. Armand dah berhenti jadi PERKASA..

la ni Armand tengah cari NGO lain..
hmmmm...

wakakakaka!

budakbalun 28102011


Johor belanja RM1.78j bagi e-NCR yang belum boleh dilayari

Kerajaan Johor membelanjakan jutaan ringgit bagi menubuhkan e-portal untuk menyemak status nikah, cerai dan rujuk individu Islam, di negeri itu tetapi portal berkenaan tidak pernah menjadi kenyataan selepas hampir empat tahun tarikh yang dijadualkan.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010, portal 'e Nikah Cerai Rujuk' (e-NCR) - sepatutnya boleh dilayari pada Januari 2008, tetapi pemindahan atau migrasi data masih belum siap.

Ini berlaku meskipun Unit Sains Teknologi dan ICT Johor (Ustict) telah membayar RM1.78 juta untuk tujuan tersebut.

"Tiada tarikh akhir yang diberikan untuk kontraktor untuk menyiapkan kerja," petik laporan itu. - Mkini

Peniaga buat laporan polis dakwa dianiaya PKNM

Sebelas peniaga kraftangan dan makanan Taman Mini Malaysia, di Ayer Keroh, Melaka membuat laporan polis kerana mendakwa mereka dianiaya oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM).

Malaysiakini difahamkan, sebelum ini mereka pernah menerima surat daripada pihak terbabit hampir setahun lalu yang mengarahkan kesemua peniaga terlibat mengosongkan premis masing-masing bagi memberi laluan kepada projek pengubahsuaian Taman Mini Malaysia.-mkini

Ampoon Tuanku!


Ampoon Tuanku!
Patik menerima seadanya titah Tuanku..

InsyaAllah.. patik akan layan bola depan TV aje sebab patik penyokong Kejor Yeop kejor!!

heheehe

Jangan marah Tuanku..
Patik mohon sembah derhaka untuk tidak ke stadium!

Patik ada Ijtima' Tarbawi minggu ni Tuanku!
Patik nak bertalaqi dengan murabbi-murabbi yang hebat dan terbukti kekentalan jiwa mereka!

Allahuakbar!
budakbalun 28102011

Piala Malaysia: Usah jadikan harga tiket isu, titah Sultan Ahmad Shah

PEKAN, 27 Okt - Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah meminta penyokong Terengganu dan Negeri Sembilan mengetepikan isu kenaikan harga tiket sebaliknya datang beramai-ramai ke Stadium Shah Alam pada Sabtu ini bagi menyokong dan membantu pasukan masing-masing dalam perlawanan akhir Piala Malaysia.

"Kalau dapat 80,000 orang datang adalah baik untuk kedua-dua pasukan, bukan kepada FAM.

"Kesian juga pasukan negeri-negeri telah belanja berjuta-juta untuk nak perbaiki pasukan masing-masing. Marilah kita beramai-ramai menyokong kedua-dua pasukan ini, dalam masa sama menolong menambahkan pendapatan daripada jualan tiket kepada kedua-dua pihak," titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas merasmikan Kem Force 136, Rejimen 505 Askar Wataniah di sini hari ini.-Insider

Monday, October 24, 2011

1Malaysia, Rakyat diperKUDAkan!


Wakakakaka!
Humang aihhh!!

Dah la beli kuda-kuda tu tanpa kelulusan kementerian kewangan!
Dah beli sampai RM5.66 juta!
lastnya 18 ekor kuda tak layak bertanding!
beli tanpa kelulusan dan kuda tu tak boleh pakai!!

berapa punya banyak kesalahan kat situ!

Dah rembat macam tu punya hasil..
ada hati UMNO nak ajak berhimpun kat Stadium Shah Alam untuk lawan murtad??

Woii!! repair hati masing-masing dulu..
Buang tabiat suka rembat duit rakyat sesuka hati dulu..
baru fikir pasal Islam..
Nak perjuangkan isu murtad konon..
puiii!! lom cite hal UMNO tolak Hudud lagi!

aduyaiiii!!
budakbalun 24102011

Laporan Audit: 18 kuda RM4 juta dibeli MSN tak mampu tanding

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Sebanyak 18 ekor kuda dibeli dengan kos hampir RM4 juta oleh Majlis Sukan Negara (MSN) tetapi tidak dapat diturunkan dalam persaingan World Endurance Championship (WEC) 2008 sebab tidak memenuhi syarat kelayakan termasuk masalah kesihatan.

Hanya lima ekor kuda layak untuk bersaing dalam kejohanan tersebut.

Kesemua 23 kuda itu dibeli dengan kos RM5.66 juta.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyebut “pihak Audit dimaklumkan 18 ekor kuda dengan kos perolehan berjumlah RM3.94 juta tidak layak bertanding kerana tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Persekutuan Equestrian Antarabangsa.”

“Ini disebabkan kuda yang dibeli tidak mendapat latihan yang mencukupi memandangkan peroleh kuda dibuat dua bulan sebelum kejohanan.-Minsider