Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, April 10, 2010

Hishamuddin - Lidah dengan akal sama pendek!


Bodoh piang betul Menteri UMNO sorang ni..

Hari tu dia kata tak perasan lak yang Pendatang Asing Tanpa Izin dah terlalu ramai di Malaysia ni!
Memang teruk sangat la sebenarnya..
Sebagai Menteri yang kononnya jaga Polis..Imigresen dll..
kalau itulah kenyataan oleh Menteri, baik lantik Jamal Posmen Behrang je jadi Menteri Dalam Negeri!

Terbaru.. Israel dalam PDRM pun dia tak tau!
Dah kena pelempang dengan Anwar Ibrahim di Perlimen baru la kecoh-kecoh nak sisat?
Woii!!! Brother lidah pendek..
Teman ingatkan Jamal Posmen Behrang tu dah abih koman dah!
Ada lagi yang lagi koman dari dia?

Kalau tak mampu.. letak le jawatan.. gi buat operation panjangkan lidah!
Terbakor betul hati teman pagi nih!

Israel dah masuk Bukit Aman?? Gila apa??

Teringat lagi teman kena kejutan elektrik di pagar Bukit Aman masa menyorok kena kejor Polis di Demo Anti-ISA hari tu..
Teman yang rakyat Malaysia kena karen! Yahudi senang-senang je masuk ye?
S*al punya Menteri UMNO!
sunsnake 10042010

PRK Hulu Selangor (32) Amaran! 2 Anjing UMNO ini akan digunakan sepenuhnya!




Maklumat sahih yang teman dapat..

PRK Hulu Selangor kali ini juga UMNO akan gunakan teknik samseng dan ugutan seperti di Bagan Pinang! Semua orang tahu bagaiaman taktik mereka di Bagan Pinang dulu..

1. Bergerak seperti samseng!

2. Pakai tali merah, lilit kat lengan, tangan

3. Tarik seramai mungkin mat-mat rempit, kaki botol, mat dadah, mat ganja, mat zina dan semuanya akan dikumpulkan bagi menaikkan semangat merek sebelum keluar membuat kacau! Kalau perlu bagi budak-budak ni mabuk dulu! (di Bagan Pinang, puak2 ni siap muntah-muntah depan Markaz Induk Pemuda PAS)

4. Pastinya 2 anjing belaan UMNO iaitu PEKIDA dan Persatuan Silat ****** akan digunakan bagi mengepalai aktiviti-aktiviti samseng ini!

5. Hanya di Bagan Pinang UMNO gunakan teknik samseng dan ugutan ini dan hasilnya merfeka berjaya! Maka, wajiblah mereka menggunakan cara yang hampir sama disini.. Bukankah hidup mati mereka hanya untuk kuasa?

Maklumat ini teman dapat sahih dan terpulang kepada pimpinan PR untuk mempercayai mahupun untuk membuat perancangan balasa. Jangan dah jadi macam di bawah ni baru nak kecoh! Baru nak buat report Polis!

Kompom Ketua Polis Selangor akan cakap macam Ketua Polis Negeri Sembilan dulu..
"Kami tak dapat apa-apa laporan pun?" macam bapok Chow Kit je teman tengok dia masa tu..

sunsnake 10042010




PRK Hulu Selangor (31) Pahat yang bakal berbunyi...

Friday, April 9, 2010

PRK Hulu Selangor (30) Pemimpin BN jadi David Blaine la ni!



Hari tu teman dah cerita bagaimana pegawai kebajikan masyarakat tetiba muncul depan rumah mencari orang susah! Kan betul teman kabo!
Seluruh Hulu Selangor seolah-olah ada ramai magician datang!

Pimpinan UMNO-BN sekarang bolehlah diibaratkan sama fungsinya seperti David Copperfield dan David Blaine! Minta je.. kompom bolehhh!!!

Kalau tak silap teman, masjid-masjid dan suarau-surau pun dah dapat bantuan!
Mana-mana surat permohonan lama-lama diminta diprint balik dan serahkan segera kepada agensi kerajaan pusat! (tak pasti agensi mana..)

Yang ada rumah-rumah kosong dan untuk disewa jangan cerita laaa..
Inilah masanya nak buat duit!
Pastinya disewakan kepada UMNO!

Di Felda Sungai Tengi Selatan, sebuah rumah betul-betul di simpang masuk dijanjikan oleh UMNO RM5000 untuk sewaan sepanjang PRK ni!
Wah! gaji teman 5 bulan tuh!

Wah! Untunglahh Rakyat Hulu Selangor!!!
sunsnake 09042010


Pilihan raya kecil: Peluang penduduk buat tuntutan
Apr 9, 10
12:11pm
Masyarakat sekitar Hulu Selangor menggunakan peluang pilihan raya kecil parlimen yang bakal diadakan di kawasan mereka pada 25 April untuk menuntut hak dan juga pembangunan di kawasan berkenaan. Menurut S Kavitha, 23 yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat lombong, Gemilang Pintar Sdn Bhd, pilihan raya kecil adalah peluang bagi penduduk menuntut apa yang sepatutnya merupakan hak mereka. Pengundi muda itu berkata golongan berusia di kawasannya kurang 'bersemangat' membuat tuntutan tetapi sebaliknya menunggu untuk bantuan disalurkan kepada mereka.

berita penuh

Thursday, April 8, 2010

PRK Hulu Selangor (29) SMS standard musim Pilihanraya!


"Salam,msyrt **** PAS ZBB 9.15mlm ini Mrkz Zon Khdiran WAJIB hadir krn Allah!"

"Salam,mtg bsma AMK, Rstoran Salam 9.15mlm Sabtu, KP cwg WAJIB hadir krn Allah"


itulah antara sms2 wajib bila tiba musim pilihanraya tak kira la kecil atau umum.

Sebagai mereka yang mengaku berjuang kerana Allah SWT, mahu menegakkan Syiar Islam dan bercita-cita agar Hukum Perundangan Allah SWT berlaku di Malaysia dan dunia ini amnya,
sms2 sebegini WAJIBlah disahut dengan reply2 sebegini..

"W.salam, Allahuakbar! InsyaAllah, ana akan hadir!"

"w.salam, Takbir! InsyaAllah sampai le teman mlm ni!"


"w.salam, jom gi dgn ana?"


Buat semua pejuang Islam yang akan bertugas, ditugas, menugas mahukan tertugas!
Doa teman agar semuanya akan Istiqamah,
Sabrun Jamil dan tabah menghadapi segala cabaran sepanjang PRK Hulu Selangor ini berlangsung.
Kemenangan mahupun kekalahan adalah kehendak Allah SWT. Usaha, doa dan Tawakal adalah caranya..
Selebihnya? Allah SWT akan menentukannya!

Jangan sesekali melalaikan hubungan kita dengan Allah SWT (Hablumminallah)
Semoga Allah SWT membuka jalan kita hampir di hati manusia (Hablumminannas)

Jom Turun Hulu Selangor!

sunsnake 08042010

PRK Hulu Selangor (28) Sebab 'masyukkk' Tiada Undi Protes oleh UMNO?


Najib selaku Pengerusi BN telah mengesahkan tiadanya calon daripada UMNO untuk PRK kali ini.
Keputusan Najib itu benar-benar telah menyentap jiwa dan raga ahli-ahli dan penyokong-penyokong UMNO di seluruh Hulu Selangor.

Sangat jelas daripada maklumat sahabat-sahabat teman dari dalam UMNO malahan teman sendiri menghubungi beberapa orang kawan baik teman yang masih berada didalam UMNO bahawa mereka sangat-sangat kecewa dengan keputusan Najib itu.
"kamu still nak undi BN ke?" itulah soalan wajib teman..
"Tengoklah macam mana.." (baca tengoklah berapa RM masyukk!)..
Jawab member-member ni.. hehehe

Seorang bekas orang kuat Pemuda UMNO Hulu Selangor menghantar sms kepada teman..
"Aku dah start masyukk dah nie.. lantakla siapa jadi calon pun!"
pulak?? yang macam ni la yang paling ramai dalam UMNO sebenarnya!
Dapat projek gantung bendera, silap-silap Ehud Barak pun depa sanggup pangkah!

Di Felda-felda pulak.. lain ceritanya..
musim duit bertukar tangan makin jelas kelihatan..
Di sebuah Felda, berlaku ugutan daripada Ketua UMNO@Ketua Kampung lantikan pusat,
sesiapa yang kelihatan bersama dengan ceramah mahupun kenduri anjuran PR,
akan di'hilang'kan namanya daripada senarai 'masyuk' hari mengundi nanti!

Wah! hebatnya perjuangan mereka! semata-mata kerana duit!
suspect... suspect..
sunsnake 08042010