Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, November 29, 2011

Wasatiyyah Seperti Rosmah? Alahaiiii....

Wasatiyyah ala Kak Mah? wakakakaka!!


Dulu teman ada seorang cikgu Matematik bernama Puan @ Cik Wasatiyyah..
Suara dia serak-serak sikit..
Dan teman selaku manusia yang bangang Matematik cukup anti dengan cikgu neh!
Masa form 2 belajor Algebra pulak!
Memang gabra laaaa!!

Selalu gak teman monteng kelas dia..
Tak buat keje sekolah tu biasa!
Aduhhh!!

Tapi yang terbaru teman dengor cikgu tu dah meninggal dunia..
Kanser dengornye...

Al-Fatehah buat Cikgu Wasatiyyah...
Moga Allah SWT ampunkan segala dosanya dan dosa kita..

Ameen!

budakbalun 29112011

Wasatiyyah ala Umno amal Islam secara terpilih

KOTA BHARU, 28 Nov: Apakah benar Umno mengamalkan pendekatan wasatiyyah (kesederhanaan) dalam amalan Islam, sedangkan dalam banyak keadaan apa yang diperintahkan Allah seperti tidak diendahkan.

Apa yang berlaku sekarang amalan Islam dilakukan mereka secara terpilih di mana meninggal perkara yang bertentangan dengan naluri.

Misalnya pelaksanaan perundangan Islam diketepikan, malah lebih mendukacitakan lagi tidak memberi kerjasama apabila ada pihak lain yang mahu melaksanakannya.

Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Muhammad Fadzli Hassan berkata, konsep wasatiyyah dalam Islam berlaku apabila kita mengamalkan Islam sebagaimana diperintahkan oleh Allah Taala.

“Perlu diingatkan amalan yang dilakukan tanpa ada pengurangan atau pun penambahan. Sekiranya ada pengurangan atau penambahan maka itulah yang dikatakan melampau.-Harakahdaily

Shahrizat dan Suami Dah Bercerai ke?

Kalau Dia ni takde kaitan dengan Bangsa Melayu teman sokong!!!
Melayu ke dia ni? wakakakakak!


Shahrizat kata...
NFC ni takde kena mengena dengan dia..
MB N9 pun kata cenggitu dengarnye..

So? siapa yang ada hubungkait?

Macam mana Shahrizat ni tergamak keluar kenyataan 'Tiada kaitan" antara dia dan NFC?
Kalau dah sampai suami dia sendiri nak 'ada' kaitan' macam mana lagi?

Macam mana lagi nak kaitkan dia dengan NFC?

aduhhh!!

Suami dia pun boleh dia nafi lagi??
Manusia jenis apa ini??
ke depa dah bercerai?

Sebab selalunya yang dah bercerai je yang kata takde apa-apa kaitan lagi...
selalunye lahhhhh....

budakbalun 29112011

Shahrizat: Saya tiada kaitan dengan projek lembu

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menegaskan beliau tidak ada kena-mengena dengan isu berkaitan dengan projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

Justeru kata Ketua Wanita Umno itu, beliau tidak akan menggunakan perhimpunan agung Umno minggu ini untuk menjawab sebarang isu yang dibangkitkan pembangkang berkaitan NFC.

"Saya tidak akan jelaskan (isu NFC) tetapi ada satu, dua mesej yang nak saya jelas kepada pihak di luar sana semasa persidangan Wanita Umno nanti. Tunggulah. Sebagai pemimpin, kita kena banyak bersabar, tenang dan jangan cepat melatah. - Mkini

Thursday, November 24, 2011

Bukti UMNO Sangat Berani!


Bil RUU Perhimpunan Aman ni betul-betul sesuatu yang dijangkakan..
Tapi jauh disudut hati teman..
UMNO takkan berani usulkan RUU sebegini..

Nah! Rupanya UMNO memang berani!
Sebab selalunya memang perlukan keberanian untuk membuat perubahan!

Maka sewajarnyalah..
Rakyat juga bangun dengan lebih lagi keberanian!

Bil Perhimpunan Aman ini dah macam ala-ala komunis pulak!
Demokrasi Berpelembagaan?
Hotak depaaaaa!!
budakbalun 24112011

Hisham: Bil Perhimpunan Aman tak akan dimansuh


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kerajaan tidak akan melayan tuntutan supaya Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 ditarik balik.

Ditanya oleh wartawan sama ada beliau sedia mempertimbangkan desakan dan rayuan daripada pelbagai pihak yang mahu rang undang-undang itu dikaji semula dan dipinda, Hishamuddin berkata beliau tidak bersetuju.

"Tidak ," katanya sambil berkata adalah terlalu awal bagi pembangkang membuat desakan menentang rang undang-undang itu sedangkan ia belum dibahaskan di parlimen.-Mkini

Tuesday, November 22, 2011

Syabas Malaysia!

Belum terlewat teman nak ucapkan Syabas pada pasukan bolasepak Malaysia yang Berjaya menutup mulut-mulut penyokong Indonesia yang agak ‘cabul’ tuh!

Kagum teman dengan semangat patriotic rakyat Malaysia!

Terlihat gambar YB Nasir Zakaria,PAS dan seorang Menteri UMNO yang sama-sama layan bola bersama ribuan anak muda..

Heh! Stop cite politik jap!

 

So? Layaklah rakyat Malaysia berbangga dengan kemenangan ini!!

 

Budakbalun 22112011

Monday, November 21, 2011

Dari Kondo ke Makkah Al-Mukarramah?


Teman pernah terpilih untuk ditaja buat umrah bersama jemaah masjid/surau teman...
Bukan main bersyukur...
boleh kata semua kami yang terpilih bukanlah daripada golongan yang mampu pergi sendiri..
memang kalau nak harap duit sendiri.. kena tunggu lamalah skit nak kumpul modal..

Misi ni ditaja oleh seorang hamba Allah yang tidak kami kenali..
hanya wakilnya sahaja yang berurusan dengan kami..
Ada pakcik yang mengalirkan airmata kerana sangat-sangat terharu..
Berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci..
Berpeluang menziarahi Makam Junjungan Besar Muhammad SAW..
Pakcik ni hanya bekerja sebagai jaga di bank..
Anak pun ramai.. duk rumah flat...

Kami siap berkursus bagai sebagai persediaan ke sana..
Termasuk teman, siap dah buat suntikan di klinik..
Passport pun dah siap..
Orang-orang kampung pun dah tahu keberangkatan teman..
Ada sahabat yang dah siap pinjam beg pakaian kawan-kawan...

tetapi..
Sesungguhnya Allah SWT Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui..
Misi kami tertangguh selama beberapa bulan sehinggalah sekarang dah genap 2 tahun!

Hanya Allah SWT sahajalah yang tahu...
betapa frust nye hati kami..
Airmata teman ni dah berbaldi-baldi tumpah agaknya bila mengenangkan..
Tiap kali tengok siaran langsung Solat di Masjidil haram..
PASTI teman akan mengalirkan airmata..

Baru-baru ini mengiringi mak mentua teman di Kompleks Tabung haji..
Berlepas ke sana untuk Menunaikan Haji..
Remuk rendam hati teman melihat bakal-bakal haji berihram..
Menangis semahu-mahunya teman disaat berdoa selepas solat asar di surau kompleks tersebut..
Teman redha dengan ketentuanNya...
Mungkin hati teman belum cukup bersih untuk diterima sebagai tetamu Allah SWT..

Moga teman berkesempatan kesana sebelum meninggalkan dunia yang fana ini!
Berpeluang bersolat di Raudhah masjid Nabawi..
Berpeluang bertawaf di Baitullah..
Berpeluang berlari-lari anak Sai'e antara Safa dan Marwah!

Ameen!


budakbalun 21112011

PKR: Suami Shahrizat 'guna' dana NFC untuk umrah

PKR hari ini mendedahkan lebih banyak berhubung apa yang didakwa mereka sebagai penyelewengan dalam pinjaman mudah RM250 juta yang diberikan kerajaan kepada projek penternakan lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan.

NONEKali ini, setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata bahawa NFC memperuntukan RM31,580 bagi ketua pegawai operasinya, Datuk Mohamad Salleh Ismail dan anaknya, Wan Shahinur Izran menunaikan ibadah umrah.

Saifuddin juga mendakwa dana awam itu juga disalurkan kepada dua syarikat yang mana Mohamad Salleh mempunyai kepentingan.

Mohamad Salleh adalah suami kepada Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Menteri Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Dalam bidasan terbarunya itu, Saifuddin berkata PKR mempunyai bukti kukuh bahawa arahan untuk mengerjakan umrah pada tahun 2010 itu dikeluarkan oleh pejabat Mohamad Salleh, sendiri. - mkini

Ahli-ahli UMNO Jangan Tipu Diri Sendiri!

Kepada ahli-ahli dan penyokong UMNO..
Sila jawab soalan ini dan jangan tipu diri sendiri...



Mengapa lelaki diatas ini diterima menjadi ahli UMNO?

dan...


Mengapa lelaki ini terpaksa masuk KIMMA sedangkan dia SAH sebangsa dengan lelaki diatas?


wakakakakaka!!

Jawab...jawab...
pencacai UMNO.. jawablahhhhh!!


budakbalun 20112011