Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, October 6, 2010

Kamu Keluar Dari Ketiak UMNO Dulu Laa!

Aduyai!!! keje macam ni pun ada!!!


Wakakakaka!
Apa sebenarnya maksud Pak Syeikh ni?

Boleh sesiapa terangkan??

Wakakakak!

Ekor berterabur UMNO!

sunsnake 06102010

Nakhaie gesa pimpinan Najib keluar ‘ketiak’ pengaruh Barat

Nakhaie mendakwa pemikiran pemimpin-pemimpin Malaysia dikongkong oleh pengaruh Barat.

PETALING JAYA, 6 Okt — Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Mohd Nakhaie Ahmad menggesa kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya tidak terperangkap dengan pengaruh Barat dan memastikan pentadbiran negara berpandukan ajaran Islam.

“Sekiranya Islam mahu bebas dari penjajahan, pemimpin negara perlu memastikan segala pentadbiran negara perlu bebas daripada pengaruh dan jaringan dari Barat. “Jika kita mahu memastikan Islam menjadi keutamaan dalam pentadbiran negara, maka pemimpin-pemimpin kita perlu berubah dan memastikan supaya tidak terperangkap dengan pengaruh Barat,” kata beliau pada forum perdana Islam sempena Persidangan Antarabangsa Islam Dalam Masyarakat Malaysia di Universiti Malaya malam tadi.

Berita Penuh

Penyamun Nasihatkan Perompak agar Jangan Mencuri!

Perompak dulu-dulu dan sekarang!

Perompak-perompak dulu..kini.. dan selamanya!


Wakakaka!
Memang kelakar habis bila baca berita nih!
UMNO tegur Utusan?

Wakakakaka!
Perompak cakat kat penyamun..
"Kita ni tak boleh ambil yang bukan hak kita..."
Penyamun pun jawab
"Betul..betull..betul.. Tuhan marah kalau kita buat macam tuh!!"

UMNO dah nak mati ni macam tu laaa..

sunsnake 06102010

Umno tegur Utusan lebih bertanggungjawab

Umno telahpun memberi teguran kepada Utusan Malaysia supaya bersikap lebih bertanggungjawab dalam laporan mereka, kata setiausaha agung parti itu, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Katanya, masalah yang wujud dalam Utusan Malaysia mungkin hanya disebabkan oleh beberapa orang dalam sidang pengarang akhbar berkenaan. "Mungkin sebab satu dua orang. Janganlah kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga," katanya dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.
Berita Penuh

SPR si Pencacai UMNO Kini Kembali!!!

Wajah sebenar UMNO di Galas!

Aduyaii..
Trend bangang SPR buat PRK dan Penamaan Calon hari kerja ni memang sepatutnya disekat laa.. Tak menghormati demokrasi langsung!!

Penamaan Calon 26 Oktober bersamaan hari Selasa..
Hari Mengundi 4 November bersamaan hari Khamis!!

Kalau ikut trend sebelum ni..
Tarikh hari bekerja ini dipilih bila BN tak yakin boleh menang!!

Tak percaya? sila semak kalendar PRK sebelum-sebelum ni...

contoh terbaik PRK Hulu Selangor dimana BN yakin sangat boleh menang..
Penamaan Calon 17 April = Sabtu
Hari Mengundi 25 April = Ahad!!

Sial punya SPR!! Tak habis-habis menjilat ponggong UMNO!
sunsnake 06102010

Pilihan raya Galas: 4 Nov undi, 26 Okt penamaan calon

Tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, di Gua Musang, Kelantan ditetapkan pada 4 November ini. Pada sidang media di Putrajaya, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar juga mengumumkan tarikh penamaan calon akan diadakan pada hari Selasa, 26 Oktober ini. Keputusan itu dibuat selepas SPR bermesyuarat, pagi ini.

Berita Penuh

Jangan Ikut Syaitan!!!


Strategi Setan Menjerumuskan manusia

Sebelum kita mengetahui strategi setan menjerumuskan manusia,
ada baiknya terlebih dahulu mengetahui Visi dan Misi setan.
Visi setan adalah memperbudak manusia dan Misi setan mengkondisikan manusia lupa kepada Alah SWT.

Adapun strategi setan untuk mewujudkan visi dan misinya adalah sbb :

1. Waswasah
Waswasah artinya membisikkan keraguan pada manusia ketika melakukan kebaikan atau amal sholeh. Saat kumandang azan subuh dan tubuh kita masih dililit selimut, terbersit dalam pikiran kita, "Nanti lima menit lagi ". Ini adalah waswasah. Kenyataannya bukan lima menit tapi satu jam, akhirnya Sholat Shubuh terlambat bahkan tidak sholat.

2. Tazyin
Tazyin artinya membungkus kemaksiatan dengan kenikmatan. Segala yang berbau maksiat biasanya terlihat indah, Misalnya, mengapa orang yang berpacaran lebih mesra daripada suami-istri? Jalan-jalan saat pacaran lebih mengesankan daripada setelah menikah. Ini karena ada unsur tazyin. Pacaran itu maksiat, sementara nikah itu ibadah. Maksiat disulap oleh setan sehingga terasa lebih indah, nikmat dan mengesankan. Inilah yang disebut strategi tazyin.

3.Tamanni
Tamanni artinya memperdaya manusia dengan khayalan dan angan-angan. Pernahkan terbersit niat akan Shalat Tahjud saat merebahkan badan di tempat tidur? Namun pada jam tiga saat wekwr berbunyi, kita cepat-cepat mematikannya lalu meneruskan tidur.
Pernahkan kita ingin bertobat? Namun pada saat maksiat ada di depan mata, kita tetap saja melakukannya. Ironisnya ini berlangsung berkali-kali. Inilah yang disebut strategi tamanni.

4. A'dawah
A'dawah artinya berusaha menanamkan permusuhan. Setan berikhtiar menumbuhkan permusuhan di anatara manusia. Biasanya permusuhan berawal dari prasangka buruk. Supaya manusia bermusuhan, setan biasanya menumbuhkan prasangka buruk.Karena itu waspadai kalau kita berprasangka buruk pada orang lain, sesungguhnya kita telah terperangkap strategi setan.

5. Takwif
Takwif artinya menakut-nakuti. Pernahkah merasa takut miskin karena menginfakkan sebagian harta, takut disebut sok alim karena datang ke majelis taklim? Kalau kita pernah merasakannya, inilah strategi takhwif.

6. Shaddun
Shaddun artinya berusaha menghalang-halangi manusia menjalankan perintah Allah dengan menggunakan berbagai hambatan. Pernahkah anda merasa malas saat mau melakukan sholat, atau mengantuk saat membacaAl Qur'an meskipun sudah cukup tidur? Ini adalah gejala shaddun dari setan.

7. Wa'dun
Wa'dun artinya janji palsu. Setan berusaha membujuk manusia agar mau mengikutinya dengan memberikan janji-janji yang menggiurkan. Akhirnya manusia mempercayainya. Misalnya, banyak kasus seorang wanita menyerahkan dirinya pada sang pacar karena dijanjikan akan dinikahi, namun setelah hamil sang pacar meninggalkannya begutu saja. Dia tidak mau bertanggung jawab. Inilah contoh wa'dun atau janji palsu dari setan.

8. Kaidun
Kaidun artinya tipu daya. Setan berusaha sekuat tenaga memasang sejumlah perangkap agar manusia terjebak. Sebenarnya tipu daya setan itu tidak akan ada pengaruhnya bagi orang-orang yang benar-benar beriman kepada Allah SWT.

9. Nisyan
Nisyan artinya lupa. Sesungguhnya lupa itu adalah hal yang manusiawi. Lupa memang sesuatu hal yang manusiawi, tetapi setan berusaha agar manusia menjadikan lupa sebagai alasan untuk menutupi tanggung jawab. Pernahkan kita lupa menunaikan janji? lupa sholat? Kalau sesekali itu bisa disebut manusiawi, tetapi kalau sering dilakukan berarti terjebak strategi nisyan.

Demikian ringkasan tentang strategi setan. Semoga kita dapat mencermati dan berusaha agar tidak terjebak strategi setan laknatullah (setan yang dilaknat Allah)

Jom Hisap Ganja!


Kajian dapati satu sedutan saja penguat risiko hingga 40 peratus skizofrenia

LONDON: Satu kajian terbaru mendakwa, satu sedutan kanabis atau ganja boleh menyebabkan individu terbabit berisiko sehingga lebih 40 peratus untuk menjadi gila.

Keadaan lebih buruk bagi golongan penagih kerana risiko mereka mengalami masalah mental membabitkan penyakit skizofrenia adalah lebih dua kali ganda.

Kajian rasmi kerajaan Britain yang dilakukan penyelidik empat universiti tempatan, menunjukkan pengambilan ganja secara keseluruhannya boleh dikait ke atas satu daripada setiap tujuh kes skizofrenia dan penyakit mental lain yang boleh mengancam nyawa.

Statistik menggerunkan itu yang menjadi kaitan terbaru kesan pengambilan ganja ketika remaja boleh mengalami masalah sakit jiwa pada usia dewasa, diumumkan beberapa hari selepas Perdana Menteri, Gordon Brown mengarahkan kajian semula keputusan menyenaraikan ganja sebagai kelas C atau kategori kurang serius berbanding dadah.

Ia berikutan pengakuan tujuh menteri Britain bahawa mereka pernah menghisap ganja ketika di universiti termasuk Setiausaha Dalam Negeri, Jacqui Smith.

Ganja dikaitkan dengan beberapa siri pembunuhan kejam, termasuk kematian pereka fesyen terkenal, Lucy Braham yang ditikam bertubi-tubi.

"Sehubungan itu, kalangan penggubal dasar perlu memberi nasihat secukupnya kepada orang ramai mengenai kesan jangka panjang pengambilan ganja dan dadah ini. Malah, kami yakin yang kajian ini memperoleh bukti mencukupi bagi memaklumkan orang ramai yang ganja boleh menyebabkan masalah tekanan mental pada usia tua," kata salah seorang penyelidik, Dr Stanley Zammit dari Universiti Cardiff.

Kajian itu tidak tertumpu kepada usia sebenar kemunculan masalah mental terbabit.

Bagaimanapun, penyelidikan sebelumnya menunjukkan tabiat menghisap ganja sejak usia remaja, menyebabkan individu menjadi gila pada usia seawal usia 20-an atau 30-an. - Agensi

Tuesday, October 5, 2010

Perokok? Tiada Tempat disisi PAS!


Adus!
Nampaknya dah tiba masa teman buang jauh-jauh tabiat ni..

Ya Allah.. kuatkanlah semangatku ini...

Ameen!
sunsnake05102010

Calon Galas: PAS akan pilih bukan perokok

PAS akan mengketengahkan calon yang tidak merokok pada pilihan raya kecil DUN Galas akan datang bagi meningkatkan imej Islam parti itu, menurut beberapa laporan akhbar tempatan yang dipetik oleh AFP.

PAS, yang merupakan gabungan Pakatan Rakyat berkata, calon yang bakal dipilih bertanding mempertahankan kerusi dewangan undangan negeri di Kelantan itu mesti mempamerkan perwatakan Islam yang baik serta tidak merokok.

"Perkara pertama, saya akan tolak perokok. Mereka bukan sahaja membahayakan kesihatan sendiri tetapi membazirkan wang,”
kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (atas, kiri) yang dipetik oleh akhbar New Sunday Times.

Berita Penuh