Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, June 14, 2010

Al-Fatihah Ustaz Hj Hassan Sukry Meninggal Dunia


Berita terbaru teman dapat sms daripada sahabat PAS Zon Bukit Beruntung, "Ensiklopedia bergerak" PAS bergerak, Tuan Hj Hassan Sukry telah meninggal dunia jam 1.15 petang tadi di Hospital Selayang.

Jenazah Almarhum akan dibawak ke rumahnya di Taman Melewar dengan segera.

Mohon semua hadir ke Taman Melewar.

Al-Fatihah.
sunsnake 14062010

Saiful Apek - Berakhirnya karier lawak?


Hmm.. seperti yang diduga..
Teman ni kalau cerita pasal Saiful Apek ni.. memang teman respect habis..
Kelakar mamat ni suatu masa dulu memang tahap dewa!
Malangnya.. kehidupannya di dalam filem dan diluar filem tak sama..
Seorang yang sangat-sangat berbakat dan kreatif..

Apa agaknya kesudahannya karier beliau?
sunsnake 14062010

Saiful Apek ditahan positif dadah

KUALA LUMPUR 13 Jun – Pelakon komedi, Saiful Apek atau Mohd. Saifulazam Mohammad Yusoff, 41, bersama lima rakannya termasuk seorang wanita ditahan dalam serbuan yang menemui 40 gram dadah jenis ganja di sebuah apartmen di PJS 7, Sunway, dekat sini malam tadi.

Dalam serbuan kira-kira pukul 10 malam oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Subang Jaya itu, dadah tersebut ditemui di dalam rumah terbabit.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar ketika dihubungi hari ini mengesahkan perkara itu.

Beliau berkata, penahanan Saiful dan rakan-rakannya yang dipercayai pekerjanya diperoleh hasil maklumat awam.

Menurutnya, ujian air kencing yang dijalankan mendapati kesemua mereka positif mengambil dadah jenis ganja.

Berita Penuh

Perak - Ada Adun BN nak lompat?


Ntah mengapa.. hati teman ni berbulu je bila ada cerita-cerita Adun nak melompat nih! Tak kira la yang dari PR ke BN ke atau sebaliknya!

Pada pendapat teman yang fakir nie.. Tak perlulah kita mengharapkan lompatan daripada Adun-adun BN kepada kita.. Sangat-sangat tidak sihat sebenarnya benda-benda macam nie..

Jika kita sendiri sangat tersiksa jiwa dan raga apabila melihat Adun-adun kita melompat menyokong BN sehinggakan runtuhnya Kerajaan PR Perak, adakah masih bernafsu diri kita hendak melihat perkara yang sama terjadi kepada BN?

Jika kita mengutuk sampai bersembur air liur akan tindakan BN mengail Adun-adun kita adakah kita juga akan bersembur air liur membenarkan tindakan Adun-adun BN yang melompat kepada kita pulak? Bagaimana pula makian kita kepada Adun PR yang melompat tadi? Ada double standardkah itu?

Benar, Tuan Guru Nik Aziz sendiri mengatakan melompat daripada kejahatan kepada keburukan adalah baik, tapi pada teman didalam konsep demokrasi, adalah lebih baik kita membina kemenangan atas kejayaan mendapat sokongan sebenar daripada majoriti pengundi bukan mencuri kepercayaan pengundi terhadap seseorang YB itu..

Ambil contoh isu 16 September, bukankah kita yang bukan main gembira dan angkuh memberi kata-kata ugutan kepada UMNO-BN bahawa mereka akan tumbang pada tarikh tersebut? Adakah ini akan memberi keuntungan kepada kita? Walaupun hakikatnya mereka jelas kebimbangan, tetapi akhirnya apabila mereka benar-benar menggunakan taktik yang sama, kita jugak yang merana apabila Kerajaan PR Perak jatuh dengan cara yang hampir sama dengan idea kita untuk ke Putrajaya pada 16 September!

Oleh itu, teman lebih gemar dan yakin, usaha memenangi hati rakyat adalah jalan yang paling ampuh dan selamat walaupun sangat-sangat berliku dan mencabar! Inilah caranya kita akan memenangi sebuah kerajaan dengan cara yang lebih gentleman dan berintegriti.

Hanya mereka yang malas berusaha dan tidak mahu ke akar umbi sahaja yang mengharapkan kejayaan dengan cara melompat sebegini.

Wallahua'lam.
sunsnake 14062010


PKR Allegation Of Crossover By Three Umno Elected Reps A Lie - Perak MB

IPOH, June 13 (Bernama) -- Perak Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir Sunday dismissed as a lie an opposition claim that three Perak Umno state assemblymen would join Parti Keadilan Rakyat (PKR) soon.

Dr Zambry, who is chairman of the Perak Umno Liaison Committee, said the allegation was designed to cause disunity in the state Umno which was gaining strength.

"They (the opposition) are trying to create issues at a time when their leaders are leaving the party one by one," he said when contacted by Bernama.

Dr Zambry was asked to comment on the statement today by Perak PKR Information chief Zulkifli Ibrahim that Perak Umno was facing a severe internal crisis which would result in three elected representatives to leave the party and join PKR soon.

Berita Penuh

Team Budak Balun Lepas Maghrib nih!


Jangan lupe wehh!! team teman Holland main petang nih!
Jam 7.30pm channel 805 dan 825..
Jangan kalih ke TV1.. memang takde punyerr!!
Bukan sokong astro.. tapi dah itu aje yang ada...

Haaa!!. jangan lupa.. Solat Maghrib dulu baru layan game nih!!
Idak buta-buta je dapat dosa!

Jangan jadikan sukan punca dapat dosa macam UMNO sokong judi!
wakakaak!

Go! Go! Holland!
sunsnake 14062010


Muhyiddin pengkhianat Melayu!!! Bukti nyata!


Cisss!!! Tergamak kau Muhyiddin!!
Tergamak kau mengizinkan bangsa selain melayu menggunakan bahasa ibunda mereka di sekolah-sekolah! Semua jenis sekolah pulak tuh!!

Mentang-mentang majlis yang kau berucap tu penuh dengan orang India!!
Tiba-tiba pulak kau jadi orang India!!
Kau tu melayulah Muhyiddin!! WAJIB kamu bermatian mempertahankan MELAYU!!
HANYA melayu yang masuk Syurga!!
Islam itu hanya untuk Melayu!!! Kalau ada bukan melayu masuk Islam otomatik jadi 2nd class punya Islam!!

Cisss..!! Hampeh punya Muhyiddin!
Siap ko kami berdemo lagi kat Tropikana lepas nih!

-mungkin itu kata-kata otaimer UMNO dan PERKASA bila baca berita dibawah!

sunsnake 14062010

TPM: Bahasa ibunda subjek wajib sedang dikaji

June 13, 2010

KUALA LUMPUR, 13 Jun — Kerajaan akan mengkaji sama ada pengajaran dan pembelajaran bahasa ibunda seperti bahasa Tamil dan Mandarin di semua sekolah akan diwajibkan atau sebaliknya, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata pembelajaran bahasa ibunda memang termaktub dalam dasar kementerian tetapi ia masih belum dilaksanakan sepenuhnya lagi.

“Bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris memang penting tetapi bahasa ibunda juga harus kita pelajari untuk memudahkan komunikasi,” katanya ketika merasmikan Konvensyen Parti Progresif Rakyat (PPP) Wilayah Persekutuan di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas permintaan Presiden PPP Datuk M. Kayvaes supaya kerajaan mempertimbangkan menjadikan pembelajaran bahasa ibunda berkenaan sebagai subjek wajib di sekolah.

Dalam ucapan aluan pada majlis itu, Kayveas turut menggesa kerajaan supaya mengkaji semula sistem pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada pelajar cemerlang.

Berita Penuh

1Malaysia kena tegur dek Nik Aziz!


Haaa. tu lah.. kalau nak maki pun agak-agak laa..
kalau nak sindir Rosmah pun.. man-man laa..
jangan belasah sungguh!!! Kena la jaga adap!

Bro Hishamuddin Rais Tukar Tiub kompom kena tepat nih!

hehhehehe
sunsnake 14062010

Nik Aziz tegur perwakilan PAS sindir Najib, Rosmah

Jun 13, 10
3:21pm

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menegur sikap perwakilan dalam muktamar parti itu yang menyindir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai isteri kepada Rosmah Mansur. Katanya, tindakan itu boleh menyakitkan hati orang lain dan menyebabkan perasaan dendam. "Hendak suka bolehlah, tetapi menyakitkan hati. Bila sakitkan hati apa jadi? "Hanya (mewujudkan) dendam sahaja akhirnya," katanya yang juga menteri besar Kelantan. Semalam, ketika sesi perbahasan usul di muktamar PAS ke-56 di Pengkalan Chepa, seorang perwakilannya memperli Najib sebagai isteri kepada Rosmah. Di kalangan penyokong pembangkang, perkara tersebut sering menjadi bahan gurauan, dipercayai ekoran penampilan Rosmah dilihat lebih 'agresif' berbanding isteri perdana menteri lain sebelumnya. Menyampaikan ucapan penangguhannya tengah hari ini, Nik Aziz menjelaskan Islam mengajar umatnya memanggil seseorang itu dengan gelaran yang paling disukai dan amat disenanginya. "Bila hendak sebut nama orang, kita (mesti) sebut nama yang paling disukainya, (misalnya) pakcik, ayah haji, yang amat berhormat. "(Kesimpulannya) katalah pekataan yang amat disenangi," tambahnya. Menurut menteri besar lagi, perkara itu selari dengan landasan hikmah dan dasar kesederhanaan dalam Islam.