Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, September 30, 2011

Apabila Pencacai Diberi Jawatan...

Contoh Pencacai Yang Terbaekkkk!!! Chupp! Chuppp! Chuppp!


Aduhhh!!
Ni sorang lagi..
tapi pencacai ni up skit level dia sebab ada title..

Punya la complain pasal hudud nih!
Takut siasatan tak adil laaa
Sebelum jatuh hukuman rejam kena siasat betul-betul laa..

woi macchha!

Abis yang selama ni Mahkamah Malaysia dok jatuhkan hukuman hatta sehingga hukum mati tu?
Adil sesangat ke?

Subhanallah!

Yang dok agungkan undang2 Kafir ni apahal?

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia??
phuii!!

Dakwah diri sendiri dulu la macchaaa!!

budakbalun 30092011


YDP Yadim: Muslim tentang hudud ciptaan parti gilakan kuasa

KUALA LUMPUR, 30 Sept — Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Aziz Jamaludin Mhd Tahir berkata, masyarakat Islam hanya membantah hukum hudud ciptaan mereka yang gila kuasa memerintah, bukannya “menentang hukum hudud yang sebenar.”

“Undang-undang tetap dianggap tidak adil jika cara melaksanakannya tidak dijalankan seadil-adilnya. Umpamanya dalam menjatuhkan hukuman rejam. Sebelum hukuman dijatuhkan, ia perlu diadili dengan sebaik-baiknya,” kata beliau. - MInsider

Thursday, September 29, 2011

Rindunya pada Pencacai UMNO!

Utusan ni hina siapa sebenarnya? Hina Nik Aziz ke hina Allah SWT? Na'uzubillah!


Rindu pulak teman pada 'cabaran-cabaran' pencacai-pencacai UMNO pada PAS supaya laksana Hukum Hudud!
hah! Sekali MCA buka mulut, bersepah semua seluar dalam pencacai!
Maunye tidak!
Goyang maaaa!! Jerit Hidup Melayu tapi goyang beb!
Mengaku pejuang melayu tapi bila ada cina buka mulut tak nak hudud..
teruss.. yang melingkaq jadi bulat macam guli!
wakakakaka!

budakbalun 29092011

Hukum hudud: Tak guna mesyuarat, kata MCA

Pemuda MCA menyifatkan mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Rakyat sebagai usaha yang tidak berguna kerana setiap parti anggota pakatan itu mempunyai pendirian dan ideologi berbeza dalam pelaksanaan hukum hudud.

Ketua pergerakan itu, Datuk Wee Ka Siong berkata, mesyuarat berkenaan juga hanyalah satu helah untuk menutup mulut para pemimpin Pakatan daripada membincangkan isu berkenaan. "(Sebabnya) selagi pelaksanaan negara Islam dan undang-undang hudud tidak diterima dengan baik, isu ini akan terus dibangkitkan berulang kali," katanya lagi.-Mkini

Tuesday, September 27, 2011

DAP,MCA,UMNO Kena Layan CSI kot?


Baru teman teringat..
Dalam suatu siri Drama best giler CSI..
Tak pasti lah Miami ke New York..
Lt. Horatio Caine CSI Miami ada terbang ke New York untuk sambung penyiasatan kes yang bermula di Miami..
Di New York dia minta bantuan Det. Mac Taylor Ketua CSI New York..
Ada satu scene tu berlaku percanggahan pendapat berkaitan undang-undang..
Rupanya undang Miami tak sepenuhnya sama dengan undang-undang New York..
hmmmm..

Kalaulah boleh dijadikan contoh..
Dan sepertimana berlaku di Malaysia la ni..
Undang-undang Syariah setiap negeri memang berbeza-beza!
Semua orang tahu kan???

So, apa masalah kalau Kelantan nak buat hudud?
Yang DAP tak setuju apahal?
Yang MCA tak setuju apa hal??

OK lagi.. yang UMNO macam malu-malu kucing nak setuju apahal??

Woii!! nilai Mas kahwin pun berbeza la ikut negeri!!
Chaittt!!

budakbalun 27092011

Nik Aziz: DAP ibarat ‘budak kecil takut hantu’

September 26, 2011

KOTA BARU, 26 Sept – Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata hukum hudud yang mahu dilaksanakan di Kelantan sama sekali tidak kena-mengena dengan masyarakat bukan Islam terutama DAP yang juga tiada sebab membantah undang-undang Islam itu dilaksanakan.

Ia kenyataan pertama beliau selepas petang tadi kepimpinan Pakatan Rakyat mengarahkan pemimpin-pemimpin parti komponen tidak membuat kenyataan isu berkenaan sehingga ia dibincangkan Rabu ini.

Sehubungan itu beliau menyifatkan DAP seperti “budak-budak kecil takutkan hantu” sedangkan hukum hudud sebenarnya lebih adil dan tidak membabitkan golongan bukan Islam.

“DAP nak keluar (gabungan pembangkang) pasal apa? Hudud untuk orang Islam dan apa hubungan dia (DAP) dengan orang Islam,” katanya kepada pemberita di kediaman Menteri Besar di sini hari ini.-MInsider

Monday, September 26, 2011

Bas Kita.. Bas Dia.. Hampehh!!

Bas kita.... sebagai rakyat berjiwa marhaen..


Bas dia... sebagai pemimpin kononnya 'berjiwa rakyat!"

Kalau macam ni punya bas, usahkan pusing Perak,
keliling dunia pun teman sanggup Kak Mah oiii!!!!

aduhhh!!

budakbalun 26092011

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0925&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm

Keje Sampai Reput!


Perghh!!
Bior betui nak kena kerja sampai umur 64 tahun!
Aduyaiii!!

Kalau peluang pekerjaan berlambak takpela jugak..
Ini yang Fresh graduate pun punya la payah nak cari keje..
Tambahan yang jenis amik bidang bukan teknikal..
Yang amik bidang teknikal pun fenin..

sudahnya masuk KPLI.. jadi cikgu..
berlaga pulak dengan lepasan maktab dan UPSI!
adehhh!!

hmmmm...
apa komen semua?

budakbalun 26092011

Umur persaraan pekerja swasta naik, antara 60-64 tahun

September 26, 2011
KUALA LUMPUR, 26 Sept — Kerajaan sedang menggubal satu undang-undang baru bagi menaikkan umur persaraan pekerja sektor swasta sehingga 64 tahun dengan had bersara mandatori 60 tahun.

Di bawah akta baru yang bakal dinamakan undang-undang umur persaraan sektor swasta, seseorang pekerja hanya akan bersara apabila mencapai usia 60 tahun, dan jika khidmatnya masih diperlukan, pekerja terbabit boleh dilanjutkan khidmat mereka selama empat tahun lagi.

“Bermakna usia persaraan akan dilanjutkan daripada 55 tahun pada masa sekarang kepada 60 tahun dan seseorang pekerja masih berupaya dan diperlukan, dia boleh terus bekerja selama empat tahun lagi,” kata Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Abdul Halim Mansor kepada The Malaysian Insider.

Friday, September 23, 2011

Bukti Kegagalan MB Pakatan Rakyat! Cis!


"Apa la MB Khalid neh!! macam mana pulak Kerajaan Selangor boleh dapat menyimpan sampai RM1.1 Bilion neh? Dalam masa yang sama boleh pulak bagi air percuma! Boleh pulak buat macam-macam skim! Anak-anak Selangor dapat offer masuk IPT leh dapat duit.. bukan pinjaman! Warga emas leh dapat Skim Usia Emas.. Anak-anak Selangor yang baru lahir leh dapat Tabung Warisan Anak Selangor!..

Punya la banyak skim-skim ni, boleh pulak simpan lagi untuk Kerajaan negeri!!! Cheisss!!

Patutlah kontraktor-kontraktor UMNO kat Selangor ni makin lama makin nak mati...
memang pengkhianat lah MB Khalid ni!!

Pengkhianat melayuu!!! ehh silap! Pengkhianat UMNO!!!"

-getus hati seorang Ketua UMNO cawangan di Hulu Selangor agaknya....

wakakakakak!

mari kita baca jap lagi apa kata pencacai!

budakbalun 23092011

Simpanan tunai Selangor RM1.1b, rekod 28 tahun

SHAH ALAM, 23 Sept: Dalam tempoh enam bulan tahun ini, Kerajaan Negeri Selangor berupaya menambah simpanan tunai sebanyak RM200 juta, menjadikannya RM1,100 juta.

“Jumlah ini merupakan rekod kewangan paling baik negeri bertuah ini dalam tempoh 28 tahun,” kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau menyatakan demikian pada Majlis Santapan Malam anjuran Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan di Pusat Konvensyen Shah Alam, malam tadi.

Selain Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, turut berangkat ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menurutnya, pada akhir tahun lepas, simpanan tunai Kerajaan Negeri Selangor berjumlah sebanyak RM918 juta.

Secara keseluruhan, katanya, kejayaan Selangor memperkasa pembangunan dan melestarikan kemajuannya adalah dengan restu, nasihat dan sokongan penuh Tuanku Sultan terhadap kerajaan negeri sekarang yang mengamalkan tadbir urus yang telus, bertanggungjawab, berhemah dan berhemat.

Katanya, Negeri Selangor juga telah menunjukkan peningkatan yang begitu ketara di dalam jumlah pelaburan dalam negeri.

Jelasnya, semenjak 2008 hingga Jun 2011, Selangor telah berjaya menarik pelaburan berjumlah lebih RM35,000 juta.

Ini bermakna, ujarnya Kerajaan Negeri Selangor sekarang bukan sahaja berjaya meningkatkan hasil negeri tetapi juga berjaya melaksanakan pengurusan kewangan dengan cekap dan berkesan.-Harakahdaily

Budakbalun setuju dengan Che Det! Terbaekk!



Teman setuju benor dengan saranan Che Det neh!
Mari kita mulakan dengan Mukhriz anak bapak!!

budakbalun 23092011

Mahathir: Rakyat pandang jijik wakil rakyat mewah

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegur wakil rakyat BN supaya mengubah imej mewah yang ditonjolkan sehingga menyebabkan rakyat berasa jijik dengan parti itu.

Katanya, faktor tersebut merupakan salah satu sebab BN merekodkan prestasi buruk pada 2008 – yang masih belum dapat dipulihkan hingga kini.

Persepsi tersebut antara lainnya berpunca daripada kegiatan membeli undi dari kalangan perwakilan semasa pemilihan parti.

"Golongan muda pandang parti komponen sebagai korup dan mereka tidak ingin sokong. Walau tak ramai yang tak sokong, sikit-sikit tak dapat undi, kita akan kalah," katanya dalam satu majlis di Dewan Umno bahagian Kuala Selangor hari ini.-mkini

Thursday, September 22, 2011

Mari Selamatkan Melayu!!!


hah..
PAS bertanding 20 kerusi..
PRU 2008 PAS hanya menang 8 kerusi Dun..

So melalak la pencacai kononnya PAS jadi barua DAP laaa.. barua PKR laa..

Paling best Melayu Selangor dalam bahaya!!

wakakakaka!

OK, apa kata, kali ni bagi PAS menang semua kerusi Dun yang ditandingi..
20 Kerusi Dun!

haaaaa.. ada bran?

Lepas tu kita tengok apa jadi..

Cakap lebih-lebih karang pencacai marah lakkk..
"Hanya Islam yang mampu menyelamatkan bangsa!"

budakbalun 22092011

Pembahagian kerusi Pakatan S'gor selesai

Rundingan pembahagian kerusi antara parti gabungan Pakatan Rakyat di Selangor selesai dengan keputusan mengekalkan status quo dalam pilihan raya umum lalu.

Dengan itu, PKR akan kekal bertanding di 21 DUN, PAS di 20 kerusi dan DAP pula sebanyak 15 kerusi, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad (gambar bawah, kiri sekali). "Pembahagian kerusi di Selangor sudah selesai... PAS masih beranggapan (untuk) berperanan (memenangi) undi orang Melayu," katanya. - Mkini

Pulau Pun Nak Kena Jual! Hebatnya BN!


KENYATAAN AKHBAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SABAH

TERHADAP PENJUALAN PULAU KEPADA PIHAK ASING

Dewan Pemuda Pas Negeri Sabah terkejut dengan penjualan 3 buah pulau iaitu Pulau Mengalum yang terletak di pesisir Kota Kinabalu, Pulau Pandanan di Semporna dan Pulau Montukod di luar pesisir kimanis yang diiklankan menerusi pusat pasaran talian terus yang berpangkalan di Toronto, Kanada.


Jesteru Dewan Pemuda Pas Negeri Sabah amat kesal dengan pengakuan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur negeri, Datuk Osman Jamal yang menyatakan kerajaan tidak boleh menghalang penjualan Pulau-pulau tersebut kerana ianya adalah hakmilik persendirian.


Persoalannya bagaimana pulau-pulau sedemikian begitu mudah dimiliki oleh segelintir individu tertentu sedangkan ia merupakan khazanah berharga Sabah yang seharusnya dipulihara, yang boleh dijadikan sebagai tarikan pelancongan.


Dewan Pemuda Pas juga hairan bagaimana Jabatan Tanah dan Ukur boleh dengan begitu mudah memberikan kelonggaran kepada individu tertentu untuk memiliki sebuah pulau sedangkan dalam masa yang sama Jabatan ini juga yang melakukan perampasan terhadap Hak Tanah Adat yang menyaksikan begitu ramai penduduk kampung yang tinggal di pedalaman diusir, ditangkap dan didakwa seperti laporan Suhakam yang menyatakan bahawa Sabah mencatat aduan tertinggi pencabulan tanah adat sebanyak 824 kes atau 82.4% antara tahun 2002 hingga suku pertama tahun 2011.


Jika Jabatan Tanah dan Ukur boleh menguatkuasakan Seksyen 42, Ordinan Tanah Sabah Bab 68 bagi merampas hak tanah Adat terhadap penduduk-penduduk kampung di pedalaman, maka ia juga sepatutnya boleh menguatkuasakan undang-undang yang sama bagi menjaga kepentingan rakyat sabah.


Begitulah juga apabila kerajaan bersungguh-sungguh mempertahankan Pulau Sipadan dan Ligitan daripada tuntutan negara Jiran sedangkan bersikap dingin dan berlepas tangan terhadap penjualan 3 buah pulau ini dari terlepas kepada pihak asing. Seluruh dunia kini menyaksikan perebutan pulau-pulau bagi memastikan sesebuah negara dapat meluaskan kawasan pesisir dan sempadannya. Tidak mustahil pembelian pulau ini akan membolehkan negara Asing dengan mudah memperluaskan kedudukan strategik mereka.


Jesteru Dewan Pemuda Pas Sabah mendesak supaya kerajaan Sabah menghalang urusniaga penjualan tersebut memandangkan ia akan memberi kerugian kepada khazanah berharga yang menjadi hak kepada seluruh rakyat Sabah.


Dedahkan siapa pemilik pulau-pulau tersebut yang begitu tamak sanggup menjual sebahagian dari tanahair sendiri dan siasat juga bagaimana mudahnya mereka ini memperolehi tanah seluas pulau!

LAHIRUL B. LATIGU

KETUA DEWAN PEMUDA PAS SABAH

Khas Untuk Pencacai UMNO!


Tauuuu..
Memang pencacai takkan faham benda-benda ni..
Saja nak ulang..

Mana la tahu kot-kot dapat hidayah di hujung-hujung nafas!

Ameen!

Lagipun.. puak-puak pencacai ni bukan suka baca tulisan panjang-panjang..
Sebab tu apa yang dibaca dek pembaca berita kat TV tu pencacai terima sebulat hati dan sebulat suara!
Lain kalau gambor-gambor lucah dan hina lagi jijik yang selalu dibuat dek jefreydamien tuh!
Bukan main suka pencacai!!
wakakaka!

budakbalun 22092011

PERDANA MENTERI MALAYSIA.

YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.
Menteri Besar Kelantan.
KELANTAN
...
Y.A.B. Tuan Haji,

PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993.
DI NEGERI KELANTAN.

Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26).
Bertarikh 8 Jun 1994.

Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.

1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kapada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu “tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum).” Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.

2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW. sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya dizaman itu.

3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:

(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran.

Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan. Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.

(ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.

Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.

Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan ia adalah satu kezaliman yang dahsyat.

5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolak sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya.

6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.

7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD.

Che Det...Belit Serupa Sawa!


Hok aloh...
Berbelit-belitlah..

Patutlah Tukartiub selalu tulis..

Kalau jumpa ular ketuk madey dulu!!

wakakaaaka!

budakbalun 22092011

Saya bukan lagi PM laksanalah hudud, Mahathir beritahu PAS

September 21, 2011

TANJUNG MALIM, 21 Sept – Tun Dr Mahathir Mohamad meminta Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat memperkenalkan hukum hudud di negeri itu sekarang memandangkan beliau tidak lagi menjadi perdana menteri yang dahulunya dianggap menghalang hasrat kerajaan negeri itu melaksanaannya.

“Saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud). Pi la tanya Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) kot dia nak bagi... ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya kononnya pasai saya, (PAS) tak dapat laksana hukum hudud,” katanya (gambar) ketika diminta mengulas hasrat PAS untuk melaksanakan hudud di negeri itu biarpun ditentang oleh rakan-rakannya dalam pembangkang.-minsider

Wednesday, September 21, 2011

Saya Hanya Takut Kat Karpal Singh!!

Sekali wa suda keluar wa punya sengggattt!! - Ajib KL gangster lagi berani la woi!


Bila cerita Hudud..
Pencacai UMNO kompom akan ungkit kata-kata Karpal Singh 2-3 dekad dulu!
Hakikatnya..
Pencacai UMNO memang wajib spin kalau persoalan hudud dikemukakan..
Sembang la kat mana-mana pun..
Kalau tajuk hudud kompom pencacai UMNO akan spin 360'!!

Walhal..
Karpal Singh itulah yang najib takut sesangat!

wakakakakaka!
budakbalun 21092011

Najib, Rosmah buat permohonan tolak sepina


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dijangka memfailkan permohonan untuk menolak sepina yang mewajibkan mereka untuk tampil sebagai saksi pada perbicaraan liwat yang membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung. Menurut sumber yang memaklumkan Malaysiakini, pasangan itu akan memfailkan permohonan mereka pada hari ini. Butiran mengenai permohonan itu setakat ini tidak jelas. Masa mereka akan memfailkan permohonan itu juga belum diketahui.-mkini

Najib: Saya tak takut hadapi Anwar Ibrahim

SHAH ALAM, 17 Sept — Hanya dua hari selepas mengumumkan pembaharuan beberapa undang-undang termasuk mahu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) — langkah dilihat bertujuan mengekang pengaruh Pakatan Rakyat — Datuk Seri Najib Razak hari ini mengisytiharkan beliau tidak takut untuk menghadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata sementara Malaysia sebuah negara demokrasi berparlimen dengan parti lebih penting daripada orang perseorangan, beliau tidak keberatan jika perlu berhadapan dengan Ketua Pembangkang itu dalam mana-mana debat ala pemilihan presiden.

“Saya tidak takut dengan Anwar Ibrahim,” kata Najib ketika berucap menutup Konvensyen Barisan Nasional (BN) Selangor di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini petang ini.-minsider

Penipuan Semakin Terbongkar!!!


KENYATAAN AKHBAR JABATAN PILIHANRAYA

DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

PENIPUAN SEMAKIN TERBONGKAR

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia berasa cukup positif dan gembira dengan pembongkaran isu-isu yang telah dibuat mutakhir ini oleh orang perseorangan ataupun badan-badan NGO yang membabitkan penipuan, penyelewengan dan salah guna kuasa oleh penjawat awam dan agensi jabatan kerajaan di dalam memastikan penerusan kuasa UMNO dan Barisan Nasional di dalam pilihanraya lalu. Baru-baru ini melalui laman sesawang Malaysiakini telah didedahkan bahawa seorang pemastautin tetap yang memohon untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan negara ini telah ‘dinasihatkan’ oleh pegawai Jabatan Pendaftaran Negara supaya ‘membalas budi’ dan menjadi tugas utama beliau sekiranya diberikan kerakyatan untuk mengundi parti pemerintah iaitu UMNO/BN.

Begitu juga dari petikan Wikileaks (kabel diplomatik Amerika yang bocor), pendedahan Pengerusi Mafrel (NGO Pemantau Pilihanraya), Malek Husin, terhadap pengakuan yang telah dibuat oleh bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang mengakui UMNO telah melaksanakan ‘kempen kotor’ untuk merampas Sabah daripada PBS waktu itu dengan memberikan taraf kewarganegaraan dan kad pengenalan Malaysia kepada lebih 600,000 pekerja asing (kebanyakan dari Indonesia dan Mindanao, Filipina) untuk menjadi pengundi berdaftar di Sabah. Bahkan Tan Sri Rashid mengakui secara peribadi telah mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu khusus untuk membantu UMNO di Sabah. Ianya juga dikenali sebagai ‘Projek IC’ yang turut membabitkan Perdana Menteri Malaysia waktu itu, Tun Dr Mahathir Mohamad menurut laporan tersebut.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia merasakan pendedahan sebegini telah jelas mengesahkan dan membenarkan dakwaan pihak Pakatan Rakyat terhadap penipuan dan penyelewengan kuasa yang telah dilakukan oleh UMNO/BN selaku pihak kerajaan untuk meneruskan kekuasaan mereka memerintah negara ini secara ‘kotor dan haram’. Sepatutnya pihak UMNO/BN selaku Kerajaan yang memerintah negara ini berasa malu dan insaf terhadap tindakan mereka membelakangkan undang-undang negara dan mengkhianati amanah rakyat.

Oleh itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menggesa supaya siasatan segera dilakukan terhadap pendedahan yang telah dibuat oleh sebuah jawatankuasa yang bebas dan telus serta mengambil tindakan tegas terhadap pelaku-pelaku yang telah menyalahguna kuasa hatta mantan perdana menteri sekalipun. Sesungguhnya mereka yang telah terlibat di dalam sebarang penyalahgunaan kuasa ini adalah merupakan PENGKHIANAT AGAMA, BANGSA DAN NEGARA. Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menyeru dan mengalu-alukan seluruh rakyat Malaysia untuk tampil membuat pendedahan sekiranya ada terhadap penyelewengan dan penipuan sistem pilihanraya di dalam negara ini.


MOHD SANY BIN HAMZAN

PENGARAH JABATAN PILIHANRAYA

DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

21 September 2011

Tuesday, September 20, 2011

Syabas Polis Diraja Malaysia!


Teman nak ucapkan tahniah atas keberanian dan kejayaan PDRM dalam membanteras jenayahdi negara yang kita cintai ini.

Sewajarnya inilah tugas hakiki pihak polis..

Sekalung penghargaan buat mereka!

Syabas! Alhamdulillah!
budakbalun 19092011

Polis tembak mati empat lelaki di Ipoh

Polis menembak mati empat lelaki dipercayai warga asing dalam satu kejadian berbalas tembak di Jalan Changkat Larang, Pengkalan di Ipoh, malam tadi. Ketua Polis Daerah Batu Gajah, ACP Najib Mohamad berkata, kejadian berlaku pada pukul 9.30 malam tadi apabila empat lelaki itu yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira cuba melarikan diri apabila dihampiri polis. "Semasa kejadian polis sedang melakukan rondaan di kawasan Menglembu apabila melihat empat lelaki itu dalam keadaan mencurigakan dan apabila dihampiri, mereka memecut laju ke arah Pengkalan", katanya ketika dihubungi hari ini. Empat penjenayah itu mati ditembak semasa berbalas tembak dengan anggota polis selepas kenderaan yang dinaiki mereka tersekat di satu jalan mati di Changkat Larang. Polis turut menemui sepucuk pistol, empat bilah parang, dua komputer riba, dua buah telefon bimbit dan beberapa pakaian dalam kereta penjenayah tersebut. Siasatan juga mendapati kereta yang digunakan mereka adalah kenderaan curi yang dilaporkan hilang di Ipoh minggu lalu. - mkini

Laporan Polis terhadap UMNO Hulu Selangor!






UMNO..UMNO...
Marah kehilangan jawatan di masjid-masjid negeri Selangor tak habis lagi rupanya..
1Bukit Beruntung/Bukit Sentosa tahu macam mana perubahan yang berlaku pada masjid AsSalam selepas PRU12.

InsyaAllah..
Semoga Allah SWT memberikan hidayah kepada Ketua Pemuda UMNO Hulu Selangor ini untuk bertaubat dan menjauhi amalan membuat dan menyebar fitnah ini..

Laporan ini dibuat pada Jumaat lepas selepas Solat Fardhu Jumaat di Balai Polis Bukit Sentosa..
Hancur! Hancur! hancur fitnah!

budakbalun 20092011

link fitnah UMNO..

http://www.macamnilahkita.com/2011/09/khatib-baca-khutbah-jumaat-sokong.html

http://rakyattranung.blogspot.com/2011/09/biadap-khutbah-jumaat-sokong-komunis.html

Monday, September 19, 2011

Apabila Suka Aurat Terbuka... Jahil?

Mungkin puak-puak ni kena layan ceramah Tok Guru ni kot??
Kalau layak dapat hidayah lahhh..
kalau idak.. apa pun tak boleyyy!!

budakbalun 19092011



Rogol: Jangan salahkan kami, wanita skirt mini Indonesia kecam kerajaan

September 18, 2011


JAKARTA, 18 Sept — Puluhan wanita dan kanak-kanak dengan mengenakan skirt mini dan seluar ketat berhimpun di tengah Jakarta hari ini sambil mengecam kenyataan seorang pegawai kerajaan yang mendakwa pakaian yang “provokatif” sebagai punca serangan seksual.

Protes itu diadakan ekoran kenyataan gabenor Jakarta Fauzi Bowo yang kelmarin berkata kaum wanita tidak harus mengenakan pakaian-pakaian mendedahkan aurat jika mahu mengelak mereka menjadi mangsa rogol atau mana-mana bentuk serangan seksual.

Fauzi dengan segera memohon maaf tetapi kenyataannya mendapat liputan meluas menerusi media tempatan dan Twitter.

Protes hari ini menggesa pihak polis dan kerajaan Indonesia mengambil tindakan lebih menyeluruh untuk melindungi kaum wanita dan membantu mangsa serangan seksual.

Sunday, September 18, 2011

Bukti UMNO Sayangi Islam! Saheh!

Masih terngiang-ngiang kata2 DS Najib malam tadi di Konsert 'Suara Kami" malam tadi..
"Inilah Generasi baru Malaysia!!"
aduhhh!! mana teman nak sorok anak cucu teman nehhh!!

budakbalun 18092011

Pakatan Rakyat Perlu 'Paten' kan Buku Jingga?



Wakakakak!
Makin melalut la UMNO-BN nih!

1Malaysia mungkin dah tahu..
apa yang Pakatan Rakyat tawarkan melalui Buku Jingga nih..
apa yang Pakatan Rakyat tawarkan dalam masa 100 hari pertama menguasai Putrajaya!

Untuk mansuhkan ISA ni bukan kena guna duit pun...

hmmm..
Satu lagi penafian 'bangang' daripada UMNO-BN..

1Malaysia tahu 1 Ogos 2009..
Berpuluh ribu rakyat turun ke KL berdemonstrasi menuntut agar ISA ini dihapuskan!
Tak lupa jugak berpuluh ribu jugak penyokong ISA lepak-lepak dirumah!
yang berani turun hanya berapa kerat je? wakakakaka!

Sebelum ni bukan main menteri-menteri UMNO puji melangit kelebihan ISA neh..
Alih-alih la ni bukan main pulak menteri-menteri ni puji DS Najib sebab nak mansuhkan ISA?
hok aloh... berapa punya bangsat daaaa!!
Takde pendirian!

semua takut miss soru!

budakbalun 18092011

BN: Kami tak curi idea Buku Jingga Pakatan mansuh ISA

September 17, 2011

KUALA LUMPUR, 17 Sept — Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) mempertahankan pengumuman Datuk Seri Najib Razak mahu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai inisiatif mereka sendiri, bukannya mencuri idea Buku Jingga Pakatan Rakyat atau disebabkan desakan pembangkang.

Pakatan Rakyat melancarkan Buku Jingga Disember lalu dan salah satu daripada 10 inisiatif yang hendak dilaksanakan dalam 100 hari pertama jika menerajui Putrajaya ialah memansuhkan ISA.

“Bila buku Jingga itu keluar? Perdana Menteri sudah umum kajian ISA secara holistik dua tahun lalu, kita sudah pun menjalankan proses kajiannya secara bijaksana,” kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein selepas merasmikan Majlis Penerangan Perdana di Seremban hari ini.

Hishammuddin mengulas mengenai dakwaan pakatan pembangkang bahawa BN mencuri idea mereka menerusi Buku Jingga.

Awal tahun ini, pemimpin-pemimpin BN dan Umno mengkritik kandungan Buku Jingga mustahil untuk dilaksanakan.

Buku Jingga itu mengandungi janji pakatan pembangkang yang akan dilaksana dalam masa 100 hari jika mereka mentadbir negara.- Minsider

Untungnya Jadi Kristian di Selangor!

Yang ramai-ramai ni agak-agak ada tauliah tak? untunglahhhh!

Itulah nasibnya Islam di negeri dan negara bertuah neh!
Punya la takut dengan kelebihan yang ada pada pimpinan PAS..
Boleh dikatakan 99% pimpinan PAS boleh dan berkemampuan untuk memberikan paling tidak pun tazkirah..

Malangnya..
kalau diminta ketua Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor menyampaikan tazkirah Subuh mahu terberak-berak dia mengelak!

errr.. teringin gak nak tau..
Pendakwah/mubaligh kristian yang bersepah di Selangor dan Malaysia ni pun kena ada tauliah ke?
kalau takde maknanya untunglah kristian..
sesiapa pun boleh berdakwah!

yang kita umat Islam ni nak ngajor agama kat anak kat rumah pun kena ada tauliah agaknya!

Bangang betul!

budakbalun 18092011

Halang bercakap agama tak masul akal

KLANG, 18 Sept: "Menghalang ahli politik ataupun mereka yang dipilih oleh rakyat bercakap dan menyampaikan maklumat tentang agama adalah satu perkara yang tidak masuk akal, malah saya tidak setuju langsung," jelas Ahli Dewan Undangan Negeri Meru (Adun), Dr Abd Rani Othman.

Beliau yang telah ditarik balik tauliah mengajar oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sebelum ini menyuarakan ketidakpuashatiannya terhadap Jais kerana ingin menyekat aktiviti dakwa di kalangan pemimpin dari PAS.

"Pentauliahan ini diwujudkan adalah kerana ini mengelak daripada berlakunya penyebaran ajaran sesat oleh mereka yang kita tidak kenali tetapi apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya.

"Kita melihat ramai ahli politik yang mempunyai sijil-sijil agama yang diiktiraf sama ada di dalam mahupun di luar negara dan kebanyakan darinya telah mendapat pengiktirafan dari Arab dan juga Mesir.

"Jadi isu ajaran sesat tidak timbul, malah menghalang mereka-mereka ini dari menyampaikan sesuatu kebaikan adalah bertentangan dengan apa yang Islam kehendaki," jelasnya.

Dr Rani memberitahu sebelum ini pemimpin Umno bebas melakukan apa sahaja termasuk menyampaikan dakwah di surau-surau mahupun masjid.

"Kalau dulu pemimpin-pemimpin Umno bebas melakukan apa saja yang mereka mahu termasuk menyampaikan tazkirah di dalam surau mahupun masjid malah bermacam-macam perkara mereka lakukan.

"Sepanjang itu jugalah kita melihat tidak pernah ada pentaulihan diberikan malah JAIS hanya berdiam diri dan yang paling mendukacitakan Jais juga turun sama dalam program yang dianjurkan oleh Umno itu. - Harakahdaily

Thursday, September 15, 2011

Demo Besar-besaran Sabtu Depan!!!






Dipercayai puak-puak diatas akan turun ke KL untuk berdemo besar-besaran bagi membantah tindakan Najib berjanji akan hapuskan ISA!
jumlah yang akan turun dijangka ramai bergantung kepada bayaran...
wakakakaka!!!


Syabas kepada rakyat Malaysia yang berani! 1 Ogos 2009!!!





budakbalun 16092011

K'jaan mansuhkan ISA dan Akta Buang Negeri

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengumumkan keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Buang Negeri 1959.

"Sepertimana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula mengambil alih jawatan perdana menteri pada 3 April 2009, ISA akan dikaji secara komprehensif.

"Suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus," katanya dalam ucapan perutusan khasnya sempena Hari Malaysia malam ini dan disiarkan secara langsung menerusi RTM1.-mkini

Lagi Pengkhianatan Kerajaan PR Selangor! Bongkar!


Sial punya Pakatan Rakyat Selangor!
Tak habis-habis nak habiskan duit rakyat Selangor!

Hari tu dah habiskan duit rakyat dengan bagi air percuma 20m3..
Lepas tu buat pulak perlaksanaan Merakyatkan Ekonomi Selangor..
Ada pulak Tabung Warisan Anak Selangor...
Sekali kan pulak dengan Takaful Kifaalah Usia Emas..
Macam-macam lagi laaaa..

Ini semua nak habiskan duit rakyat lah neh!!

Ni nak bagi gaji minimum RM1500 pulak??
Banyak tuh!!
Gaji 5-6 ratus udahlah..
Nak buat apa duit banyak-banyak?
Nanti macam mana Menteri besar macam Khir Toyo, Mat Taib nak buat kemajuan?

Cuba tengok masa UMNO memerintah...
Takde pulak buat benda-benda membazir macam nih!

- kata Ketua UMNO Cawangan salah sebuah Felda di Hulu Selangor! gamaknyelah

wakakakak!!
Mangkuk Dulu Kini Selamanya!

budakbalun 15092011


Selangor Perkenal Gaji Minima Tahun Depan

SHAH ALAM 15 SEPT : Bermula Januari tahun hadapan, setiap kakitangan anak syarikat kerajaan negeri Selangor bakal menikmati skim gaji minima RM1,500.

Menurut Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, pelaksanaan gaji minima ini adalah di antara pelan-pelan tindakan tiga tahun Pakatan Rakyat 2011-2013 yang akan dilancarkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim esok.

Pakatan Rakyat sebelum ini menerusi Buku Jingga berjanji memperkenalkan skim gaji minima untuk semua pekerja di Malaysia dalam janji 100 hari pentadbirannya di Putrajaya.

"Kini kita terjemahkan janji itu dengan melaksanakannya terlebih dahulu di negeri Selangor," katanya.

Berbagai pelan tindakan telah dirangka yang merangkumi pelbagai aspek; pembangunan negeri dan kebajikan rakyat. Ia merupakan janji gagasan itu bagi menghadapi pilihan raya umum yang mungkin diadakan akhir tahun ini ataupun awal tahun hadapan.

Pelan tindakan ini juga bakal menyediakan peruntukan RM5 juta untuk pembangunan kampung baru di seluruh Selangor. - TV Selangor

Mat Sabu Calon Parlimen Pasir Mas?


Terbaekklah!
Bila Pak braheng dah lontarkan 'ugutan' macam ni..
Sesekali wajib kita sambut walaupun melayan orang gila boleh jadi gila!

Apa kata kita minta Abang Mat Sabu bertanding di Parlimen Pasir Mas PRU akan datang neh!
Rasanya PAS Kawasan Pasir Mas takdok masalah..
Mungkin akan menyambut dengan 1000 kegembiraan!
Kalau teman...
Memang suka giler kalau Abang Mat bertanding di Parlimen teman!
Tapi Hulu Selangor??
Cukuplah kami ada Ustad Kamal-Alan-Nathan!

wakakakaka!

budakbalun 15092011

Bukit Kepong: Perkasa mahu kempen lawan Mat Sabu jika tanding PRU-13

KUALA LUMPUR, 15 Sept — Sambil menggesa pentadbiran Najib mengambil tindakan tegas ke atas Mohamad Sabu berhubung kenyataannya berkaitan tragedi Bukit Kepong, Perkasa berkata timbalan presiden PAS itu “harus dihalang” jika bertanding pilihan raya umum ke-13.

Presiden Datuk Ibrahim Ali berkata, sehingga hari ini Putrajaya hanya memberi amaran dan tiada tindakan ke atas Mohamad walaupun telah didesak banyak pihak.

“Sebelum ini ada desakan supaya Mat Sabu (Mohamad) ditangkap, namun kita tidak buat begitu kerana kalau kita desak Mat Sabu ditangkap, kita akan ditertawakan.

“Kalau saya jadi Menteri Dalam Negeri, dah habis Mat Sabu . . . sebab itu kerajaan perlu bertindak bijak tapi kita (orang Melayu) perlu bersama, kita mahu tindakan diambil (ke atas Mohamad), jangan sampai rakyat hilang kepercayaan dan jangan sampai rakyat mengambil undang-undang sendiri,” katanya ketika berucap menutup Forum Merdeka Kekejaman Komunis, Mat Indera dan Kemerdekaan anjuran Perkasa di Kelab Sultan Sulaiman di sini malam tadi.-Minsider

Jom Lancar BERSIH 3.0! Tunggu Apa lagi!

Auntie mesti setuju!!!


Apa tunggu lagi?
Takkan nak kena kalah teruk di PRU 13 baru sibuk-sibuk nak bising?
Takkan dah kena kencing baru nak mengamuk..
Mengamuk-mengamuk pun tetap hancing beb!

Kali ni...
Jangan demo start jam 2 abis jam 5..
Kali start jam 8 pagi Sabtu.. Abis jam 5 petang ahad!
Ataupun tiada habisnya sampai SPR isytiharkan terima semua tuntutan!

Apa macam? Ada bran?

KL Tungguuuuuuuu!!
budakbalun 14092011

PAS persoal SPR buang 10,000 pengundi kes ‘IC palsu’

September 14, 2011

KUALA LUMPUR, 14 Sept – Dewan Pemuda PAS pusat mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membuang lebih 10,000 nama dalam daftar pemilih badan itu yang dikaitkan dengan kes ‘MyKad’ palsu dalam tempoh dua bulan lalu.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS pusat Suhaizan Kaiat berkata, perkara itu telah dikesan pihaknya yang kini giat mengenal pasti kepincangan dalam daftar pemilih selepas isu warga negara asing didaftar sebagai pengundi.

Kata beliau, pihaknya telah mengenal pasti lebih 10,000 kes kad pengenalan palsu dalam daftar pemilih SPR melalui kajian dibuat, namun mendapati ia telah dibuang selepas melakukan semakan terbaru.

Tambah Suhaizan, SPR tidak mempunyai kuasa untuk membuang nama-nama dalam daftar pemilih selepas tempoh bantahan tamat walaupun terdapat keraguan.

“Kita ada rekod SPR, setiap parti politik boleh membeli maklumat daripada SPR, daripada senarai pengundi ini kajian dibuat, kita kaji yang mana kita mencari nama dan nombor kad pengenalan yang sama, hasilnya adalah apa yang kita dedahkan selama ini.

“Lebih daripada 10,000 nama telah dikeluarkan dalam tempoh dua bulan data ini dikeluarkan... peraturan mana yang SPR guna untuk buang data ini, nama-mana ini telah digazetkan... macam mana dengan mudah SPR buang, SPR sepatutnya buang sebelum ia digazetkan iaitu semasa daftar pemilih dipamerkan sekiranya ada bantahan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini.

Jelas beliau, terlalu mudah untuk SPR mengeluarkan data yang salah tanpa mengikut peraturan yang ditetapkan. -Minsider

Wednesday, September 14, 2011

Seks, Liwat dan UMNO....

Sekadar hiasannnn..


Bila sebut menuduh orang dengan seks..
UMNOlah juaranya..
Bila sebut tuduh orang dengan liwat..
UMNO jugaklah heronya!

Pelik betul dengan parti melayu yang satu ni..

pemimpin dan ahli-ahlinya sangat suka dengan hal-hal sebegini..

Kalau bersembang..
Kompom kena ada hal-hal kepemperempuanan!
hahaha..

Sebab tu ada kes puteri UMNO dakwa dicabul oleh pemuda UMNO sendiri!
Siap koyak-koyak baju awek tuh!!

Tu laaa.. sapa suruh joint Puteri UMNO..
joint Nisa' kan bagus..
tudung labuh... ada usrah.. leh ngaji Islam...
InsyaAllah.. selamat...

budakbalun 14092011

Perbualan 'intim': Tak tahu, kata Mat Sabu


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata beliau tidak tahu menahu berhubung rakaman perbualan intim yang dimuat di internet dan diperkatakan di blog dan laman web pro-Umno yang mendakwa melibatkannya dan seorang wanita. "Saya tidak tahu. Saya tidak pernah dengar," katanya ringkas sambil tersenyum ketika diminta mengulas dakwaan terdapat rakaman antaranya dan wanita yang dikatakan Normah Abdul Halim.

Ditanya sama ada beliau mengenali wanita tersebut, Mohamad (kiri) hanya menjawab beliau tidak beminat melihat rakaman sebegitu. "Video (seks presiden MCA) Soi Lek pun saya tidak tengok. "Saya video-video macam ini memang tidak pernah suka," katanya, sekali gus mengundang ketawa kecil pemberita.-mkini

Mahathir? Siapa Mahathir? -See Foo!


KENYATAAN MEDIA

DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

MAHATHIR TIADA AUTORITI BERCAKAP SOAL SEJARAH

(13 September 2011)

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta Tun Dr Mahathir berdiam diri dari bercakap soal sejarah negara kerana beliau bukan ahlinya untuk bercakap demikian. Ini ekoran kenyataan beliau yang menyokong Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) Datuk Zainal Kling bahawa Malaya tidak pernah dijajah oleh British.

Kenyataan Tun Dr Mahathir menyebabkan rakyat semakin keliru terhadap sejarah kemerdekaan negara. Dengan kenyataan penuh kontroversi oleh Profesor Zainal Kling telah menimbulkan keserabutan dalam pemikiran rakyat Malaysia, Tun Dr Mahathir pula menambah lagi kekeruhan terhadap rakyat Malaysia. Banyak persoalan yang bermain di fikiran rakyat sekarang ini, jika Malaya tidak pernah dijajah, mengapa kita sambut Hari Kemerdekaan negara pada 31 Ogos setiap tahun? Dan jika Malaysia tidak pernah dijajah, apakah UMNO boleh dianggap pejuang kemerdekaan?

DPPM menegaskan, Tun Dr Mahathir bukan ahli sejarah yang layak memberi komentar terhadap apa yang pernah berlaku. Beliau hanyalah seorang ahli politik negara. Sejarah perlu dibentangkan dengaan fakta dan kajian ilmiah secara terperinci. Justeru, beliau tidak berhak memberikan pandangannya mengenai sejarah negara.

Apakah Dr Mahathir berani mengaku bahawa UMNO bukanlah pejuang kemerdekaan sebenar kerana negara tidak pernah dijajah. Apakah juga Dr Mahathir mahu menafikan sumbangan tokoh-tokoh kemerdekaan yang diangkat selama ini seperti Tunku Abdul Rahman, Dato’ Onn Jaafar, Datuk Panglima Bukit Gantang dan lain-lain? Beranikah Tun Dr Mahathir menyebut bahawa British layak diangkat sebagai pejuang negara manakala Dr Burhanuddin Al Helmi, Ahmad Bostamam, Tok Janggut, Tuan Guru Abdul Rahman Limbong, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Mat Saleh, Rentap, dan lain-lainnya sebagai pengkhianat negara?

DPPM menjelaskan gerakan-gerakan menuntut kemerdekaan lebih dahulu ditubuhkan sebelum UMNO. Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuhkan pada 1938, diteruskan oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) ditubuhkan pada 1945 dan badan gabungannya seperti Angkatan Pemuda Insaf (API)yang ditubuhkan pada Februari 1946 , Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Se-Tanah Air (BATAS). UMNO hanya ditubuhkan pada tahun 1946 lewat beberapa tahun selepas penubuhan gerakan-gerakan ini.Saat gerakan nasionalis kiri ini melaungkan slogan merdeka ,UMNO masih dengan slogan “hidup Melayu”.

UMNO pula telah diharamkan pada tahun 1988. UMNO yang ada kini hanya UMNO baru yang ditubuhkan selepas diharamkan tahun 1988. Roh UMNO zaman ‘kemerdekaan’ telah berkubur sejak itu. Zaman Tun Dr Mahathir yang menyebabkan UMNO diharamkan. Apakah Tun Dr Mahathir melupakannya dan mahu sejarah menggelapkan sejarah ini.

DPPM mempunyai pandangan yang tegas bahawa Dr Mahathir hendaklah berdiam diri dalam isu untuk tidak menyerabutkan lagi perbahasan sejarah kemerdekaan yang berlaku.

Disediakan oleh;

RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia