Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, May 22, 2009

Lawak Babi!










Hargailah Keluargamu...


Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,


Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"

"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,


FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak
Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU

" HARGAILAH KELUARGA ANDA "

Thursday, May 21, 2009

Terkenang Semasa Dulu...





Teringat sewaktu kecil di kampung, dengan suasana desa yang permai.. di hadapan rumah opah teman, halaman rumah yang sedikit berbukit.. diisi dengan sebatang pokok cempedak yang tinggi merimbun. Akarnya yang besar tempat teman bermain masak-masak dengan sepupu-sepupu yang lebih kurang sebaya. Sesekali kami bermandi sungai dibelakang rumah. Sungai yang agak kecil, tetapi mengalir jauh nun dari Banjaran Titiwangsa!.

Kadang-kala bila tiba musim hujan, air sungai tersebut akan naik dan membanjiri hingga ke tangga dapur rumah opah! Ketika inilah Opah teman akan setia menemani teman bermandi ‘banjir’ tersebut. Sambil diperhatikan dari jauh, Atuk yang sedang menyiapkan ‘bubu’ untuk dipasang di lombong kampung.


Tiba waktu makan tengahari, sajian gulai masam ikan kembung kecil, sambal ‘machang’ berserta pucuk ubi rebus! Dengan nasi putih panas dan air ‘mati’. Sudah cukup mengecurkan air liur! Ada ketikanya berlaukkan ikan masin sambal, berulamkan petai muda mentah disulami air teh ‘O’ suam yang dibancuh oleh Atuk!

Allahuakbar! Makan di pintu dapur sambil diiringi kicauan burung dan sesekali bunyi biawak melanggar ‘benta-benta’ di tebing sungai.


Tiba waktu petang, pastinya Sungai kampung menjadi sasaran! Di titi kayu hadapan sekolah, penghubung antara hilir dan hulu kampung. Tanpanya, pasti terputus hubungan buat seketika. Dibawah titi itulah tempat ber’tapa’ kami sahabat sekampung! Tak berbaju dan tak berseluar, bermain perang membaling lumpur. Sesekali terkena mata! Aduh!! Tapi per’juangan’ tetap diteruskan. Hinggalah kedengaran motor ayah tiba, baru kelam-kabut memakai seluar, mencari baju yang ntah dimana! Dengan mata yang merah dan kulit badan yang hitam berkilat! Berjalan kaki balik ke rumah. Yang pasti, emak dah sediakan makan petang, kurang-kurang goreng pisang atau jemput-jemput.


Ada masanya teman ‘port’ kat surau tinggi

Kadang-kadang seluruh budak kampung dihimpunkan dibelakang warung Kopi Sarip, untuk ‘peperangan’ hebat bersenjata ‘letup-letup’! dibuat daripada buluh kecil yang di’modified’ agar kuat dan stabil. Berpelurukan putik jambu atau kertas basah. Ada yang guna sebatang mahupun diikat 4.. kalau kena boleh tahan gak ‘bintat’! Dah habis kalah baru balik rumah cari minyak panas.. ada jugak yang calar-balar sebab kena lalang, mahupun disebat dek batang buluh!




Lepas makan terus ke padang, kadang-kadang balik ke sungai! Sambil berlari-lari menyepak bola. Habis sekampung turun ke padang sekolah. Ukhwah terasa hebat namun kadang-kadang berakhir dengan bertumbuk! Biasala budak-budak kampung, periksa tak bagus takpe janji banyak geng dan kuat! Sebaik dengar azan terus balik rumah. Sebab ayah on the way ke masjid yang tepi padang sekolah! Kalau dia nampak tak balik lagi musti kena libas lepas isya’!



Malam lepas makan tunggu ayah balik masjid. Kena mengaji sebab dah dekat nak bersunat! Malu la tak khatam Quran.. lagi sekali kena penampar sebab main-main belajar. Sekali kena penampar ayah! Memang sampai mati ingat hukum tajwidnya! Sebutan ‘Allah’ yang salah pun terus kekal betul sampai la ni!

Lepas ngaji terus gi rumah opah, sebab tak boleh tidur kecuali bawak ketiak dia.. Sesekali layan wrestling kat TV2 dengan Atuk. Atau layan Ian Rush Liverpool kat English League Soccer! Hanya itu je player yang teman kenal! Kadang-kadang dok layan cerita P.Ramlee, terkekeh-kekeh Atuk ketawa melihat watak pesakit melintas jalan terdengkot-dengkot! Dalam filem Madu Tiga ketika Jamil dikejar 3 isterinya!


Ada kalanya mengikut atuk bermain rebana. Atuk guru rebana terkenal di seluruh Slim River! Secara otomatik teman kena jadi anak muridnya, dan lama-lama jadi assistant atuk pula. Hingga kini masih mengalir ilmu rebana di segenap sanubariku! Buktinya, setiap kali dipanggil bersama kumpulan rebana kampung, Alhamdulillah belum pernah tersalah talu. Lirik-lirik lagu melayu & berzanji kadang-kadang ada gak yang tersalah alun. InsyaAllah, akan teman perturunkan kepada generasi kemudian.



22 tahun telah berlalu… Kini.. Atok telah 6 tahun meninggalkan kami. Opah masih ada tetapi lumpuh kini.. Masih di kampung di penghujung usia..

Sungai belakang rumah.. telah menjadi belukar setelah sungai baru dikorek untuk menjadikannya lurus. Titi kayu telah ditukar menjadi besi! Budak-budak kampung generasi baru sudah tidak berminat untuk mandi sungai.. mereka lebih mesra dengan playstation, lebih seronok munggang motosikal, lebih suka menonton TV sepanjang hari, lebih suka menghisap rokok curi-curi! Pokok cempedak tempat bermain masak-masak dah lama ditebang sebab dah terlalu tua dan berbahaya. Halaman rumah opah pun dah dipenuhi dengan semak & lalang, ada jugak yang buat pondok kekal buat berniaga goreng pisang.


Itulah rantaian kehidupan. Ayah sendiri dah semakin dimamah usia. Dah pun pencen setelah separuh usianya bekerja. Membesarkan anak-anak disamping mengikut aturan kehidupan. Semoga Allah SWT membalas segala jasanya yang tidak kan mampu dibalas oleh kami. Emak yang setia si isteri sentiasa disisi ayah. Menjadi sumber kekuatan ayah selama ini. Akhirnya nanti pasti perpisahan akan terjadi antara suami dan isteri, ibubapa dan anak-anak, semuanya pasti!


Catatan Kehidupan

Sunsnake, Kampung Balun,Slim River.