Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, June 18, 2010

Tempat paling 'horror' di Selayang!



Bandar Baru Utara Selayang ni memang horror!
Teman boleh kata tiap-tiap bulan nyinggah area ni malam-malam sebab senang berurusan dengan bank-bank untuk bayor utang!

Segala jenis bank ada kat sini! Tapi masalahnya..
Terlalu banyak pendatang asing! Macam-macam rupa dan negara!

Terus-terang teman kabo memang takut kalau datang area nih!
Muka sorang-sorang lain macam je teman nengok..
Kalau memandang orang tu macam nak makan jee..
Kat tingkap atas tu bersidai segala macam jenis manusia..
semuanya memandang-mandang... huihhh!!
Bau jangan cakap laaa...

Teman rasa silap-silap Polis pun takut nak masuk kalau setakat 2-3 orang jee..
Mau hilang celah-celah bangunan tuh!!
Tak heran la mamat myanmar ni kena pakuk dengan parang!
sunsnake 18062010

Warga Myanmar Mati Ditetak, Ada Pas UNCHR

KUALA LUMPUR, 17 JUN: Seorang penjual sayur warga Myanmar ditemui mati dengan tetakan di belakang kepala, leher dan tangan di lorong belakang sebuah kedai makan di Bandar Baru Utara, Selayang di sini, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata menurut saksi, kejadian berlaku kira-kira 5.30 pagi apabila mangsa, 35, diserang oleh dua lelaki Myanmar yang bersenjatakan parang di lorong itu.

"Mangsa dikenali sebagai Maungmau yang mempunyai pas Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) dan bekerja sebagai penjual sayur di Pasar Borong Selayang," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan motif kejadian adalah kerana berebut tapak niaga namun siasatan masih lagi dijalankan bagi mengesan suspek.

0 comments: