Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, July 24, 2010

UMNO buat Ceramah? Tak cukup ke TV3?


Wakakakaka!

tadi teman gi Shah Alam.. masa layan roundabout seksyen 15, depan UMW ternampak jugak la banner kempen ni.. senyum je laa..

Tak sangka gak yang UMNO Selangor terpaksa menjadi pembangkang di negeri bertuah ni..
Betul-betul tak sangka! Selaku antara petugas PAS yang terlibat direct dengan PRU2008, teman hanya jangka boleh dapat banyak DUN tetapi tidak la sampai dapat kuasai negeri..
Allahuakbar! rupanya lain jadinya!

Dan setelah UMNO kalah di Selangor.. akhirnya.. barulah segala cacian.. makian UMNO patah balik ke depa!

Dulu maki PAS dan PKR suka buat kacau dengan buat Demo..
Dulu hina PAS dan PKR suka buat ceramah.. takde permit dan ganggu penduduk sekitar..

La ni.. UMNO pulak dok 'buat kacau' dengan demo...
lagi teruk demo UMNO! Siap bawak kepala lembu..
memang kepala hotak betul la puak-puak nih!

Apapun.. teman setuju dengan demo yang UMNO buat..
Demo sememangnya cara kita... cara PAS, cara UMNO, cara PKR.. cara DAP.. cara MCA.. cara MIC.. cara Hindraf..

Inilah caranya kita menunjukkan ketidakpuasan hati secara betul..
Demo yang terkawal...

so, bila nak ada demo lagi nih???
sunsnake 24072010

Umno lancar kempen tawan Selangor, Anwar turut dikecam

July 24, 2010
Sebahagian daripada hadirian pada majlis pelancaran kempen Umno-BN di Shah Alam malam tadi. - Gambar Choo Choy May
SHAH ALAM, 24 Julai - Umno Selangor memulakan kempennya secara rasmi malam tadi untuk merampas semula negeri itu daripada Pakatan Rakyat dengan mengadakan perhimpunan awam di Shah Alam, kawasan yang majoritinya pengundi Melayu.

Perhimpunan awal ini menarik kehadiran sekitar 200 penyokong dan penduduk tempatan.

Ia sebahagian daripada kempen Umno-BN untuk mendedahkan dakwaan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dalam industri perlombongan pasir di Selangor dan kegagalan kerajaan Pakatan Rakyat untuk menunaikan janji-janji pilihan raya.

Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar merupakan penceramah utama malam tadi, mendakwa Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), anak syarikat milik kerajaan yang bertanggungjawab untuk menguruskan aktiviti perlombongan di negeri itu, telah disalahgunakan untuk membiayai jentera pilihan raya Pakatan Rakyat.

“Mereka telah mula untuk mengumpul dana sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang.” kata Noh kepada penyokong-penyokongnya.

“Saya pasti bahawa kroni mereka akan memainkan peranan dalam kempen pilihan raya,” katanya.

Barisan Nasional kehilangan kuasa kerajaan negeri pada pilihan raya umum 2008.

Ibrahim Ali - Sudah ku jangka!


Cuba banyangkan situasi ini..

Teman bisik macam ni kat telinga member teman..
"Aku pinang anak dara ko yang cun melecun tu untuk aku leh?"

tiba-tiba member teman melenting!
"Hotak ko! Ko tu pun dah la umur tua!, muka tak hensem! amalan takde!"

Lepas tu teman pun kabo..
"tu laaa.. aku dah agak ko takkan setuju! siap melenting lagi! apa la ko ni..
aku dah agak dahhhh.. aku dah agak dahhh!!!"

lepas tu teman dok canang 1Kampung yang buruknya perangai member teman ni melenting seperti yang teman 'dah agak' dah sebelum tuh!

Apa punya bangang la katak sekor ni..

sunsnake 24072010

Ibrahim Ali: ‘Saya dapat tengok hipokrasi PAS, Umno’

TERKINI @ 09:21:20 PM 23-07-2010
July 23, 2010

KUALA LUMPUR, 23 Julai — Datuk Ibrahim Ali berkata beliau memang telah menjangkakan pemimpin Umno dan PAS akan menolak idea Perkasa agar kedua-dua parti Melayu Islam itu dibubar lalu ditubuhkan parti baru jika kerjasama perpaduan tidak menjadi kenyataan.

“Mereka tak setuju OK, saya sudah jangka. Malah mereka akan melenting lagi,” kata beliau kepada The Malaysian Insider hari ini.

Presiden Perkasa itu berkata beliau tidak sedih sama sekali dengan pendirian Umno dan PAS kerana keputusan itu memang sudah dijangkakan.

Malah kata beliau, mustahil cadangan Perkasa ini akan diterima oleh kedua-dua parti itu.

“Cuma saya dapat tengok hipokrasi masing-masing dalam isu perpaduan.

“Bagi saya ia cuma satu panggilan kebangkitan... penting Melayu Islam dan Bumiputera bersatu kerana ia teras pada perpaduan rakyat Malaysia demi kestabilan dan keamanan negara,” kata Ibrahim (gambar) mengulas laporan awal The Malaysian Insider hari ini.

Berita Penuh

Pakatan Rakyat - Medan dakwah PAS yang sebenar!


Modus Operandi UMNO senang sahaja dibaca..

Setelah gagal dalam usaha memporak-perandakan PAS dengan isu Kerajaan Perpaduan sewaktu muktamar Agung PAS di Shah Alam dahulu, UMNO melihat isu ini boleh dijadikan senjata bagi melumpuhkan PAS. Apabila PAS lumpuh, semestinya Pakatan Rakyat pun akan turut lumpuh kerana semua orang tahu PAS adalah penyumbang tenaga kerja terbesar didalam Pakatan Rakyat. Tenaga kerja PAS adalah melebihi PKR dan DAP malahan UMNO sendiri mengakui akan kegagalan jenteranya menyaingi ketekunan jentera pilihanraya PAS.

Walaupun PAS bukanlah parti yang berpaksikan kepada perjuangan melayu, namun oleh kerana Islam adalah bermajoritikan melayu di Malaysia ini, maka lebih 90% ahli PAS adalah orang melayu terutama terutama di sebelah pantai timur Malaysia dan kini mula berjangkit ke sebelah selatan seperti Johor, Negeri Sembilan dan Melaka. Ada juga maklumat yang menyatakan bahawa permohonan keahlian PAS kini sangat menggalakkan daripada negeri-negeri selatan tersebut!

Semangat memperjuangkan kaum ini sememangnya ada di jiwa setiap bangsa termasuk melayu. Bukan semua ahli-ahli PAS mendapat pentarbiyahan yang cukup dan kuat. Dimanapun pasti ada ahli-ahli PAS yang akan berdetak hatinya apabila disogok dengan doktrin perkauman yang kini semakin hebat dilaungkan oleh UMNO melalui media-medianya hinggakan mereka yang bertaraf 'Mufti' juga turut dihambakan oleh UMNO bagi merealisasikan hasrat mereka menggoyahkan jiwa orang-orang PAS disamping menimbulkan stigma buruk PAS kepada orang-orang melayu atas pagar yang pastinya masih kuat pegangan kemelayuan mereka.

Pada UMNO mudah sahaja, goyangkan, anginkan, tiupkan api perkauman kepada orang-orang melayu dan canangkan bahawa hanya apabila PAS dan UMNO bergabung sahaja yang mampu 'memulihkan' maruah dan hak orang melayu! Persoalannya, benarkah begitu? Adakah hanya kesatuan antara UMNO dan PAS sahaja yang mampu mengembalikan segala milik orang melayu?

Apakah benar hak orang melayu semakin tergadai? Persoalan yang seharusnya dikembalikan kepada UMNO ialah bagaimana hak orang melayu boleh tergadai didalam suasana UMNO menjadi ketua pemerintahan Malaysia sejak 1957 lagi? Jika persoalan itu sudah terlalu lama (mungkin ahli-ahli UMNO sudah lupa), persoalan yang terbaru, mengapa sewaktu UMNO menang besar dalam Pilihanraya Umum 2004, tidak ada bunyi langsung dari UMNO untuk mengajak PAS berpadu dengannya? Apakah sebenarnya indikator keruntuhan ahak orang melayu pada UMNO?

Mengapa Selangor?

Isu Kerajaan Perpaduan ini bermula di negeri Terengganu dan Selangor namun kini hanya tinggal Selangor yang masih diserang dengan isu Kerajaan Perpaduan. Mengapa? Adakah kerana jumlah kerusi Dun Selangor yang sekiranya PAS dan UMNO bergabung memungkinkan menubuhkan kerajaan negeri? Bukankah di Perak juga berlaku situasi sebegitu? mengapa tidak berbunyi sekarang melodi perpaduan di Perak?

Kerana di Perak, UMNO telah kembali berkuasa walaupun menggunakan 'jalan belakang' iaitu rampasan kuasa ala kudeta.

Yakinlah! Sekiranya Selangor ini berjaya dirampas oleh UMNO melalui jalan yang sama (sekiranya mereka berpeluang) pastinya melodi perpaduan ini tidak akan kedengaran! Pastinya tidak sama sekali!

Selangor selaku negeri yang kaya hasil pelbagai jenis industri dan sesuai dengan lokasinya yang sangat strategik, menjadi suatu kekecewaan yang amat sangat oleh UMNO apabila terlepas ke tangan Pakatan Rakyat pada PRU 2008 dahulu. Sehingga kini Khir Toyo masih lagi meroyan dan meratapi kehilangan statusnya sebagai MB Selangor dan kehilangan mungkin lebih 70% punca pendapatan UMNO! 1Malaysia tahu punca kekuatan UMNO adalah duit dan apabila UMNO kehilangan sumber duit bermakna bermulalah zaman kejatuhan UMNO!

Agak mustahil bagi mereka yang normal mempercayai sekiranya masih ada golongan yang benar-benar ikhlas mahu memperjuangkan nasib melayu dikalangan pemimpin-pemimpin UMNO melainkan hanya kekayaan dan kekuasaan yang menjadi tujuan hidup mereka!

Kerajaan Perpaduan

Mungin telah beratus kali PAS melalui pimpinannya seperti Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Haji Hadi dan lain-lain mengeluarkan kenyataan menolak sama sekali perpaduan atas dasar politik namun media UMNO selama itu jugalah terus cuba meyakinkan rakyat bahawa PAS masih lagi mahu melayan permintaan UMNO yang satu ini. PKR dan DAP di peringkat tertinggi parti masing-masing pastinya memahami dan mengetahui akan ketegasan PAS bahawa PAS akan turut serta memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat melalui Pakatan Rakyat.

Biarpun UMNO mencuba berkali-kali namun pastinya kegagalan tetap mengunjungi mereka. InsyaAllah, dengan doa dan restu daripada Rakyat yang menyokong dan mendokong perjuangan ini, dan juga keizinan daripada Allah SWT, UMNO-BN akan berjaya dikuburkan dan dimuziumkan namanya oleh Kuasa Rakyat! Suara Rakyat, Suara Keramat!

sunsnake 24072010

PAS Selangor nafi bincang kerjasama perpaduan Melayu dengan Umno

July 24, 2010
KUALA LUMPUR, 24 Julai — PAS Selangor menegaskan ia tidak menjalin kerjasama perpaduan Melayu dengan Umno walaupun ada pihak mendakwa ketuanya Datuk Dr Hasan Ali telah mengadakan pertemuan dengan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria Mei lalu.

Sehubungan itu, Ketua Penerangannya Roslan Shahir berkata beliau hairan bagaimana permainan politik Umno boleh menjerat dan memerangkap sebahagian pemimpin PAS sehingga akhirnya terdorong untuk menembak sesama sendiri sedangkan musuh gegak-gempita gembira tanpa sebutir pun peluru mereka terlepas.

“Telahan dan mainan pihak tertentu menjadi modal untuk membunuh sesama sahabat. Ini membuat kita berfikir Umno sahajakah yang beragenda atau sesama kita pun ada agenda cantas-mencantas?” kata beliau dalam tulisan blognya.

Katanya, PAS bersedia menjadi galang-ganti kepada Umno jika ia ditolak oleh orang Melayu di Selangor.

“Terbaru Ahad lepas saya ke Tanjong Karang, membentangkan kertas kerja, bagaimana kita berharap saki-baki 12 kerusi Umno termasuklah Sg. Burong yang ditandingi PAS dapat ditawan,” katanya.

Malah kata beliau pihaknya telah mengadakan mesyuarat dwimingguan Majlis Pakatan Rakyat Negeri Selangor di mana pelbagai isu strategik dibincangkan.

“Mesyuarat dipengerusikan oleh (Menteri Besar) Tan Sri Khalid dan berjalan mesra dan lancar.

“Tiada pun isu “perpaduan Melayu”, “kerjasama Umno-PAS”, “Harusaani” dibincangkan kerana saya yakin kawan-kawan semua tidak langsung terpesona dengan agenda lapok Umno. Buang masa saja,” kata Roslan lagi.

Berita Penuh

Maut sebelum sempat jadi bapa - Kekuasaan Allah SWT


Subhanallah..
Inilah yang dikatakan kekuasaan Allah SWT..
Mat Rempit yang berzina dengan bohsia..
Dapat anak haram.. dibuang..dibunuh..dibakar!!!

Yang Bersungguh-sungguh inginkan anak...
Yang bersusah-payah cari duit.. berkahwin.. dan impikan kehidupan berkeluarga..
disaat-saat akhir sebegini.. Allah SWT menjemput dia..
tanpa disangka-sangka!

Allahuakbar..
Al-Fatihah buat Allahyarham..
Moga dia akan bersama anak dan isterinya di akhirat kelak...

Sesungguhnya.. perancangan Allah SWT adalah yang paling baik buat segala isi alam..
sunsnake 24072010

Lori dipandu terbabas, pemandu bakal jadi bapa maut

July 24, 2010

JELEBU, 24 Julai — Seorang pemandu lori yang bakal menimang anak pertama bulan depan maut apabila lori seberat tiga tan bermuatan batu bata yang dipandunya terbabas ketika menuruni bukit di Kilometer 17, Jalan Bukit Tangga dari Kuala Kelawang menuju ke arah Seremban dekat sini pagi ini.

Anuar Md Noh, 28, terkorban bila lori yang dipandunya "terbang" melintas satu gaung kecil sebelum merempuh lereng bukit itu.

Sepupu kepada Anuar, Samsli Abd Rahman, 45, ketika ditemui Bernama di tempat kejadian berkata, Anuar dari Kampung Petasik baru saja memandu lori itu selama empat hari dan sebelum ini beliau bergerak ke pelusuk tanah air sebagai pemandu lori kontena dan lori tangki.

"Isteri sepupu saya ini sedang sarat mengandung. Sebelum ini selalu gugur dan Anuar memang suka sangat bila dapat tahu bulan depan dia akan jadi bapa," katanya sambil memandang ke arah tompokan darah pada ruang memandu lori itu.

Isteri Anuar berusia 20an adalah kakitangan Hospital Kuala Kelawang.

Berita Penuh