Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, December 2, 2010

Staff Kerajaan Penang Pulangkan Duit Sumbangan!

Wakakakakakak! Machai pemimpin UMNO diupah ketua mereka!

Cheisss!!
Memang kurang ajor Lim Guan Eng nih!!
Buat perkara yang tak pernah dibuat oleh Kerajaan Negeri sebelum-sebelum nih!!
Memang Lim Guan Eng ni pengkhianat melayu!

Tengok Koh Tsu Koon buat sebelum ni?
Mana pernah dia bagi sumbangan-sumbangan macam nie?
Untuk apa pun bagi sumbangan-sumbangan macam ni?
Adalah lebih baik duit lebihan kerajaan negeri di berikan kepada kontraktor-kontraktor melayu UMNO Penang.. dalam bentuk projek pelik-pelik!
Buat la bust stand ke.. Bus stop ke.. taman tepi jalan ke.. turap jalan 5-6 kali ke..
Janji duit kerajaan negeri dapat kat kontraktor melayu UMNO..
Baru la masyukkk!!
Baru la leh rolling untuk pemilihan agung UMNO nanti!
Baru la leh gula-gulakan rakyat Penang!!

Ini bagi kat staff kerajaan negeri?
Buat apa?
Susah la kalau macam ni?
Memang Pengkhianat la Guan eng nih!
Menang harbi la DAP nih!!
Memang Pengkhianat la Pakatan Rakyat neh!
DAP..PKR..PAS semua pengkhianat!

yang ikhlas

-Mamak UMNO Penang!-

Sebenarnya.. duit sumbangan tu dapat dari hasil judi!
Tak percaya? Tanya Ketua Pembangkang Dun Penang..
Silap-silap tak lama lagi.. ada la pengumuman dari dia tu..
esoknya.. pemuda UMNO penang buat report polis pulak..
lusa.. depa buat demo kat Komtaq..
Tulat.. tungging.. wakakakaka!

sunsnake 02122010

Kerajaan DAP Pulau Pinang Beri Sumbangan RM800 Kepada Anggota Awam

GEORGE TOWN, 2 Dis (Bernama) -- Kerajaan DAP Pulau Pinang memberi Bantuan Khas Kewangan kedua tahun ini sebanyak RM800 kepada semua anggota perkhidmatan awam di negeri ini.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata keputusan itu dibuat sebagai tanda keprihatinan dan penghargaan kerajaan negeri terhadap sumbangan anggota perkhidmatan awam negeri selepas sumbangan RM500 sebagai duit raya awal September lalu.

"Penghargaan ini adalah satu pengiktirafan kerajaan negeri kepada anggota perkhidmatan awam negeri yang memberi komitmen penuh dalam menjayakan agenda kerajaan," katanya ketika berucap dalam Majlis Perhimpunan Ketua Menteri Bersama Anggota Perkhidmatan Awam di Dewan Tunku, Komplek Tun Abdul Razak di sini hari ini.

Berita Penuh