Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, February 22, 2011

Bukti PAS Gagal Tadbir Kelantan...

Teman dok usha gak dalam Utusan..
Takde pulak dia mention Kelantan catat keputusan terbaik STPM..
Kalau ada pun mungkin halus-halus je... Bukan isu utama..
Gila busuk hati!

Kat Harakahdaily la ada cerita dan jadi tajuk utama..
Kot ye pun..
Jangan la busuk hati sangat...
Setakat mengakui Kelantan catat keputusan STPM terbaik..
bukan boleh tumbang Kerajaan UMNO Pahang pun!

Wakakakakaka!

Takut dengan bayang-bayang sendiri ke?
tapi Utusan ni lah paling berjaya mem'bonsai'kan kepala hotak pakcik makcik Felda!

sunsnake 22022011

46,780 calon lulus penuh

KUALA LUMPUR 21 Feb. - Seramai 46,780 atau 92.49 peratus calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) lulus penuh bagi sekurang-kurangnya satu mata pelajaran dalam peperiksaan itu tahun lepas.

Keputusan itu menurun 0.06 peratus berbanding 48,481 calon atau 92.55 peratus pada 2009.

Dalam pada itu, hanya lapan calon mencapai keputusan gred A bagi kelima-lima mata pelajaran yang diambil berbanding 15 calon dalam tahun sebelumnya.

Berita Penuh

TV3 Tak Terasa ke?


Teman bukan sokong orang buang bayi..
Tapi tindakan binatang tu buang bayi kat area Pejabat TV3 memang sesuai sangat!
Sesuai dengan TV3 yang penuh maksiat tuh!

Berita menipu satu hal la...
Hiburan hedonisma melampau pun satu hal!

So, elokla TV3 muhasabah diri balik....

Kurang-kurang lah membuat fitnah...
Kurang-kurang lah rancangan hiburan...
Makin rosak anak-anak bangsa...

Jomheboh tu misalnya...

sendiri mau ingat laaaa!
sunsnake 22022011

Mayat bayi ditemui dekat pejabat TV3

PETALING JAYA 20 Feb. - Mayat seorang bayi lelaki yang sudah berbau busuk dan dipercayai dilahirkan beberapa hari lalu ditinggalkan di atas batu di tepi Sungai Kayu Ara di Bandar Utama Damansara di sini, hari ini.

Bayi malang itu ditemui tidak jauh dari tempat letak kereta persendirian berdekatan stesen televisyen TV3 kira-kira pukul 3.30 petang oleh seorang pemancing yang berada di kawasan tersebut.

Berita Penuh

Rakyat Malaysia! Standby!!! "DIA" Datang Lagi!


Haaa..
Kalau Tsunami..
Ada Gempa bumi dulu sebelum Tsunami sampai...

Haaa... Berita kat bawah ni ibarat Gempa bumi laaa..
Jap lagi sampai la ombak Tsunami Kenaikan harga minyak!
Dan paling malang...
Tsunami kenaikan harga barang pulakkk!!
Itu yang tak tahan tuh!!
Minyak petrol bukan isi hari-hari..
Tapi Nasi hari-hari kena makan!

hmmm..
Agak-agak Dapur Mahligai Rosmah di Putrajaya perasan tak harga barang naik?

Tapi ye laa..
Bak kata makcik pakcik Felda kat Tenang..
"Ada kami kesah??"
sunsnake 22022011

Harga petrol mungkin naik?

KUALA LUMPUR 21 Feb. - Kerajaan dalam keadaan tertekan untuk mengekalkan subsidi minyak petrol berikutan kenaikan berterusan harga minyak mentah di pasaran dunia ketika ini.

Justeru itu, kata Pensyarah Kanan Kolej Pengurusan Bisnes dan Perakaunan Universiti Teknologi Nasional (Uniten), Dr. Rusinah Siron, rakyat perlu bersedia menerima kemungkinan kenaikan harga petrol di pasaran tempatan meskipun kerajaan memberi jaminan tidak akan sewenang-wenang menaikkan harganya.

"Kita bercakap soal globalisasi yang mana Malaysia juga tidak boleh mengelak daripada kesan negatif daripada kenaikan harga petrol di pasaran dunia.

"Kerana itu, orang ramai perlu rasional dalam menerima kenaikan harga minyak dunia ini serta kesannya kepada ekonomi negara," kata beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai kemungkinan kerajaan terpaksa mengurangkan subsidi minyak petrol berikutan kenaikan berterusan harga minyak di pasaran dunia yang berharga RM315 setong hari ini.

Beberapa negara telah pun mengambil langkah menaikkan harga minyak masing-masing termasuk China kelmarin sebanyak 4.6 peratus iaitu kenaikan kedua dalam tempoh tiga bulan selepas kenaikan sebesar 14.4 peratus pada Disember lalu.

Sepanjang tahun lalu pula, kerajaan memberi subsidi RM6.3 bilion termasuk untuk petrol dan diesel termasuk RM3.3 bilion bagi subsidi petrol RON95.

Berita Penuh

Van Der Sar Replacement?

Hmmmm..
Dengor2 nye Fergie tengah aim mamat nie..
Nampak macam bagossss!!!!