Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, August 1, 2011

Al-Fatehah buat Anak Muda ini..


Teman tidak mengenalinya secara fizikal..
tetapi teman mengenalinya apabila dia menjadi pemuda PAS Selangor pertama yang ditangkap dan didakwa di Mahkamah atas dakwaan memiliki tshirt BERSIH 2.0!
Dan dia dibebaskan dengan ikat jamin...

Dan didalam perjalanan kehidupannya..
Dia terhenti kerana telah dipanggil kembali oleh Allah SWT!
Hebatnya beliau!
Dipanggil oleh Allah SWT dalam keadaan berjuang di jalan Allah!
Dalam keadaan mahkamah manusia dan undang-undang rimbanya sedang menjerut kebebasan beliau!

Sahabatku..
Moga dikau sedang berbahagia disana..
Sedang menuai hasil usaha sepanjang hidupmu mengorbankan usia mudamu..
didalam perjuangan Islam..

Al-fatehah buat Allahyarham Mohd Asri Ahmad..
Ahli Dewan Pemuda PAS Kawasan Selayang..
budakbalun 01082011

Asri Kuang meninggal dunia
Harakahdaily

SELAYANG, 31 Julai: Aktivis PAS Selayang, Asri Ahmad, 31 tahun, meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang petang ini di Hospital Selayang.

Beliau meninggalkan seorang isteri dan dua anak yang masing kecil.

PAS dan Pakatan Rakyat Selayang kehilangan seorang aktivis yang komited dengan perginya Asri.

Janazah beliau akan disolatkan di Masjid Islahiah, Kuang selepas solat Asar nanti.

Asri antara tahanan awal kes Bersih 2.0 sedang dalam proses perbicaraan selepas ditahan polis kerana memiliki beberapa helai baju Bersih dengan dakwaan mengedarkan baju pertubuhan yang diharamkan.

Beliau telah didakwa di mahkamah dan dibebaskan dengan ikat jamin.