Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, November 1, 2011

Jom Tangkap Bob Lokman!

err.. abang JAIS.. yang ni bila nak tangkap?
ke nak turun kerabat Sultan yang 'tangkap'??


Haaaa....
Apa lagi....
Jom tangkap Bob Lokman!!

Haaaa.. Urusan menangkap Bob Lokman ini adalah urusan penting!
Ini urusan untuk mempertahankan akidah Islamiah!

Dengan tertangkapnya Bob Lokman..
maka Islam di negeri Selangor akan selamat!
dengan tertangkapnya Bob Lokman..
berjuta orang Islam di Selangor akan selamat!

woi!! apa lagi..
jom tangkap Bob Lokman!
Dia takde tauliah!!
takde tauliahhhh!!

errr.. Tauliah tu menatang apa??

wakakakaa!

budakbalun 01112011

Waran tangkap dikeluarkan ke atas Bob Lokman

abatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mendapat waran tangkap ke atas Pelakon, pengacara dan penulis lirik terkenal Bob Lokman kerana didakwa menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.

Portal berita the Star.com memetik pengarah JAIS, Marzuki Hussin memberitahu wartawan di Shah Alam bahawa waran tangkap itu dikeluarkan pada 28 Oktober lalu yang membolehkan Bob ditangkap jika dikesan di negeri itu

“Jabatan kami sedang mencari Bob (kanan), kerana beliau dikehendaki membantu siasatan yang membabitkan dirinya. Kami dalam proses mengambil tindakan undang-undang bagi membolehkan Bob hadir di mahkamah (syariah). - Mkini

Peninju Israel = Altantuya?

Bersepah wehhh!!!! yakkssss!!


Menteri Mulut berbuih nak Tai-chi!

Wakakaka!!

Sejak bila Imigresen Malaysia bawah Kerajaan Negeri?
Besar giler power MB Khalid Ibrahim leh arahkan Imigresen benarkan peninju Israel masuk Malaysia??

orang persoalkan macam mana warga Israel leh masuk Malaysia?
Macam mana pemegang passport Israel leh masuk Malaysia?
macam mana warga Israel leh masuk Malaysia?

Tambahan pulak..
peninju israel tu keluar statement " dengan sokongan Menteri Sukan Malaysia" !!
bukan sokongan exco negeri Selangor!!!

Kena siasat la dengan peninju tu..
Macam mana dia masuk sebenornya..

yang paling penting!
Imigresen kena keluar kenyataan laa..
Dedahkan macam mana dia masuk!

ke peninju tu akan jadi macam Altantuya??
Tiada rekod masuk tapi ada bukti masuk?

hahahaha!
Sama-sama kita tunggu apa menteri UMNO hampeh ni nak taichi...
Mau berbuih mulut dia macam masa berdebat dengan Pak Sheikh hari tu!

budakbalun 01112011

Exco: S'gor tak terbabit bawa peninju Israel ke M'sia

Kerajaan Selangor menafikan terlibat dalam penganjuran program realiti The Challenger Muay Thai membabitkan peninju Israel Ilya Grad yang diadakan di negara ini.

Exco pelancongan Elizabeth Wong berkata, walaupun berjaya menarik siri televisyen itu difilemkan di Selangor, kerajaan negeri langsung tidak terlibat dalam penganjurannya.

"Kami tidak menjemput mana-mana ahli sukan ataupun menandatangani sebarang dokumen sokongan untuk membolehkan warganegara Israel memasuki Malaysia," kata anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan. - Mkini