Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, November 6, 2010

MCA Melampau! Mana PERKASA, PEKIDA?

Hmm..
teman masih menunggu puak-puak perjuang melayu diatas bersuara tentang isu nih!!

sunsnake 06112010

MCA pertikai sekolah rotan murid bukan Islam bawa makanan tak halal

November 06, 2010

KUALA LUMPUR, 6 Nov — MCA menggesa Kementerian Pelajaran bertindak tegas ke atas sebuah sekolah rendah di Sarawak yang didakwa menguatkuasakan dasar makanan halal, mendakwa tindakan itu bercanggah dengan hak pelajar-pelajar bukan Islam.

Parti komponen Barisan Nasional (BN) kedua terbesar ini berkata guru-guru sekolah awam tiada hak untuk mengenakan nilai agama mereka ke atas murid lain.

Gesaan itu dibuat Timbalan Ketua Biro Publisiti MCA Loh Seng Kok (gambar) dengan merujuk kepada insiden membabitkan pelajar Basil Baginda yang dirotan 10 kali di tangan oleh penolong kanan Sekolah Kebangsaan St Thomas, Kuching kerana membawa bekalan nasi berlauk sosej khinzir ke sekolah 15 Oktober lalu.

Ibunya Angela Jabing membawa isu berkenaan ke perhatian media selepas gagal memperoleh penjelasan memuaskan daripada pentadbiran sekolah.

Berita Penuh