Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, November 3, 2010

Kempen BN Untungkan PR?

UMNO kempen sampai rentung!!!


Teman tiba di opis lewat hari ni..
Ada masalah sikit malam tadi so pagi ni boss bagi masuk keje lewat skit

Macam biasa.. teman lepak kantin dulu..
Time rehat beb!10.30pagi!

Sambil minum-minum bersembang dengan kawan-kawan..
"apa cerita Galas bang? teruk betul Nik Aziz kena hentam!"

teman tak sure dari siapa suara tu..
Laaa.. dari mamat sorang ni rupanya...
Member teman sorang ni jarang sangat sembang pasal politik..
tak pernah pun!

"Aikk?? apsal tetiba sembang politik lak nih?? tak pernah-pernah?"
soal teman buat-buat terkejut..

"Teruk sangat bang.. Kot ye pun nak kempen.. jangan lah sampai hentam Nik Aziz tu.. orang alim.. 1Malaysia tahu..." hujahnya..

'Nak buat cemane bro.. tv depa punya.. kita tukang bayar bulan-bulan kat Sen heng jeee.."
jawab teman sedikit mengarut!

"hehehhe.. betul gak tuh! tapi jangan risau la bang.. ramai orang dah bukak mata dengan BN ni.." serius dia jawab balik..

"termasuk ko?" soal teman sinis..

"hehehehe sikit-sikit la bang.. eh! borang daftar jadi pengundi yang abang cerita tu ada lagi? bak mai saya nak isi.." ujarnya..

"Hah! elok benor la tu.. nanti aku bagi kat ko.. ko isi dan pass balik kat aku.. setel?"
"Setelll!"..

Lepas tu teman masuk opis..
sempat senyum kat member opis yang perempuan ni..
dok depan meja teman..

"Ko tengok berita malam tadi tak?" tetiba dia tanya teman..

"tengok.. aphal?" soal teman balik..

"Heran gak aku.. UMNO kata Nik Aziz bagi rasuah kat orang asli.." serius dia cakap..

"Nak buat cemane.. TV dia punya... kita bayar bulan-bulan kat Sen Heng dan astro jeee"
teman ulang lawak bodoh teman..

"Aku tak minat sangat politik ni macam ko.. tapi aku amik gak tahu skit-skit.. pada aku kalau UMNO tuduh orang lain, maybe aku leh fikir-fikir balik.. ini UMNO tuduh Nik Aziz! 100% aku takkan percaya!!!" agak marah hujah member opis teman nih!

"Huh! lagi semangat dari aku nampak?" sindir teman..

"Pada aku.. UMNO ni dah terlebih masak kempen ni.. bukan orang makin suka.. makin menyampah!.. " makin serius dia!

"Baguslah kalau ko dah nampak... InsyaAllah.. Allah akan bersama-sama orang-orang yang teraniaya termasuk la kita rakyat Malaysia nih!" ujar teman sambil tersenyum..

"Alhamdulillah..." bisik teman dalam hati..
sunsnake 03112010

Rasuah-Pengerusi SPR Akui Takde Tel*r?

Patutlaa... Tengok la mikrofon depan balaci nih!!


Hampas!
Itu aje yang teman boleh klasifikasikan pada SPR kali ni..
Inilah kemuncak kepada segala tuduhan bahawa sememangnya benar SPR adalah balaci merangkap pencacai mengangkat najis kepada UMNO.

Dengan bersahaja tetapi penuh keyakinan, Pengerusi SPR ini mengaku kalah kepada gejala rasuah wang ini terutama apabila dengan jelas bukti bahawa UMNO memberikan duit 'tanpa sebab' kepada pengundi-pengundi Galas!

Wah!
Begitu mudah dan lunaknya seorang yang berjawatan setinggi Pengerusi SPR Malaysia ini menyerah kalah? Kalau begitu, adalah lebih baik dia meletakkan jawatannya dan bertugas sebagai operator kilang sahaja! Malahan operator kilang lebih mulia kerana tidak pernah membazirkan wang rakyat sepertimana Pengerusi SPR ini yang dibayar gaji dan elaun tinggi semata-mata untuk berkata 'tidak mampu' kepada rakyat!

Lupakah kamu duhai Pengerusi SPR, didalam isu sangat rumit seperti kes Dun Perak pun kamu masih mampu menjatuhkan hukuman dengan menolak surat perletakan jawatan 2 Adun Katak iaitu Jamal Behrang dan Osman Changkat Jering yang jelas tetapi dalam kes rasuah pilihanraya ini kamu mengangkat kedua-dua tangan kamu sepertimana komunis mengangkat tangan meletakkan senjata! Dimanakah integriti dan maruah kamu sebagai Pengerusi SPR?

Kamu sering berlagak dengan kuasa yang kamu ada walaupun hakikatnya kuasa mengarah diadakan sesuatu pilihanraya adalah kuasa Speaker Parlimen/Dun.
Kemu sering berlagak mengetahui segala-galanya tentang proses pilihanraya tetapi kamu mengakui sangat bodoh dalam kes rasuah pilihanraya ini?

Maka dengan segala hormatnya, adalah lebih baik kamu meletakkan jawatan kamu sebagai Pengerusi SPR kerana kini kamu kelihatan benar-benar bodoh dan tuli kerana gagal menjamin akan keadilan didalam proses pilihanraya di Malaysia!

sunsnake 03112010

SPR: Bayaran RM20 bukan rasuah

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin bahawa bayaran RM20 yang ditaburkan kepada orang ramai sebelum majlis jamuan makan malam anjuran Wanita Umno di Batu Sapi, Sabah bukan bertujuan membeli undi.

Ketika dihubungi hari ini, pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata dakwaan seumpama itu sukar dibuktikan. “Kita banyak dengar perkara ini, ada orang bagi basikal dan makanan. Mereka boleh beri pelbagai alasan.

Lihat contoh PAS, kata mereka bayaran RM250 untuk pengundi luar supaya pulang mengundi di Galas bukan rasuah tetapi sebagai elaun pengangkutan,” katanya dengan panjang lebar melalui telefon.
Berita Penuh

Lagi Bukti PAS Khianat Melayu!


Cheiisss!!
Nik Aziz ni tak sudah-sudah khianat kepada melayu!
Hari tu bagi kebenaran cina DAP petik ayat Quran!
Ni pulak Islamkan Orang asal!!

Bila dah jadi Islam, maknanya..
orang asal itu dah layak menerima wang zakat!
Sebagai asnaf!

Rugi la duit zakat orang melayu!!!

-luahan pejuang melayu UMNO

wakakakakak!

Kenapa la makcik pakcik Felda tak nampak-nampak lagi!
Kenapa la makcik pakcik Kg Balun tak nampak-nampak lagi!!!

sunsnake 03112010

Tok Guru Islamkan 3 Orang Asal

GUA MUSANG, 2 Nov: "Aku bersaksi tiada tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah," demikian kalimah syahadah yang telah dilafazkan oleh tiga orang penduduk asal Kampung Sandrop dalam Program Muhibbah Menteri Besar Kelantan bersama Masyarakat Orang Asal semalam.


Majlis pengislaman mereka yang dihadiri lebih daripada 300 orang penduduk asal menjadi lebih bermakna apabila ucapan lafaz syahadah mereka dipimpin oleh YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri dan disaksikan oleh calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan turut hadir pada majlis itu adalah Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan Exco kerajaan negeri, Abdul Fattah Mahmood dan Dr. Hatta Ramli, Ahli Parlimen Kuala Krai.


Berita Penuh

Pemuda UMNO Akan Berdemo di Depan White House?



Hah!!
Tunggu apa lagi Ketua Pemuda UMNO??
Tunggu apa lagi KJ?
Tunggu apa lagi Ketua Wira PERKASA?
Tunggu apa lagi Armand?
Tunggu apa lagi Reezal Merican?
Tunggu apa lagi Exco-exco pemuda UMNO Malaysia?

Kapal terbang harapnya telah tersedia...
Bas pun harapnya telah tersedia..

Hanya menanti gerombolan kalian untuk ke Washington DC!!
Untuk apa??
Demo laaaa!!! Demo depan White House!!
Demo bantah Setiausaha Negara Amerika Syarikat tu yang cuba mencampuri urusan kehakiman negara yang kita cintai ini!!

Ini bermakna Hillary Clinton adalah pengkhianat!!
Pengkhianat kepada Agama, Bangsa Dan Negara bro!!
mana boleh jadi!!

Kalau perlu..
siapkan angkatan tentera pemuda UMNO..
Kumpulkan segala hulubalang PERKASA..
Alaahhh.. kasi RM50 sorang...
kompom depa mau punya!!
Pergi berdemo di US beb!!

Bawak pergi Genting Highland hari jumaat pun pemuda UMNO sanggup!
Ini pulak gi Amerika!! huihhh!!! kompom sanggup tinggal anak bini di Malaysia!!

Apa lagi?? ke takde tel*r??

wakakakakaka!

sunsnake 03112010

Selepas jumpa Clinton, M'sia ikrar keadilan bagi Anwar
Nov 2, 10 6:53pm

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman hari ini selepas perbincangan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton berikrar bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mendapat perbicaraan yang adil berhubung dakwaan kes liwat yang dihadapinya.

"Adalah menjadi kepentingan saya dan negara untuk memastikan Anwar dapat perbicaraan yang adil,” kata Anifah ketika persidangan akhbar bersama, - merujuk terhadap dakwaan yang dikenakan ke atas Anwar yang boleh menyaksikan beliau dihumban ke penjara sehingga 20 tahun.
Berita Penuh

Pemuda BN bantah campur tangan MP Australia
Feb 17, 10 7:53pm

Pemuda BN hari ini menyerahkan memorandum bantahan terhadap tindakan 50 ahli parlimen Australia didakwanya cuba campur tangan dalam hal ehwal sistem kehakiman negara ini. Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, memorandum itu menuntut agar pengerusi jawatankuasa kecil hal ehwal luar negeri parlimen Australia, Michael Danby menarik balik surat yang dihantar oleh 50 ahli parlimen negara itu kepada pesuruhjaya tinggi Malaysia di Australia serta menuntut permohonan maaf Danby bagi pihak mereka.

Khairy yang juga ketua Pemuda Umno berkata, memorandum itu juga menggesa Perdana Menteri Australia Kevin Rudd menyatakan dengan jelas pendirian kerajaan Australia tidak sama dengan pendirian 50 ahli parlimen negara itu. "Malaysia adalah negara yang berdaulat.

Dengan adanya keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, kita tidak terima langsung apa saja usaha, apa saja tindakan yang kita anggap sebagai campur tangan pihak Australia, luar negara dan asing dalam hal ehwal negara kita," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum itu kepada Pesuruhjaya Tinggi Australia Penny Williams di ibunegara hari ini.

Berita Penuh

SPR Perluas Lubang Gol PAS di Galas?


Wakakakaka!
Teman dah agak!
UMNO di Galas dah berkira-kira akan kalah di PRK Khamis nih!
Setelah menggunakan segala kekuatan 3M mereka..
Media,Money & Machinery..
UMNO tetap gagal meyakinkan diri mereka untuk mengalahkan PAS!

Setiap hari sebermulanya SPR umum tarikh penamaan dan pengundian PRK Dun Galas lagi..
UMNO dah start gegarkan kuasa medianya melalui RTM,TV3 dan Utusan..
Tak lupa Sinar dan berita Harian yang sememangnya 'kami dengar dan kami patuh' pada arahan UMNO!

Kuasa 'M' UMNO yang kedua iaitu money juga telah digunakan secara berleluasa tetapi sangat senyap! Itupun ada jugak yang terkantoi!

Akhirnya.. UMNO kini jelas mengaku kalah hinggakan terpaksa menggunakan 'M' yang terakhir iaitu Machinery nya SPR.

Kira undi hanya di Pusat Pengiraan Undi? Gila apa?
Bermakna setelah tamat waktu pengundian 5 petang, peti undi tidak dikira di tempat pengundia tetapi akan dibawa dengan helikopter ke Pusat Pengiraan Undi?
Dan SPR menjamin tidak akan berlaku penyelewengan?

Wakakakakaka!
Macam biawak tak mengaku suka makan telor!

Kalau rakyat Malaysia tak nampak lagi lakonan UMNO dan SPR ni..
Tak tau la teman..
Dah terhijab langsung la dengan 'kecerdikan'...

sunsnake 03112010

PAS beri SPR amaran, kira undi Orang Asli di pusat mengundi

November 02, 2010

GUA MUSANG, 2 Nov – PAS menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengkaji semula keputusannya mahu membawa peti undi dari empat kawasan Orang Asli – yang mempunyai 924 pengundi – tanpa dikira terlebih dahulu di pusat pengundian terbabit.

Ia akan memfailkan bantahannya berhubung keputusan SPR itu esok iaitu sehari sebelum pengundian diadakan.

Empat kawasan tersebut adalah Belatim, Balar, Bihai dan Hau yang mana SPR akan menggunakan khidmat helikopter untuk mengangkut kertas undi sebelum dikira di pusat penjumlahan undi di sini.

Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Abdul Fatah Harun berkata, bantahan itu akan dibuat esok melalui peguam.

“Sekarang peguam kita sedang buat persiapan terakhir untuk buat bantahan kepada SPR.

“Bantahan ini kerana kita melarang SPR bawa pulang kertas undi dari empat kawasan Orang Asli itu.

“Kita tidak mahu ia dibawa ke pusat pengumpulan kertas undi (Dewan Pusat Sivik Gua Musang), kita mahu ia dikira di sana terlebih dahulu,” katanya pada sidang media di Markas Pilihan Raya PAS DUN Galas di sini petang tadi.

Berita Penuh

Kisah Pengalaman Syaitan Bersalam Dengan Ulama'!




Teringat kisah Rasulullah SAW disoal oleh sekumpulan yahudi sepertimana diceritakan oleh Al Fadhil Ustaz Shamsuri...

Apabila sekumpulan yahudi itu tadi selesai menyoal 4 soalan yang kesemuanya dijawab oleh Rasulullah SAW, hinggalah soalan yang penghabisan.. janji mereka jika Rasulullah SAW berjaya menjawap kesemua soalan.. mereka akan mengikut Islam..
soalan mereka
"Setiap nabi akan diajar oleh malaikat... siapakah malaikat yang mengajar kamu?"
jawab Nabi, "Jibril Alaihissalam"
jerkah mereka,
"Jibril?? kalau kamu jawab Mikail, kami akan menurut kamu kerana Jibril adalah malaikat yang membawa kemusnahan! yang membawa peperangan, yang menghasut manusia agar berperang!"
"tapi kalau kamu jawab Mikail.. kami akan mengikut kamu.. kerana Mikail adalah malaikat yang membawa hujan, yang membawa rezeki.."
itu adalah helah mereka kerana mereka mengetahui yang Rasulullah SAW akan menjawab Jibrail...

Sama jugalah hujah manusia-manusia sebegini..
mereka marahkan PAS kerana bersiyasah dengan DAP..
yang pada mereka DAP ini adalah kafir!

Walhal, sebelum ini.. sewaktu PAS bergerak sendirian..
Tidak pula UMNO mahu berpakat dan berpadu dengan PAS?
Bahkan menjadikan PAS sebagai mangsa kezaliman UMNO!

Lagipun, adakah MCA dan MIC itu Islam?..

Wallahua'lam..

sunsnake 03112010

Rosmah Bakal Jadi Seperti KJ?

Pada pendapat teman..
Jatuhnya 'dinasti' Pak Lah dahulu adalah sedikit sebanyak kerana buruknya imej Khairi Jamaluddin di mata rakyat!
KJ dilihat oleh rakyat kebanyakkan seperti 'lebih sudu dari kuah'..
Sangat obvious KJ ini seolah-olah menggunakan kedudukan Pak Mentua didalam pelbagai agenda politik dirinya. Hinggakan seringkali disindir oleh Hishamuddin Rais a.k.a Tukartiub didalam blognya sebagai 'modal surat nikah'!..

Kini Najib pula di'bayangi' oleh 'lebih sudu dari kuah' isteri kesayangannya, Rosmah Mansor.

Seringkali teman mendengar pelbagai cerita dan komen daripada pelbagai lapisan kawan-kawan disekeliling teman. Malahan kebanyakkan mereka sangat kurang berminat dengan politik tetapi kini sudah mula mahu bersembang politik dengan teman dan pastinya dimulai dengan pendapat kebencian mereka kepada karektor isteri PM yang seorang ini.

Pada pandangan teman, pihak DS Najib perlu melakukan sesuatu untuk membendung fenomena kebencian rakyat terhadap sikap dan tingkahlaku Rosmah yang kini semakin membarah!

Jika tidak, kejatuhan Pak Lah yang dimulakan dengan kekalahan teruk dalam PRU12 akan berulang di PRU13 ini dan ianya akan sekali berpunca dari susuk tubuh mereka yang paling rapat dengan PM.. dan kali ini isteri PM sendiri!

Wallahua'lam..

ikhlas dari Aku Budak Balun...
sunsnake 03112010