Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Sunday, August 22, 2010

Andainya akhirnya Guan Eng memeluk Islam..




Hebatnya UMNO kini...
Perkasanya UMNO kini...
Hinggakan hal Islam dibuat main..
Terdesaknya UMNO kini...
Hinggakan khutbah dijadikan taruhan..
Hinggakan kedudukan Khatib dijadikan perjudian..
Bagi memohon perhatian yang sedikit daripada rakyat Malaysia..
Bagi menimbulkan kebencian melayu kepada cina...
Bagi menimbulkan kehairanan cina kepada melayu...

Adakah Islam ini agama Ekslusif hanya untuk melayu?
Adakah sekecil itu nilai Islam di mata UMNO?
Adakah sehina itu nilai Islam dimata panglima melayu UMNO?

Doa untuk Guan Eng?
Di dalam khutbah? Benarkah?
Ada sesiapa yang merakamnya?
Ada sesiapa yang meng'3gp' kannya?
Atau ada sesiapa yang membuat siaran langsungkannya?

Oklah.. katakanlah ianya benar-benar berlaku...
Benar-benar Tok Khatib mendoakan agar Lim Guan Eng masuk Islam..
menerima hidayah Islam..
Apa masalahnya?

Namun yakinlah..
Sekiranya benar-benar Lim Guan Eng kembali kepada Islam..
maka itu adalah checkmate yang sebenar-benarnya buat UMNO!

'Ya Allah.. dibulan yang mulia dan penuh keberkatan ini,
aku mohon padaMu Ya Allah, kau bukakanlah pintu hati Lim Guan Eng ini,
bagi menerima kebenaran Islam,
Kau kuatkanlah hatinya bagi memilih Islam sebagai agama yang sebenarnya,
Kau berikanlah Lim Guan Eng ini kekuatan jiwa bagi memperoleh hidayah dan menjadi daripada hanya pejuang keadilan menjadi juga sebagai pejuang Islam yang sebenar..
Ya Allah, kau HANCURKANLAH UMNO dan BARISAN NASIONAL!
Kau hancurkanlah UMNO yang semakin hari semakin munafik dan berani mempertaruhkan Islam untuk kepentingan politik mereka!
UMNO yang berani melanggar apa yang Rasulullah SAW perjuangkan iaitu Perjuangan Islam bukan perjuangan bangsa asabiyah seperti yang UMNO perjuangkan!
UMNO yang menganggap Islam hanya untuk keturunan melayu sahaja!
Ya Allah! KepadaMulah aku memohon.. Amin Ya Rabbal A'lamin"


hmm.. ada ahli2 UMNO Penang nak buat report Polis doa teman ni ke?
sunsnake 22082010

Rakyat Diminta Bijak Berbelanja, Penguasa?


Rakyat diminta bijak berbelanja

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak menasihatkan rakyat berbelanja dengan bijak sepanjang Ramadan ini dan tidak melampaui kemampuan.

Perdana Menteri berkata, dengan tidak boros berbelanja akan dapat mengelakkan daripada menyusahkan diri sendiri pada bulan yang lain.

Beliau yang meluangkan kira-kira setengah jam bagi melawat dan beramah mesra dengan pengunjung serta bertanya khabar kepada peniaga di Bazar Ramadan Presint 2 di sini, berkata orang ramai juga harus mengelak daripada membeli melebihi keperluan.

“Yalah, apabila kita berbuka (puasa), semua (yang) kita pandang kita rasa hendak (beli). Jadi, itu mungkin menyebabkan kita beli lebih daripada keperluan.

“Justeru, lebih baik kalau kita beli secara berhemah dan berpada-pada supaya apa juga pendapatan kita itu boleh menampung segala keperluan kita dalam bulan Ramadan dan pada bulan-bulan lain,” katanya kepada pemberita selepas mengakhiri lawatannya kira-kira jam 6.40 petang, semalam.

Sumber: Utusan Malaysia 17/08/10

Rakyat Diminta Bijak Berbelanja, Penguasa?

Inilah kata-kata ‘bijak’ pemimpin Malaysia dari dahulu sehingga sekarang. Apabila tiba musim perayaan, maka seringkali rakyat akan dinasihati agar bijak berbelanja. Dengarnya agak baik. Mereka berharap agar rakyat tidak berbelanja secara boros dan membabi buta, mungkin itulah objektif saranan tersebut.

Di sebalik nasihat yang baik ini kepada rakyat, pernahkah terlintas di dalam benak fikiran kita (sebagai rakyat), bagaimanakah para pemimpin (penguasa) selama ini membelanjakan harta kekayaan Negara? Adakah mereka boleh diklasifikasikan sebagai manusia yang bijak atau sebaliknya tatkala membuat sesuatu keputusan dalam menentukan hala tuju ekonomi Negara yang sedang mereka terajui? Lebih tepat lagi (sebagai seorang muslim), adakah mereka membelanjakan harta dan amanah Allah SWT di muka bumi ini berdasarkan apa yang diperintah dan ditegah olehNya?

Realiti yang ada di hadapan kita dapat memberikan jawapannya. Saban hari yang kaya semakin kaya, manakala yang miskin semakin miskin. Inilah hasil penerapan sistem kapitalisme yang pincang. Kita dapat lihat misalnya, tatkala harga minyak dinaikkan oleh kerajaan, rakyat diminta untuk memahami pengorbanan Negara yang telah memberikan subsidi dalam satu tempoh yang lama, walhal minyak itu sendiri adalah hak milik rakyat yang sedang mereka niagakan. Ketika harga gula dinaikkan, dan gula entah hilang ke mana, ketika itulah keluar kenyataan dari pak-pak Menteri agar rakyat diminta untuk bijak menggunakan gula dan tidak membazir! Itulah yang berlaku berulang-ulang, jika ada kenaikan harga dan penarikan subsidi oleh kerajaan, maka hal yang samalah keluar dari mulut-mulut pemimpin yang ‘bijak pandai’ ini di Malaysia! Mereka seakan-akan hendak mengatakan bahawa rakyat di Malaysia kurang bijak dalam berbelanja, sehingga perlu diingatkan berkali-kali tentang penjimatan dan pengurangan kadar konsumsi setiap barang yang sedang meningkat naik harganya. Jika kelak berlaku kenaikan kadar bayaran bagi tandas-tandas awam di Malaysia sehingga mencecah RM2, mungkin ketika itu jugalah para menteri yang alim lagi bijaksana ini akan meminta agar rakyat tidak kerap keluar rumah, dan menggunakan tandas peribadi di rumah!

jebbat.blogspot

Rakyat Dihimpit Kemiskinan Rayu Simpati, Adakah Pemimpin Peduli??


KANGAR 15 Ogos – Dengan tekad mencari rezeki bagi membesarkan anak-anak, ibu tunggal ini memberanikan diri merantau ke sini dari Kuala Kurau, Perak sebaik sahaja diceraikan suami setahun lalu.

Membawa bersama tujuh daripada sembilan anaknya, Norehan Kamaruddin, 37, mengharapkan penghijrahan itu membawa tuah kepada mereka lapan beranak.

Namun kehidupan tidak semudah yang diimpikan. Setelah hampir setahun berada di sini, dia masih gagal mendapatkan kerja.

Malah tempat keluarganya berteduh daripada panas dan hujan terpaksa didirikan ala kadar. Itupun atas belas ihsan seorang penduduk di Kampung Kurung Tengar di Kuala Perlis.

Rumah yang boleh diibaratkan seperti bangsal bertiangkan kayu bakau itu didirikan berhampiran kuala sungai.
Setiap kali air pasang, dia dan anak-anaknya terpaksa mengumpulkan pakaian dan meletakkan di pintu sebagai penahan bagi menghalang rumah mereka dimasuki air.

Dinding rumah hanyalah tikar-tikar usang yang disangkut di celah-celah atap zink dan setiap kali hujan, mereka anak-beranak terpaksa mencari ruang yang kering untuk berteduh sementara menunggu hujan reda.

Rumah itu hanya sebesar lebih kurang ruang tamu sebuah rumah kos rendah. Ia dibahagi kepada dua ruang iaitu dapur dan sebuah ruang lain yang dijadikan tempat untuk Norehan dan anak-anaknya tidur, belajar dan bermain.

Tiada bekalan api di rumah tersebut. Hanya cahaya lilin menerangi waktu malam apabila anak-anaknya hendak menyudahkan kerja-kerja sekolah manakala bekalan air diambil dari jiran sebelah atas ihsan mereka.
Kini Ramadan tiba, Norehan dan anak-anak tetap menjalani ibadah berpuasa seperti biasa walaupun dengan penuh kepayahan. Cuma Syawal yang bakal menjelang agak merunsingkan ibu tunggal ini.

Walaupun anak-anaknya yang berusia 14 tahun hingga 10 bulan reda dengan kehidupan yang dilalui, dia masih menaruh harapan dapat menyediakan baju raya dan sedikit juadah untuk mereka pada lebaran nanti.

Ketika diminta untuk ditemu bual, Norehan agak keberatan kerana bimbang dan malu ada pihak yang mencemuh. Malah lebih merisaukan wanita ini jika anak-anaknya berasa malu cerita mengenai keluarga mereka terpampang di akhbar.

Katanya, banyak pihak yang menghulurkan bantuan namun dia tidak mahu bergantung kepada bantuan semata-mata kerana memerlukan kerja tetap dan rumah yang sempurna untuk membesarkan anak- anaknya.

Antara yang tampil membantu termasuklah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM); Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri cawangan Perlis; Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan pernah dilawati oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis, Mat Hassan.

Saya bukan sombong tidak mahu menerima bantuan tetapi saya mahu bekerja dan kalau boleh mendapatkan bantuan tempat kediaman yang selamat untuk anak-anak apabila saya keluar bekerja,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya, semalam.

Malah katanya, dia tidak berniat untuk menetap di bangsal itu, seolah-olah meraih simpati namun telah berusaha mencari rumah sewa tetapi gagal.

Katanya, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, JPM pernah menjanjikan untuk mendapatkan sebuah rumah kos rendah untuk keluarganya dan kini dia sedang menunggu keputusan daripada pihak berkenaan.

Norehan bukannya tidak mahu pulang ke kampung halaman dan meminta bantuan keluarga namun memandangkan mereka juga bukan orang senang, dia melupakan hasrat tersebut.

Ketika ini Norehan bergantung kepada wang bantuan JKM sebanyak RM450 sebulan namun dia tahu selagi tidak mendapat kerja, dia tidak akan mampu keluar daripada belenggu kemiskinan.

Bila berada dalam keadaan sekarang, macam-macam tuduhan dilemparkan kepada saya dan anak- anak. Sehingga saya tidak berani keluar rumah namun saya perlu lakukan sesuatu kerana niat saya apabila berhijrah ke sini, ia akan membawa sinar baru kepada kami,” katanya.

Anak-anak Norehan boleh digolongkan dalam kalangan kanak-kanak yang bijak apabila Hani Daniel Affandi, 14, mendapat tempat ke-11 pada peperiksaan pertengahan tahun; Hani Syamimi, 12, pula mendapat tempat kelapan; Hani Ellya Izzatie, 10, mendapat nombor 10; Aina Hidayah, 9, mendapat tempat pertama manakala Hidayat Aiman, 8, mendapat tempat ke-10 dalam peperiksaan baru-baru ini.

Namun begitu, proses pembelajaran mereka sering terganggu kerana tidak dapat hadir ke sekolah setiap hari ekoran masalah pengangkutan.

Minggu lepas mereka tidak hadir sekolah selama tiga hari kerana basikal sering rosak dan hujan menyebabkan baju mereka basah sebelum tiba ke sekolah.

Guru dan pihak sekolah memahami masalah yang kami hadapi namun kalau boleh kami tidak mahu terlepas pembelajaran di sekolah terutama Hani Syamimi yang akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak lama lagi,” kata Hani Daniel.

Seperti kanak-kanak lain, mereka mempunyai cita-cita yang murni untuk berjasa kepada keluarga. Namun ketika ini apa yang mereka perlukan hanya tempat berlindung yang lebih selesa agar dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran.

Sumber: Utusan Online Ogos 2010

Rakyat Dihimpit Kemiskinan Rayu Simpati, Adakah Pemimpin Peduli??
Meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah, meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Begitulah antara elemen Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak sedikit waktu dahulu. Melihatkan keadaan Puan Norehan beserta anak-anaknya yang daif dan amat memerlukan bantuan, terdetik di fikiran, siapakah yang dimaksudkan rakyat yang berpendapatan rendah itu? Sampai bilakah rakyat seperti Puan Norehan sekeluarga harus menunggu dan terus menunggu bagi melayakkan mereka mendapat bantuan?.

Paparan di atas hanyalah cebisan daripada seribu satu realiti yang melanda umat Islam pada hari ini. Kemiskinan Inilah buah pahit yang tumbuh dari pohon kapitalisme. Sistem yang berjaya melebarkan jurang, sekaligus menjadikan mereka yang kaya terus hidup selesa manakala yang miskin semakin melarat. Inilah kesannya jika sistem Islam yang dapat mengeluarkan manusia dari kemelut dan permasalahan hidup tidak digunakan sebagai peraturan hidup. Walhal, jaminan pemenuhan keperluan asas (makanan, pakaian dan tempat tinggal) di samping pendidikan, kesihatan dan keselamatan menjadi tanggungjawab pemerintah agar memenuhinya bagi kesejahteraaan hidup rakyat di bawah pimpinannya.

Allah SWT telah menciptakan manusia sekaligus menyediakan rezeki baginya dan tidak mungkin Allah menciptakan pelbagai makhluk lalu membiarkan begitu saja tanpa menyediakan rezeki buat mereka sebagaimana firmanNya: “Allahlah yang menciptakan kamu, kemudian memberikan rezeki. [TMQ ar-Rum (30):40]. “Tidak ada satu binatang melata pun di bumi melainkan Allah yang memberi rezekinya". [TMQ Hud (11):6]. Namun persoalannya mengapa tetap terjadinya kemiskinan? Seolah-olah sumber alam yang dianugerahkan Allah tidak mencukupi keperluan manusia yang semakin bertambah populasinya?

Sistem ekonomi kapitalisme menjawab persoalan di atas dengan konotasi yang mengelirukan “Ya, sumber alam tidak mencukupi sementara populasi dan keperluan manusia terus bertambah. Akibatnya sebahagian manusia tidak dapat dipenuhi keperluannya sehingga terjadilah kemiskinan”. Jawapan seperti ini adalah jelas bathil dan bertentangan dengan fakta. Ideologi Islam menyatakan secara jelas bahawa masalah kemiskinan adalah semata-mata disebabkan oleh sumber kekayaan ini tidak dikelola dengan benar justeru terjadilah kepincangan dalam pengagihannya. Jadi faktor utama penyebab kemiskinan adalah disebabkan penyimpangan dari segi pengagihan sumber kekayaan. Di sinilah pentingnya keberadaan sebuah sistem hidup yang sahih dengan wujudnya sebuah negara (Khilafah) yang menerapkan sistem tersebut bagi mengatasi permasalahan hidup manusia.

Negara Khilafah yang menjadikan aqidah Islam sebagai asas dalam pemerintahannya ternyata berupaya mengatasi masalah kemiskinan dalam kalangan umatnya. Ianya bukanlah dengan mewar-warkan konsep dan slogan tertentu semata-mata malahan sejarah panjang kaum Muslim membuktikan bahawa penyelesaian tersebut benar-benar dapat direalisasikan iaitu ketika mereka hidup di bawah naungan Negara Khilafah yang menerapkan Islam secara kaffah. Dalam Kitab Al-Amwaal karangan Abu Ubaidah, diceritakan bahawa Khalifah Umar bin Khathab pernah berkata kepada pegawainya yang bertugas membahagikan sedekah “Jika kamu memberikan sedekah maka cukupkanlah” dan selanjutnya berkata lagi “Berilah mereka itu sedekah sekalipun salah seorang dari mereka memiliki seratus unta. Beliau juga mengahwinkan kaum Muslim yang tidak mampu; membayar hutang-hutang mereka dan memberikan modal kepada petani agar mereka mengerjakan tanahnya”. Ternyata Umar menerapkan politik ekonomi yang memberikan jaminan pemenuhan keperluan asas rakyatnya. Keadaan seperti ini berterusan hinggalah masa Daulah Umayah di bawah pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Pada saat itu rakyat sudah sampai pada taraf hidup di mana mereka tidak memerlukan bantuan harta lagi. Malah ketika pegawainya menyeru siapa dalam kalangan rakyat yang hidup miskin atau anak-anak yatim yang memerlukan bantuan hatta pemuda-pemuda yang ingin berkahwin dan perlu dibantu, ternyata tidak seorang datang memenuhi seruan tersebut kerana setiap dari mereka telah sejahtera dan mencukupi keperluannya.

Wahai kaum Muslimin, sedarlah, sekaya manapun sesebuah negara dengan sumber alam dan harta yang melimpah ruah, namun jika sistem yang diterapkan tidak bertunjangkan aqidah Islam, selagi itulah masalah kemiskinan dan pelbagai masalah lagi tidak berkesudahan. Sistem Kapitalisme yang diterapkan saat inilah yang mesti dilupuskan sepenuhnya dari sistem kehidupan yang mengatur manusia kerana meskipun kekayaan negara itu melimpah, tetap sahaja mereka yang hidup di dalamnya terus-menerus dibelenggu kemiskinan dan kesempitan. Firman Allah SWT:
Barangsiapa berpaling dari peringatanKu, maka baginya penghidupan yang sempit dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta”. [TMQ Thaha (20):124]

jebbat.blogspot