Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, December 6, 2010

Demo Air Selangor - Nyesalnya teman!

Aduhhh!!
Hancur luluh hati ni bila terima sms-sms daripada sahabat-sahabat yang turun berdemo semalam!

Ada yang bagitau dah kena tahan!
Ada yang bagitau dah kena lempang dengan polis!
Ada yang bagitau sahabat-sahabat yang dah kena tahan..
Ada yang bagitau dah kena masuk black maria!
Ada yang bagitau tengah on the way Masjid Negara tapi dah kena lalu 4-5 road block!
Ada yang bagitau sedang basuh muka dengan air water cannon!! wakaka!
Ada yang bagitau sedang dihambat FRU di dalam masjid Negara!
Ada yang bagitau dah kena tahan dan malangnya IC pulak hilang!
Ada yang bagitau dah kena bawak ke Balai Polis Brickfields.
Ada yang bagitau dah kena bawak ke Balai Polis Cheras..
Ada yang bagitau Polis tengah bawa depa ronda-ronda KL dalam Black maria!
Aduhhhh!!
Sampai malam tadi ada lagi yang belum lepas..
Ada yang pagi ni kena gi lapor diri di Balai Polis Brickfields..

Sahabat-sahabat semua..
Kamu semua orang-orang yang Istimewa..
Sangat-sangat istimewa...
Jiwa kamu bukan bukan jiwa seorang yang penakut!
Jiwa kamu bukan jiwa seorang yang mudah selesa..
Jiwa kamu bukan jiwa seorang yang senang diperbodohkan!

Kerana untuk memiliki jiwa seperti itu..
Sangat mustahil kalau kamu itu orang melayu UMNO!
Sangat mustahil kalau kamu itu orang melayu PERKASA!
Sangat mustahil kalau kamu itu orang melayu PEKIDA!
Sangat mustahil kalau kamu itu orang melayu BN!
Dan juga golongan buat tak tahu!
Yang hanya menunggu keputusan bukan berusaha untuk merubah keputusan!

Sebab golongan itu adalah golongan yang telah di'sunat'kan hatinya..
Sebab golongan itu adalah golongan yang telah di'kasi'kan jiwanya..
Sebab golongan itu adalah golongan yang telah di'mandul'kan sensitifnya!

Sensitif mereka hanya pada duit...
Sensitif mereka hanya pada faraj..
Sensitif mereka hanya pada makanan..
Sensitif mereka hanya pada kereta besar!
Sensitif mereka hanya pada rumah harta benda...

Amatlah malang pada mereka yang sebegini..
Amatlah malang pada mereka yang berketurunan sebegini..
Kerana..
Inilah keturunan Si Kitul..
Inilah keturunan Abdullah bin Ubai..
Inilah keturunan Abu Jahal...
Inilah keturunan Abu Lahab...
Inilah keturunan Si Luncai!
Inilah keturunan Pak Pandir!

Ayuh sahabat semua!
Teruskan lagi gerakan sebegini..
Kerana keturunan-keturunan tadi hanya boleh diajar dengan bahasa jalanraya..
Bukan dengan bahasa pilihanraya!

Kerana di Jalanraya tiada SPR!
Kerana di Jalanraya tiada RTM
Kerana di jalanraya tiada Pengerusi SPR!
Kerana di jalanraya hanya ada Polis dan FRU yang terpaksa menjadi anjing UMNO..
Yang telah lama hilang maruahnya..
Yang telah lama hilang mulia keturunannya..
Sebab itu...
Mereka rela digadai air mukanya..
Mereka rela disula oleh menteri-menterinya..
Mereka rela diseksa oleh hambatan nilai kehidupan yang makin sempit!
Atas nama ketuanan bangsa yang ntah apa kejadahnya!

sunsnake 06122010