sunsnake 09012011
LIVE dari Shah Alam:
Hampir 30 ribu umat penuhi Stadium Melawati Shah Alam!!
sumber - Pria Malaya!









p/s: Lagi gambar dan video akan menyusul...
Solat Hajat penuh sesak di Stadium Melawati
SHAH  ALAM, 9 Jun: Lebih 30 ribu rakyat berhimpun dalam Majlis Solat Hajat  dan Ceramah Perdana anjuran PAS Pusat yang diadakan di Stadium Malawati,  dekat sini sebagai tanda sokongan penuh terhadap kekuatan menegakkan  kebenaran dalam negara ini.
Ramai kalangan pimpinan Pakatan  Rakyat hadir antaranya Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz  Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Pembangkang  yang juga Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan  Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Menteri Besar Selangor, Tan Sri  Abdul Khalid Ibrahim, Timbalan Keadilan, Azmin Ali, Naib Presiden PAS,  Datuk Mahfuz Omar.
Selepas majlis dimulakan dengan solat Maghrib  secara berjamaah di tengah arena diimamkan oleh Ustaz Abdul Hadi,  tazkirah disampaikan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.
Solat  Isyak dan Solat Hajat Perdana diimamkan oleh Ustaz Hadi juga dengan  harapan agar Allah SWT. menyelamatkan Malaysia dan Selangor termasuk isu  ketidak-adilan yang berlaku di dalam perbicaraan Datuk Seri Anwar.
Laungan  takbir Allahu Akbar berkumandang bagi menyemangati semula suasana  himpunan perjuangan Islam yang sememangnya merupakan sumber kekuatan  gerakan umat Islam dalam negara selama ini.
Majlis dipengerusikan  oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dimulakan dengan  ucapan Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selaku pengarah  program, setakat ini, Tan Sri Khalid dan Tuan Guru Presiden sudah pun  berucap. - HD    
































