Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, February 14, 2011

PKR Wajib Sedar Kelemahan Diri


Teman melihat isu pembahagian kerusi ini wajar dilihat secara serius dan hati yang terbuka oleh pemimpin-pemimpin PR terutamanya Parti keadilan Rakyat (PKR).

Kes ahli-ahli Parlimen dan ADUN PKR yang telah mengkhianati amanah rakyat sewajarnya dijadikan panduan yang paling utama apabila perbincangan pembahagian kerusi diadakan nanti baik di peringkat negeri mahupun pusat.

Teman sendiri selaku pengundi dalam Dun Behrang, sangat-sangat kecewa dan 'luka hati' apabila undi teman dikhianati oleh ADUN Behrang daripada PKR malahan turut mengalirkan airmata dengan kejatuhan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak diatas pengkhianatan Adun-Adun PKR dan DAP ini.

Sangat tidak logik apabila PKR masih lagi berkeras mahu calon mereka bertanding di kerusi Dun dan Parlimen yang dikhianati oleh wakil rakyat mereka sendiri!. Teman masih boleh menerima permohonan maaf daripada DS Anwar Ibrahim atas pengkhianatan anak buahnya dan pengakuan salah pilih calon oleh beliau tetapi semuanya itu haruslah disusuli dengan keterbukaan menerima hakikat bahawa kerusi-kerusi lompat tersebut WAJIB diserahkan kepada calon-calon daripada parti-parti lain terutamanya kepada PAS yang selalunya menjadi jentera utama baik dari segi pilihanraya mahupun aktiviti masyarakat.

Seluruh kepimpinan dan penyokong PKR di kawasan yang berlakunya pengkhianatan ini seharusnya berlapang dada dan menerima keputusan untuk tidak dicalonkan wakil mereka sebagai calon pilihanraya mewakili PR atas sebab-sebab ini. Jika penyokong kuat PKR sendiri susah menerima hakikat pengkhianatan Wakil Rakyat PKR, inikan pula golongan atas pagar? Jauh sekali pengundi-pengundi daripada UMNO dan BN!

Kesimpulannya, ahli-ahli PKR dan kepimpinannya wajar memberikan peluang kepada parti-parti lain mewakili PR di kerusi Dun dan Parlimen yang telah dikhianati oleh wakil PKR ini. Sememangnya agak pahit untuk ditelah tetapi inilah hakikat yang perlu dihadami oleh semua. Bukanlah mudah sebenarnya bagi ahli-ahli PAS menghadapi kepahitan pengkhianatan wakil-wakil rakyat PKR dan DAP tetapi sesungguhnya sangat menyedari lagi pahit pengkhianatan ini pada ahli-ahli PKR dan DAP sendiri!

"Masa Untuk Berubah"
sunsnake 14022011

Azmin: PAS turut intai kawasan PKR

PKR kini menghadapi rundingan sukar dengan rakannya PAS apabila kedua-dua parti kini mengintai kerusi yang sama dalam pillihan raya umum ke-13 yang dijangka berlangsung tahun ini.

Tanpa menamakan kawasan terlibat, Timbalan Presiden PKR Ali berkata, ia melibatkan kawasan tanpa majoriti sesuatu kaum atau dengan kata lain dirujuk sebagai "kawasan bercampur". "Tiada lagi formula PAS akan bertanding di kawasan majoriti Melayu, DAP di kawasan Majoriti Cina dan PKR di kawasan bercampur. Sekarang, PAS juga mahu kawasan bercampur," kata Azmin (kiri) pagi ini.
Berita Penuh

Dr Asri Khianat Melayu!!!


Chisss!!
Dr. Asri Zainal Abidin ni..
Tak sudah-sudah mencari pasal..
Hari tu dah kena tangkap dengan JAIS tak insaf-insaf lagi!
Jangan lepas ni kena ISA padan kan muka!

DS Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia yang paling hebat!
DS Najib Tun Razak, Presiden UMNO yang paling amanah!
Hanya DS Najib sahaja yang mempu mempertahankan melayu!
Nasib orang melayu di Malaysia ni hanya bergantung di hujung kuku kaki kiri DS Najib ni lahh!

DS Najib dah cakap..
Malaysia tak boleh disamakan dengan Mesir!

Dr. Asri ni tak reti-reti kaa?

Atau Dr. Asri ni dah lupa?

Kata-kata Presiden UMNO adalah kata-kata berdaulat!
Tutur ucap Presiden UMNO adalah tutur ucap panglima!
Gerak geri Presiden UMNO adalah gerak-geri pahlawan melayu terbilang!
Keluarga Presiden UMNO adalah keluarga yang syumul mengamalkan Islam!

so, apa jua katanya tak boleh disanggah!

Sesiapa yang menyanggah..
Confirm! orang itu PENGKHIANAT!! AGAMA BANGSA DAN NEGARA!!!

Tak caye? Sila tanya Armand PERKASA..
Zaid Ibrahim dan Anwar Ibrahim dah berlumut dari dulu kena tuduh pengkhianat dek mamat gila publisiti neh!

wakakakakaka!

sunsnake 14022011

Dr Asri: Tidak mustahil kuasa rakyat berlaku di M'sia

Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainol Abidin berkata tidak mustahil kuasa rakyat yang menumbangkan Presiden Hosni Mubarak di Mesir berlaku di Malaysia jika penduduk negara ini tidak tahan dengan kekangan dan penindasan.

TV Selangor
memetik beliau berkata walaupun Malaysia jauh makmur berbanding Mesir, namun, rasa tidak puas hati rakyat boleh dicetuskan oleh aspek lain seperti kebebasan bersuara yang terhakis.

Berita Penuh

Abang Mat Sabu di Bukit Beruntung! [Bergambar]



Ketibaan Abang Mat di lokasi ceramah.. PKM Jalan Semarak


Al-Fadhil Ustaz Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Hulu Selangor membacakan do'a.


Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor menyampaikan ucapan ringkas..


Jihad Jalan Kami!!! - Unit Amal Hulu Selangor.. Sedia Ihlas Berkhidmat!

Ketua Dewan Pemuda PAS Hulu Selangor merangkap MC pada malam tadi...




Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor menyampaikan sumbangan beras kepada yang layak...


Abang Mat turut dijemput menyampaikan sumbangan...


Abang Mat memulakan Ceramahnya.. walaupun sakit tekak.. tetap bersemangat! Allahuakbar!



Antara hadirin malam itu.. tidak kurang 200 orang...



Ini Sangat Digeruni Oleh Pemuda UMNO!



moga Pemuda UMNO insaf dan kembali kepada Islam..

sunsnake 14022011