Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, August 27, 2012

Ilmu Perbandingan Terbaik Menteri UMNO!


aikkk??
Menteri samseng ni (rujuk kes belasah orang) bukan main hebat berfakta!
BN berjaya menunaikan 'sebahagian besar' janji-janjinya sejak 1958!
PR gagal melaksanakan 85% manifestonya sejak 2008?

Makkk!! Adil sungguh ilmu perbandingan menteri samseng neh!

BN   1958 - 2012 = 54 tahun (sebagai Kerajaan Pusat)
PR    2008 - 2012 = 4 tahun (sebagai Kerajaan Negeri)

Dalam isu Syabas pun Kerajaan Pusat menyibuk halang bagai!
Lagi nak cerita bab menunaikan janji?

janji dicapati laaa!!

Sembang dengan pencachai2 tegar UMNO memang bulat-bulat la depa telan!
Rakyat la ni dah pandai menilai maaa..
Dulu boleh la ada Utusan dan berita Harian je..

InsyaAllah..
Akan berlaku perubahan daripada BN ke PR..
Jom Ubah! Selamatkan Malaysia!

budakbalun 27082012

Zahid Hamidi: BN mampu laksana janji p'raya


 
Satu kajian menunjukkan BN menunaikan janji-janjinya apabila dapat melaksanakan sebahagian besar daripada perkara-perkara yang terkandung dalam manifesto pilihan rayanya sejak 1959, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga menteri pertahanan berkata mengikut kajian yang dijalankannya, parti pembangkang hanya mampu melaksanakan 15 peratus daripada manifesto pilihan rayanya sejak 2008.

Dasar tu bijak, Prof je 'kurang bijak'!


Nak kata bangang...
belajo tinggi..
Sijil bertimbun..
Diploma bertampuk!
Ijazah berfail-fail..
Master berbukit-bukit..
Phd berbalang-balang..

Tapi bila tak percaya rezeki datang daripada Allah SWT..
Lagi bangang daripada kera yang tak sekolah!
Setidak-tidaknya kera tak pernah bagi kenyataan yang 'kurang siuman' macam ni..

Tak pulak kangkung ni tegur 'Dasar penswastaan" air yang gagal neh!
Berpuluh tahun air diswastakan.. akhirnya terbukti gagal!
Dan Kerajaan Selangor berusaha untuk membuktikan bahawa kerajaan mampu menguruskan air dengan lebih baik dan berkebajikan kepada rakyat...
Malangnya... kroni dah terlalu kuat untuk di nafikan..

Teringat pulak kat Prof anak Kling..
Yang secara tiba-tiba membodek dengan ayat yang Maha Bangang..
"Malaysia Tak Pernah Dijajah"!
hahahhaha!!

Prof.. kalau nak bodek UMNO pun..
Sikit-sikit dah laaa... jangan sampai rentung!

Kalau nak jek kereta pun..
Ngam2 untuk tukar tayar dah laa..
Jangan sampai terbalik kereta tuh!!!
muahahahahha!!

budakbalun 27082012

Pensyarah UiTM: Dasar air percuma 'tak bijak'

Dasar kerajaan negeri Selangor memberi bekalan air percuma sejak empat tahun lepas adalah langkah yang tidak bijak dan bukan bersifat lestari, kata seorang ahli akademik.

Prof Dr Suhaimi Abdul Talib berkata dasar itu menyebabkan hasil bagi kerajaan negeri terus merosot yang akan sebaliknya memberi manfaat atau berguna bagi meningkatkan kemudahan infrastruktur.

"Walaupun pemberian air percuma kelihatan baik dari segi faedah jangka pendek, tetapi dari segi jangka panjang kita tidak mendidik orang ramai untuk menghargai air," katanya dalam satu temu bual dengan Bernama hari ini.

Simpatilah Sikit kat 'Big Brother' neh!





"Jangan Buat Perubahan!"

Gamaknya itulah juga permintaan Hosni Mubaraq pada rakyat Mesir sebelum revolusi rakyat Tahrir Square!
Agaknya itulah juga saranan Ben Ali kepada rakyat Tunisia sebelum dihambat tak cukup tanah!
Itulah juga mungkin arahan Muammar Ghaddafi di Libya!

hmmmm...
Patutlah takut sangat dengan 'Arab Spring'!

InsyaAllah..
Perubahan pemerintahan akan berlaku di Malaysia..
Yang akan buat kacau hanyalah balaci-balaci UMNO-BN yang akan meghoyan kehilangan kuasa dan pendapatan!

budakbalun 27082012

Najib minta rakyat jangan buat 'perubahan'


 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta rakyat supaya tidak membuat perubahan yang belum pasti menjamin kemakmuran dan kesejahteraan kepada mereka.

Bukan semua perubahan membawa kepada sesuatu yang baik, kata Najib sambil mengingatkan supaya rakyat tidak menukarkan sesuatu yang mereka boleh bergantung harapan daripada memberi kepada pihak lain yang ternyata belum terbukti rekod perkhidmatannya. - mkini

Terbukti! DAP Yang Hapuskan Kuasa Raja2 Melayu!

iskk!!
Ni boleh menyebabkan Dr Hasang Jati terkedu neh!
Ada bukti hansard Parlimen pulakkk!!
Takkan hansard menipu der?

Elleh..
Kalau takde hansard pun 1Malaya tau siapa yang suka guna Raja-raja neh!

budakbalun 27082012

Karpal kemuka 'bukti' kenyataan Dr M

 
Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini mengemukakan petikan daripada hansard Parlimen yang didakwanya sebagai bukti bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kenyataan menghasut ke atas Raja-Raja semasa perbahasan di Parlimen yang membawa kepada pindaan perlembagaan 1993 ke atas kekebalan Raja-Raja.

Katanya, Mahathir menyatakan perkara itu ketika membentangkan usul bagi pindaan terbabit, berhubung penubuhan Mahkamah Khas bagi menghapus kekebalan Raja-Raja daripada proses perundangan.

Beliau seterusnya menggesa Mahathir supaya hadir ke perbicaraan yang sedang berlangsung ke atasnya.
-mkini

Thursday, August 16, 2012

Salam Aidilfitri dari BudakBalun!


budakbalun 16082012

Tuesday, August 14, 2012

Target: Anak Cucu Ahli UMNO!

Iman tak dapat diwarisi...
Mahupun diwariskan!

Teman teringat kata sahabat teman yang juga Ketua PAS cawangan teman..
Yang sangat-sangat teman kagumi dengan istiqamah dan ketekunannya dalam perjuangan..
dia kata..

"kita jangan putus asa, target kita anak cucu orang-orang UMNO nie.. kalau tak ayah depa, anak depa, tak anak depa, cucu depa...bukan kita mesti menang sekarang... dah dok dalam kubur pun kalau Islam menang kita laaaaagi syok dok dalam tuh! InsyaAllah"

Allahuakbar!.. Termenung panjang teman memikio ayat-ayat keramat dia ni...
Walaupun dia masih muda awal 40-an... dah mampu bagi ayat-ayat jenis 'heavyweight' macam neh!
Siru 'alaa Barakatillah sahabat!

budakbalun 14082012

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
DATUK TAMRIN BUKTIKAN UMNO SEMAKIN TIDAK RELEVAN

24 Ramadhan 1433 bersamaan 03 Ogos 2012

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan tahniah kepada Datuk Tamrin Ghaffar yang bersama-sama dalam saf perjuangan PAS. DPPM menganggap Datuk Tamrin seorang yang berprinsip, tegas serta berani menghadapi risiko yang bakal dihadapinya dengan menyertai PAS.
Penyertaan Datuk Tamrin ke dalam PAS pastinya memberi suatu suntikan semangat kepada seluruh ahli dan pendokong perjuangan Islam di negara ini untuk bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh. Perjuangan Islam yang didokong atas dasar kebenaran dan keadilan secara ikhlas pasti akan diberikan ganjaran di sisi Allah SWT.
Allah SWT memberikan hidayah dan taufik kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Meskipun Datuk Tamrin telah lama bergelumang dalam UMNO dan menjadi anak kepada bekas pemimpin tertinggi UMNO, namun akhirnya beliau sanggup mengenepikan segala keseronokan yang dinikmati semasa di dalam UMNO hanya untuk menyertai perjuangan Islam melalui wadah PAS.
Ini membuktikan semakin ramai pemimpin yang sedar bahawa dasar perjuangan UMNO telah jauh tersasar dari matlamatnya. PAS disertai bukan sahaja oleh tokoh-tokoh bekas pegawai tinggi kerajaan, selebriti dan artis, malah terdiri daripada para pemimpin UMNO.  DPPM yakin, gelombang ahli dan pemimpin UMNO meninggalkan perjuangan mereka dengan menyertai PAS akan berlaku suatu ketika nanti. Bagi rakyat, UMNO pada hari ini adalah untuk survival diri, keluarga dan suku sakat mereka sahaja berbanding dengan matlamat perjuangannya dahulu. Malah tokoh besar seperti Tan Sri Kadir Syeikh Fadzir yang bersama di dalam UMNO dari awal kelahirannya turut isytihar keluar UMNO kerana sedar dasar perjuangannya sudah jauh menyimpang dari asal.
Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, DPPM menyeru kepada semua pemimpin UMNO yang lain agar mencari kebenaran dengan melihat kepada realiti dan petunjuk hidayah daripada Allah SWT untuk turut sama menurut jejak Datuk Tamrin Ghaffar keluar dari UMNO dan menyertai PAS.

RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Monday, August 13, 2012

Sorry Bro,Gua Sokong Abdullah Sa'amah!


Teman memang respect giler kat Tok Guru Pondok-pondok nih!
Punya la banyak bukti betapa teruknya UMNO neh!
Betapa jelasnya UMNO tolak hudud!
Betapa sakitnya.. busuknya hati UMNO pada Hukum Hudud Allah SWT!
Langsung terhijab dimata Tok Guru Pondok-pondok neh!

Tapi..
Teman sokong dia ni dengan cara dia cari publisiti!
Sehebat-hebat Harussani bodek UMNO pun,
tak sehebat brader ni wooo!!
Frontpage Utusan maaaa!!
Perghhhh!!! Ibrahim Ali pun susah nak dapat dok front page Utusan!
Zul Nordin pun payah..
Jamal Posmen Behrang? lagi jauhhhhh!!

Phuiiii!

budakbalun 13082012

KENYATAAN MEDIA TUAN IBRAHIM: PAS TETAP MINTA MAJLIS FATWA BERSIDANG, BUKAN KENYATAAN PERIBADI SEORANG DUA MUFTI.

Kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria bahawa Majlis Fatwa tidak akan membuat teguran kepada Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Saamah yang membuat kenyataan bahawa mengundi DAP adalah haram kerana DAP menolak hukum Hudud adalah fatwa yang betul dengan pandangan syarak, bakal mengundang pelbagai persoalan  lain, kerana bukan hanya DAP yang menolak hudud bahkan secara jelas UMNO juga menolak hukum hudud, sebagaimana kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak pada 24 September 2011 (rujuk http://www.malaysiakini.com/news/176760). Ini bermakna rakyat juga diingatkan bahawa haram mengundi UMNO kerana menolak hukum Allah.

Bahkan bagi PAS dan umat Islam Malaysia, penolakan Umno sebenarnya jauh lebih besar kesalahan kerana mereka mempunyai kuasa pemerintahan bagi melaksanakan hukum tersebut, berbanding DAP yang menolak dalam keadaan tiada sebarang mandat untuk melaksanakannya.

Media pro UMNO sering cuba menghinakan minda orang Melayu berkait hubungan antara PAS dan DAP. Walhal hubungan UMNO-MCA adalah jauh lebih teruk – dengan presidennya yang pernah terpalit dengan masalah moral, mempertikai hukum bersalam lelaki perempuan bukan mahram, membuat komen buruk terhadap negara Islam dan pernah menghina hukum hudud sebegitu rupa sehingga melabel ianya sebagai penyebab negara mundur dan menyaman kerajaan negeri Kelantan untuk membanteras judi.

Bahkan, MCA memberi amaran kepada rakan sebarisannya Umno bahawa MCA akan menarik diri dari BN seandainya Umno berhasrat melaksanakan hukum hudud. Amaran tersebut disertai dengan anggapan bahawa ADUN Kemelah yang mencadangkan cadangan tersebut sebagai tidak berakal. Umno terus senyap, sedangkan sebelumnya pelbagai kenyataan sokongan kepada cadangan tersebut dikeluarkan.

Mengapa pula Umno tidak menarik diri daripada BN sebagaimana Umno sering menyuruh PAS untuk menarik diri daripada Pakatan Rakyat?

Sebelum PAS membuat hubungan tahaluf siyasi dengan DAP, Umno sendiri, yang kononnya memperjuangkan Islam pernah membawa kes ke mahkamah untuk halang Hudud di Kelantan.

Berlatar-belakangkan itu, bilamana Mufti Perak menyatakan haram menyokong DAP kerana menolak hudud, maka rakyat mulai bertanya apakah pula hukum memberi undi pada Umno? Jika logik dan pembaris yang sama digunakan, maka tentulah juga haram dan berdosa.

Perdirian PAS dalam hal ini sungguh jelas bahawa sebagai umat Islam, kita wajib menerima dan berusaha agar hukum Allah dapat ditegakkan, kerana selagi ianya tidak tertegak, selama itulah umat Islam menanggung dosa.

PAS meminta Majlis Fatwa melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Abdullah Sammah ini secara menyeluruh, bukan hanya setakat isu mengundi. Ia termasuklah kenyataan beliau bahawa DAP adalah kafir harbi, manakala MCA, MIC sebagai kafir zimmi.

Kerana mengkategorikan kafir harbi mempunyai implikasi yang besar dari sudut syarak. Ia melibatkan pelbagai muamalah antara umat Islam dengan golongan tersebut, termasuklah haram bermuamalah, berurus niaga, bahkan boleh memerangi mereka. Ini perlukan penjelasan dan kenyataan segera dari Majlis Fatwa, sebelum sesuatu yang buruk berlaku di atas kejahilan rakyat.

Apa yang mendukacitakan ialah kegagalan Harussani melihat dan memahami secara dekat alasan DAP yang menolak hudud. Penolakannya atas alasan bercanggah dengan perlembagaan negara. Bukan atas faktor lain.

Maka faktor ini perlu diperbetulkan dengan prinsip Islam. Kerana faktor penolakan seseorang terhadap bukan hudud juga mempengaruhi hukuman. Kerana itu, Allah mengkategorikan golongan yang menolak ini sebagai fasiq, zalim dan kafir. Kalau yang menolak itu bukan Islam, apakah kategori mereka? Tentulah ianya diluar konteks ayat, kerana memang mereka tidak beriman dengan wahyu Allah.

Persoalan utama ialah bagaimana pula orang Islam yang menolak hukum Allah? Bagaimana kalau mereka rakyat biasa, yang jahil, yang mempunyai kuasa, yang alim tetapi degil, dan yang anti kepada hukum Allah? Tentulah hukum antara mereka gidak sama.

PAS tetap menuntut Majlis Fatwa segera bersidang bagi mengkaji keseluruhan kenyataan dari Abdullah Samaah yang telah disiarkan oleh Utusan Malaysia itu. Sebenarnya masih banyak kenyataan beliau yang jelas memperlekeh Rasulullah dalam bentuk senda gurau, sinis, dan melampau yang boleh dilihat dalam pelbagai blog.

Majlis Fatwa haruslah menggunakan pembaris yang sama untuk menilai semua isu secara objektif. Haram sama sekali untuk menggunakan pembaris yang tidak sama untuk Umno dan pihak yang lain.

Tiada yang pelik untuk DAP dan sebilangan rakyat bukan Islam menolak hukum Hudud setelah Umno-BN sendiri merosakkan imej Islam untuk 5 dekad lamanya. Penolakan hukum hudud oleh DAP sering diperbesarkan di media pro-BN, manakala penolakan MCA dan Umno disorokkan semata-mata adalah untuk menyerang PAS, yang Umno tahu lawan terbesarnya di medan politik pada PRU-13.

DAP menang, Umno tak semestinya tumbang. PAS menang, maka sudah pasti Umno akan tumbang bersama BN. MCA tidak boleh diselamatkan lagi maka Umno mengambil keputusan demi survival politik untuk meregangkan lagi hubungan antara kaum untuk menjaga undi Melayu-Islam dalam taktik politik terbarunya.

Umat Islam diharap dalam membuka mata jelas dalam isu ini – munafik dan hipokrit sebenarnya adalah ancaman terbesar kepada Islam.

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat

Thursday, August 2, 2012

UMNO Ludah Muka UMNO? Terbaekkk!

budakbalun 02082012

Wednesday, August 1, 2012

Rafizi = Hang Nadim Moden


Sememangnya dah disangka... Kerajaan UMNO-BN dok dendam lama dah dengan susuk tubuh bernama Rafizi Ramli nih!
Depa dok gerammmmm je nak balun!
Dan pastinya tekanan yang amat tinggi kepada pihak Polis dan Bank Negara oleh kerajaan UMNO-BN..

Teringat pulak kisah Hang Nadim.. budak yang bijak yang membantu Sultan menyelesaikan masalah Singapura Dilanggar Todak!
Hang Nadim bagi idea bentengkan pantai dengan batang pisang..
Maka selamat lah seluruh rakyat jelata dengan idea hebat itu!

malangnya pemerintah pulak rasa bimbang..
Kalau bijak sangat masa kecik, bila besar kompom jadi lebih bijak!
Bila jadi lebih bijak maka pastinya akan membahayakan reputasi pemerintah yang pastinya bodoh!

So, bunuh sudda.. terbunuhlah budak yang bijak atas ketakutan dan kebodohan sang penguasa..

apa bezanya dengan rafizi si Hang nadim moden?

Bezanya.. Rafizi memberi idea untuk Malaysia yang lebih baik tanpa rasuah dan kronisma melampau..
Malangnya sang penguasa bimbang dan takut serta dungu..
Idea yang baik itulah yang akan menghancurkan kekayaan dan ketamakan sang penguasa UMNO-BN!

Maka.. digunakanlah undang-undang yang ada kononnya atas dasar Perlembagaan...
Phuiii!


budakbalun 01082012

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

TANGKAPAN AKTA BAFIA : POLITIK DENDAM KE ATAS RAFIZI?
(1 Ogos 2012)

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memandang serius penahanan Rafizi Ramli, Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) di bawah BAFIA (Akta Institusi Perbankan dan Kewangan) hari ini. Bagi DPPM tangkapan ke atas Rafizi membuktikan kerajaan bersikap tidak ikhlas dan telus dalam memastikan negara ini bebas dari rasuah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin negara.

DPPM menganggap tindakan ke atas Rafizi lebih dilihat sebagai tindakan politik pihak tertentu yang tersepit dan cemas dengan pelbagai pendedahan berani serta sensasi oleh beliau. Tindakan ini juga seperti suatu ancaman ke atas beliau ekoran kejayaan beliau mendedahkan skandal National Feedlot Corporation (NFC) serta ugutan kepada pemberi-pemberi maklumat lain supaya jangan memberi kerjasama kepada ‘whistle blower’ skandal pemimpin negara ini. Malah beliau juga mempunyai siri-siri pendedahan skandal pemimpin negara yang mempunyai kepentingan terhadap projek tertentu serta terlibat dalam pelbagai penyelewengan.

Kerajaan sepatutnya melihat isu yang ditimbulkan oleh Rafizi jauh lebih utama dan penting berbanding tindakan beliau membocorkan maklumat. Tindakan Rafizi wajar dipuji kerana usahanya memastikan negara ini bebas daripada penyangak-penyangak rasuah oleh pemimpin-pemimpin negara.

DPPM menegaskan, negara ini menuju kemusnahan jika jenayah rasuah dibiarkan berleluasa manakala pemberi maklumat diambil tindakan. Politik dendam dan hasad dengan menghukum seseorang hanya kerana individu tersebut bercakap benar adalah tindakan keji golongan yang menolak kebenaran. Bagi rakyat, tindakan ini bukan melunturkan semangat mereka mahukan perubahan, malah menambah lagi sentimen kebencian mereka melihat kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin yang korup dan mementingkan diri sendiri.


DR RAJA AHMAD AL HISS
Naib Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Kesian kat Zul Nordin neh!

Teman pun cuba memahami apa sebenornya berselindung di lubuk hati mamat ni yang paling dalam...
Kenyataan dia agar Lajim letakkan jawatan sangat-sangat kontra dengan dirinya sendiri!

Woi zul...
Kamu sendiri muka tak malu tak mahu meletakkan jawatan sebagai Ahli parlimen setelah melompat..
Ini kamu pulak nak orang lain letak jawatan?
hahahahahah!
Buang la kopiah tu wehhh!!


budakbalun 01082012

DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
ZULKIFLI NORDIN MENGATA DIRINYA SENDIRI

11 Ramadhan 1433 bersamaan 31 Julai 2012

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat kenyataan Naib Presiden PERKASA, Datuk Zulkifli Nordin yang meminta Datuk Seri Lajim Ukim melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai ditujukan kepada dirinya sendiri. Kenyataan beliau seperti memperli diri beliau sendiri yang meninggalkan soal prinsip perjuangan yang beliau selama ini laungkan hanya kerana mengejar kenikmatan sementara dengan meninggalkan Pakatan Rakyat dan menyokong Barisan Nasional.
DPPM hairan bagaimana Datuk Zulkifli Nordin boleh mengerti soal prinsip demokrasi sedangkan beliau sendiri yang menghinanya melalui tindakan beliau itu. Sepatutnya beliau sendiri melepaskan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu seperti yang didesak oleh pengundi di parlimennya.

Mungkin beliau tidak sedar bagaimana pahitnya rakyat menerima pemimpin yang berpaling tadah dan melompat parti sebagaimana beliau melihat kepada Datuk Seri Lajim Ukim dan Datuk Wilfred Bumburing sekarang. Beliau mudah melihat kepada Datuk Seri Lajim Ukim sebagai insan tidak bermaruah, tetapi beliau tidak pernah melihat kepada dirinya sendiri yang jauh lebih tidak bermaruah.

Bezanya Datuk Seri Lajim Ukim dan Datuk Wilfred beralih arah atas kerelaan diri mereka sendiri tanpa paksaan dan ugutan. Malah, sukar untuk dimengertikan jika mereka berubah kerana habuan yang menanti. Mustahil untuk difahami seorang Timbalan Menteri yang mempunyai kedudukan, pengaruh, dan juga kewangan mampu untuk bertukar haluan kepada Pakatan Rakyat yang tidak memiliki kuasa dan kedudukan seperti mana yang beliau nikmati sekarang. Malah nasib Pakatan Rakyat juga belum tentu kerana bakal menghadapi PRU ke 13 dalam keadaan yang sukar dibaca politik dan selera rakyat. Tetapi itu yang berlaku dalam politik sebenar dan pastinya rakyat melihat aspek keikhlasan memainkan peranan dalam penghijrahan kedua-dua Ahli Parlimen ini

Justeru, DPPM meminta Datuk Zulkifli Nordin dan insan sepertinya melihat ke cermin dan bermuhasabah diri sebelum menuding jari kepada orang lain. Saranan dan pandangan mereka hanya menjadi gelak ketawa rakyat atau menjadi cemuhan dan kemarahan rakyat.



RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemdua PAS Malaysia