Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, October 25, 2010

SPR - Arahan Bodoh Macam Ni Pun Ada ka??

Mungkinkah akan berulang.. suasana 'keramat' sebegini!! Allahuakbar!


Aduyaii!!

Makin lama makin bangang SPR nih!
Makin lama makin lembab otak SPR nih!
Makin lama makin terserlah 'level pencacai UMNO" SPR nih!

Jangan datang ramai-ramai??

Ni arahan bodoh tahap apa ni?
Ni arahan bangang tahap apa ni?

Si Robert Mugabe pun mau tergelak dengar arahan bangang macam ni!!

Sukahatilah berapa ramai penyokong nak datang pun!
Yang penting.. SPR kena jalankan proses pilihanraya dengan adil..
Jangan berat sebelah!
Ini tarikh penamaan dan pengundian pun dah bangang!
Buat time keje.. tak ke bebal namanya!

PRK Hulu Selangor pandai pulak buat hari minggu??
Aduyaii!!

SPR ni agaknya terasa macam rakyat Malaysia ni masih percaya kat dia..
Walhal.. kalau boleh dibuang.. kalau boleh AFUNDI Out..
Dah lama kena AFUNDI Out dah puak-puak SPR nih!!
wakakakaka!

sunsnake 25102010

SPR: Elak insiden, jangan terlalu ramai penyokong

Timbalan setiausaha, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Noordin Che Ngah mengingatkan penyokong parti supaya tidak hadir terlalu ramai ke pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Galas yang berlangsung esok.

Beliau juga mengingatkan supaya semua pihak yang bertanding mematuhi laluan yang ditetapkan bagi penyokong parti masing-masing. Katanya, penyokong PAS akan berkumpul di Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra manakala penyokong calon BN berkumpul di bilik gerakan parti di Bukit Cekati.

Berita Penuh

"Tentera Semut PAS".. Wakakakaka!

Semut bontot hijau? kompom semut PAS! wakakaka!


Teman tak tahu pun kes 'tentera semut' ni..
Baru malam tadi teman bersembang dengan sahabat-sahabat di dalam mesyuarat PAS Zon..
Teman bagi tahu yang teman plan nak menyusup masuk PWTC nak tengok-tengok suasana sebenar dalam tu..
Tiba-tiba ada sahabat bagitau isu 'tentera semut' ni..

Wakakakak!

Akhirnya teman terfikir..
Kalau setakat nak tahu apa hujah perwakilan UMNO..
Apa barang nak menyusup masuk?

Ada Live maaa!!

Maksud teman tadi nak menyusup masuk PWTC duk kat area luar je..
Nak usha2 suasana kat area meniaga..
Untung-untung leh berkenalan dengan Puteri..
hik..hik..hik.. Dakwah syeikh.. dakwah!!
Cuma kaedah dakwah jenis ni takleh cerita kat bik mama teman laaa!!
Tahu kalu.. aduyaiii!!

sunsnake 25102010

Umno alukan 'tentera semut' PAS

Parti PAS dikesan telah menghantar wakil untuk mengikuti perjalanan mesyuarat di perhimpunan agung Umno yang berlangsung, kata setiausaha kerja parti itu Datuk Abdul Rauf Yusof.

Umno bagaimanapun tidak dapat mengenalpasti jumlah "tentera semut" berkenaan yang datang ke perhimpunan berkenaan, katanya lagi. "Setakat ini belum terima apa-apa laporan serius tapi kita harap semua pihak hormati langkah-langkah baru yang diambil (oleh urusetia)," katanya.

Berita Penuh

Muhyiddin - Bertuhankan Harta?


Inilah masalahnya UMNO ni..
Bila rakyat tak sokong..
Salahkan rakyat..
Salahkan pimpinan PR..
Salahkan bloggers BudakBalun..
Salahkan Tukartiub..
Salahkan Malaysiakini..
Salahkan harakahdaily..
Salahkan TKO..

Walhal.. UMNO sendiri tak faham apa yang rakyat nak!
Sibuk dok nak beli maruah rakyat dengan kebendaan!
Setiap kali Pilihanraya..
Mesti nak beli maruah rakyat dengan duit!
Mesti nak beli maruah rakyat dengan bangunan!
Mesti nak beli maruah rakyat dengan jambatan!
Mesti nak beli maruah rakyat dengan senyuman!

Walhal..
Ada perkara yang jauh lebih bernilai daripada itu..
yang rakyat mahukan..

Rakyat mahukan integriti..
Rakyat mahukan kejujuran..
Rakyat mahukan kesenangan dalam kehidupan..
Rakyat mahukan pemimpin yang bukan sahaja dilihat bersih..
Malahan benar-benar bersih!
Rakyat mahukan pemimpin yang bukan sahaja dilihat jujur..
Malahan benar-benar jujur!

Kalau setiap kali mari Pilihanraya..
Baru nak umum pembangunan di kawasan pilihanraya tu..
Itu bukan jujur namanya..
Itu bukan bersih namanya..
Itu bukan integriti namanya..

Itu namanya memperbodohkan rakyat!

Lainlah kalau rakyat disitu semuanya UMNO..
Penyokong UMNO ni memang tak peduli semua tu..
Yang penting RM300+kain pelikat+beras sekampit!

Tak caya? tanya pengundi Bagan Pinang!!!
Wakakakaka!
sunsnake 25102010

TPM: Harapkan PAS macam tunggu bulan jatuh ke riba

Timbalan pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin Abdul Aziz Yusof yang diletakkan sebagai calon parti itu bagi pilihan raya kecil DUN Galas akan dapat menandingi calon PAS Dr Zulkefli Mohamad walaupun hanya berkelulusan SPM. Katanya, beliau tidak merasakan perkara itu akan menjadi isu dalam pilihan raya kecil kali ini kerana masyarakat perlu menilai Abdul Aziz secara keseluruhan. Jelasnya, Abdul Aziz mewakili parti BN yang mempunyai keupayaan sumber yang besar berbanding PAS yang membentuk kerajaan di Kelantan. “Atas nama beliau sendiri tak mungkin boleh (menang) tapi kerana dia mewakili parti. Maka parti lebih berupaya. Hari ini kita buktikan melalui flat yang dibangunkan itu,” katanya yang merujuk kepada satu Projek Perumahan Rakyat yang dilancarkannya hari ini. Projek pembinaan sebanyak 1,500 unit rumah itu dibina dengan peruntukan sebanyak RM180 juta dan disasarkan kepada sebanyak 10,000 rakyat miskin di kawasan itu. Sebanyak 18 blok rumah pangsa lima tingkat yang diumumkan di Taman Wangi, sebuah kawasan perumahan di dalam kawasan DUN Galas.

Kalaulah Ini Gambar Nizar....

Musa Aman serah cek kepada ketua gereja-gereja Sandakan Bishop Jelius Dusin Gitom (kiri) pada majlis penyerahan cek kepada sekolah dan badan keagamaan bukan Islam di Sandakan.
- Gambar Bernama

Kalaulah ini gambar Nizar..
Kalaulah Nizar yang serahkan cek ni..
Mamposss!!

Mau gegak gempita satu Malaysia!!
Mau muka depan Utusan,BH dan Sinar!
Mau jadi tajuk utama Buletin Utama..
Setengah jam pertama cerita ni je..
Mau jadi tajuk Bual Bicara di Tv1..
Mau jadi

"Nizar pengkhianat Islam!" kata Muhyiddin
"Nizar pengkhianat Melayu!" kata Ibrahim Ali
"Kalau berani meh turun kita bertarung!!!" Kata Armand PERKASA
"Nizar pengkhianat bangsa, agama dan negara!!!" kata Ayahanda Lajin PEKIDA Ipoh!

wakakakaka!

sunsnake 25102010

Hanya Bendera PAS? Apa Ada Hal!!




Dalam PR..
Penyokong PAS tiada masalah nak kibar bendera DAP!
Penyokong DAP tiada masalah nak kibar bendera PAS!
Penyokong PKR tiada masalah nak kibar bendera DAP & PAS!
Penyokong PAS dan DAP lagi tiada masalah nak kibar bendera PKR!

So, arahan SPR yang penuh dendam kesumat ni boleh jalan dahh!!

Memang kalau kita lihat.. penyokong BN dok bawak bendera Dacing macam penuh semangat!

Tapi secara ikhlas teman tanya..

Mampu ke..
Penyokong Gerakan kibar bendera MCA?
Penyokong Gerakan kibar bendera UMNO?
Paling ngeri.. penyokong UMNO kibar bendera MCA!!! Gerakan??

Wakakakak!
Mau digelar pengkhianat kalau PEKIDA & PERKASA nampakk!!!
Mau terus buat demo si Armand PERKASA!!!

aduyaiii...

sunsnake 25102010

Galas: Pakatan hanya boleh diwakili lambang PAS

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menegaskan bahawa hanya lambang PAS dibenar untuk digunakan dalam kempen pilihan raya kecil DUN Galas. Timbalan setiausahanya, SPR Datuk Noordin Che Ngah berkata, langkah berkenaan bermakna lambang parti komponen Pakatan Rakyat yang lain tidak dibenar digunakan dalam tempoh kempen yang bermula esok. Katanya, lambang parti Umno dan parti komponen BN yang lain sebaliknya boleh digunakan. Jelasnya, kebenaran itu diberikan memandangkan lambang parti komponen BN itu diiktiraf oleh SPR.
Berita Penuh