Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, October 25, 2010

Muhyiddin - Bertuhankan Harta?


Inilah masalahnya UMNO ni..
Bila rakyat tak sokong..
Salahkan rakyat..
Salahkan pimpinan PR..
Salahkan bloggers BudakBalun..
Salahkan Tukartiub..
Salahkan Malaysiakini..
Salahkan harakahdaily..
Salahkan TKO..

Walhal.. UMNO sendiri tak faham apa yang rakyat nak!
Sibuk dok nak beli maruah rakyat dengan kebendaan!
Setiap kali Pilihanraya..
Mesti nak beli maruah rakyat dengan duit!
Mesti nak beli maruah rakyat dengan bangunan!
Mesti nak beli maruah rakyat dengan jambatan!
Mesti nak beli maruah rakyat dengan senyuman!

Walhal..
Ada perkara yang jauh lebih bernilai daripada itu..
yang rakyat mahukan..

Rakyat mahukan integriti..
Rakyat mahukan kejujuran..
Rakyat mahukan kesenangan dalam kehidupan..
Rakyat mahukan pemimpin yang bukan sahaja dilihat bersih..
Malahan benar-benar bersih!
Rakyat mahukan pemimpin yang bukan sahaja dilihat jujur..
Malahan benar-benar jujur!

Kalau setiap kali mari Pilihanraya..
Baru nak umum pembangunan di kawasan pilihanraya tu..
Itu bukan jujur namanya..
Itu bukan bersih namanya..
Itu bukan integriti namanya..

Itu namanya memperbodohkan rakyat!

Lainlah kalau rakyat disitu semuanya UMNO..
Penyokong UMNO ni memang tak peduli semua tu..
Yang penting RM300+kain pelikat+beras sekampit!

Tak caya? tanya pengundi Bagan Pinang!!!
Wakakakaka!
sunsnake 25102010

TPM: Harapkan PAS macam tunggu bulan jatuh ke riba

Timbalan pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin Abdul Aziz Yusof yang diletakkan sebagai calon parti itu bagi pilihan raya kecil DUN Galas akan dapat menandingi calon PAS Dr Zulkefli Mohamad walaupun hanya berkelulusan SPM. Katanya, beliau tidak merasakan perkara itu akan menjadi isu dalam pilihan raya kecil kali ini kerana masyarakat perlu menilai Abdul Aziz secara keseluruhan. Jelasnya, Abdul Aziz mewakili parti BN yang mempunyai keupayaan sumber yang besar berbanding PAS yang membentuk kerajaan di Kelantan. “Atas nama beliau sendiri tak mungkin boleh (menang) tapi kerana dia mewakili parti. Maka parti lebih berupaya. Hari ini kita buktikan melalui flat yang dibangunkan itu,” katanya yang merujuk kepada satu Projek Perumahan Rakyat yang dilancarkannya hari ini. Projek pembinaan sebanyak 1,500 unit rumah itu dibina dengan peruntukan sebanyak RM180 juta dan disasarkan kepada sebanyak 10,000 rakyat miskin di kawasan itu. Sebanyak 18 blok rumah pangsa lima tingkat yang diumumkan di Taman Wangi, sebuah kawasan perumahan di dalam kawasan DUN Galas.

0 comments: