Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, July 19, 2010

MCA nak bergabung dengan PAS??? Gempar!


Hari tu teman gi servis kereta buat kali yang ntah keberapa ratusnya..
Sambil sembang-sembang dengan tokey bengkel yang berbangsa cina tu..
teman selit-selit jugak dengan isu-isu terkini..

Jelas, tokey tu sangat tak puas hati dengan kenaikan harga minyak dan barangan keperluan lain.
Tokey tu pun mengaku dia adalah ahli MCA yang masih aktif..

Dengan selamba dia kata dia sangat berminat dengan PAS sebab PAS lebih terbuka dan tidak 'racist'.. Walaupun dia mengakui sebagai ahli MCA, tapi dia sendiri tak berapa nak suka cara MCA dan BN diuruskan sejak dulu.. cumanya dulu dia tak nampak kelebihan PAS..

Dia menyatakan dahulu dia memandang PAS seperti terlalu extremis dan zalim!
Orang-orang UMNO sering menakut-nakutkan orang-orang cina MCA yang PAS ni garang, PAS ni nak bunuh orang cina.. PAS ni dah ada sejarah mahu menghapuskan orang cina..

Tiba-tiba dia berkata "aku rasa elok kalau MCA keluar daripada BN dan joint PAS(PR)!

So, statement teman ialah "MCA nak bergabung dengan PAS!"

Boleh tak? Apsal lak tak boleh?? Harussani boleh??
Sembang-sembang kat tepi jalan dengan ahli PAS..
terus declare PAS nak gabung dengan UMNO!! hampeh!!!