Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, November 14, 2011

PKR Degil dan Langsung Tak Cerdik!!!

Sound dalam banner aje lah! debat?? awww!! Tak berani nyahhhh!!


Ishhh!!
Dah berpuluh-puluh posting teman pasal ngajak UMNO debat neh!
Dah berbuih mulut bercakap..
Dah lenguh tangan dan jari menaip..
Dah naik lusuh blog budakbalun neh!!

Tak paham-paham lagi??

baik PKR.. baik PAS.. baik DAP..
Tak faham-faham ke??

Perkataan 'debat' ni boleh menyebabkan UMNO jadi tikus!
UMNO hanya boleh jadi singa di hadapan wartawan dan jurukamera TV3 dan RTM sahaja..
Ataupun Astro..

Depan rakyat?
Depan pencacai UMNO ok.. memang bergegor langit mendengar tempik soreh UMNO!

Errr.. debat??
iskkkk!! Jangan sebut perkataan tuhh!!
Mau terkencing dalam seluar karang!!
sebab yang nyata..
mulut dah pernah berbuih!!

errr.. kalau Presiden UMNO pun ketakutan diajak berdebat..
inikan pula Ketua Pemuda!

Wakakakakakak!!

Ibarat anjing menyalak bukit la Rafizi oiiii!!!

budakbalun 14112011

Skandal NFC: Rafizi cabar Khairy debat

KUALA LUMPUR, 14 Nov: Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mengucapkan terima kasih kepada Khairy Jamaluddin, ahli Parlimen Rembau dan Ketua Pemuda Umno yang tampil cuba memberi beberapa penerangan mengenai kemelut penyelewengan wang rakyat dalam Projek Fidlot Kebangsaan yang semakin memualkan rakyat.

“Sejak PKR mendedahkan perkara ini, beliau menjadi satu-satunya pimpinan Umno yang paling lantang membela NFC.

“Beliau juga dengan sukarela menjawab pelbagai persoalan walaupun beliau tidak ada apa-apa portfolio di dalam kerajaan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Malah, beliau berkata, Khairy melantik diri sendiri sebagai pegawai media dan jurucakap rasmi kepada NFC sejak kebelakangan ini.

“Kalaulah beliau benar-benar dilantik oleh NFC untuk bercakap bagi pihak mereka, maka NFC telah melantik seorang jurucakap yang memberikan jawapan yang paling dangkal berhubung skandal pembelian kondominium mewah menggunakan dana rakyat,” ujarnya.-Harakahdaily

Untung Bela Lembu Susu ye?

Mana satu lembu? Mana satu susu? wakakakaka!!


Nama pun pertanian..
Menterinya pun nama Menteri Pertanian..
Kementerian pun nama Kementeria Pertanian..

Logiknya..
Patut kalau nak songlap pun..
Menteri Pertanian atau kroni-kroninya la yang merasa..
macam mana lepas ke Menteri kementerian lain lak neh?

Lagi satu...
Orang luluskan bajet..
untuk bela lembu.. dalam kandang di negeri Sembilan..
Bukan beli kondo..
bela lembu dalam kondo..
di Bangsar!!!

Lembu dok kondo ni selalunya..
"susu'nya segar-segar wehhh!!
Tapi segar lagi susu lembu kampung!!
takde kena inject punyaaaa!!
original maaaa..
bukan tiruan!

wakakakakakaka!!

macam mana la nak bagi makcik pakcik felda faham...

aduhhhh!!

budakbalun 14112011

PKR: Kondo mewah NFC mungkin tak bawa untung

Pembelian kondominium berharga RM10 juta seunit oleh anak syarikat projek penternakan lembut, Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) adalah perbelanjaan tidak berhemat khususnya ketika pasaran hartanah mewah yang mengalami trend penurunan, kata pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini, beliau berkata hujah yang dikemukakan adalah bertentangan dengan prinsip-prinsip tadbir urus yang baik.

Memetik statistik oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Hartanah (JPPH), beliau berkata bahawa terdapat 66,328 unit kondominium mewah di negara ini yang masih belum dijual.-Mkini