Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, December 16, 2010

Beza ke Speaker Parlimen dengan Speaker Dun?



Wah.. lawan sikit Tuan Speaker Pandikar terus kena gantung 6 bulan!!
Perghh!!
Punya besar kuasa Speaker..

Teman secaraikhlas mengakui akan betapa besarnya kuasa speaker di dalam Dewan Parlimen mahupun Dun..

Dun??

Ehhh?? puak-puak yang slumber angkat dan seret Tuan Speaker Dun Perak dulu apsal tak kena pulak ye?
Ehhh?? Lain kot undang-undangnya!

Di Dun, pihak yang mampu heret speaker otomatik boleh ambil alih pemerintahan negeri kot?
Wakakakaka!

Patutnya si Zambry dan konco-konconya dah kena gantung dewan sampai PRU13!
wakakakaak!

Betul la kata Hishamuddin Rais tukar tiub..
"Kalau Pilihanraya mampu ubah apa-apa, dah lama pilihanraya diharamkan!"

La ni UMNO-BN dah ada 2/3 majoriti..
Hmmm.. nasib koranglah rakyat Malaysia oiiii..

Buaya UMNO-BN dah standby nah halalkan segala-galanya!
sunsnake 16122010

Padah kenyataan hina dewan

KUALA LUMPUR 15 Dis. - Tindakan tiga ahli Parlimen pembangkang, Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugur), R. Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR-Gombak) menghina Dewan Rakyat dengan membuat kenyataan di luar dewan berkenaan prosiding Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan mengundang padah.

Ini kerana, hari ini, satu usul untuk menggantung ketiga-tiga ahli Parlimen tersebut selama enam bulan atas kesalahan menghina Dewan Rakyat telah dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan ia terkandung dalam Aturan Urusan Mesyuarat.

Menurut usul itu, Karpal dan Sivarasa yang merupakan anggota Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen didapati menghina Dewan Rakyat kerana telah membuat kenyataan di luar dewan berkenaan prosiding Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan tentang keterangan serta surat yang dikemukakan semasa mesyuarat pada 3 Disember 2010.

Karpal dan Sivarasa dikatakan telah melanggar peruntukan Peraturan Mesyuarat 85, iaitu keterangan yang diambil di hadapan sesebuah Jawatankuasa Pilihan dan apa-apa surat yang dikeluarkan kepadanya tidak boleh disiarkan oleh sesiapa jua, sebelum jawatankuasa itu membawa penyata tersebut kepada Majlis (Dewan Rakyat).

Berita Penuh