Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, December 25, 2009

Bonus oh Bonus!


Perkataan yang paling popular diucapkan oleh kebanyakkan pekerja-pekerja swasta di Malaysia apabila tiba hujung setiap tahun adalah 'Bonus'!

Setuju atau tidak inilah hakikatnya. Ada syarikat yang mampu memberikan bonus sehingga 7-8 bulan kepada pekerja-pekerja mereka. Malahan ada yang mampu memberikan sehingga setahun jumlahnya!

Bagi mereka yang terlibat didalam sektor automotif, istilah bonus ini adalah sesuatu yang amat biasa didengari. Namun begitu, ada juga syarikat didalam sektor ini langsung tidak pernah memberikan bonus kepada pekerja-pekerja atas alasan keuntungan yang dicatatkan tidak memungkinkan pemberian tersebut.

Untunglah bagi mereka yang menerima bonus walaupun hanya sebulan gaji.
Selalunya bonus ini diberi berdasarkan prestasi kerja seseorang itu sepanjang tahun tersebut. Jika selalu ponteng kerja seperti MC dan sebagainya, memang terasa akan kesan penilaian tersebut!

Bonus dihujung tahun sebenarnya amat-amat penting kerana diwaktu inilah pelbagai perkara menanti untuk diselesaikan. Persediaan anak-anak untuk kembali ke sekolah, dengan yuran persekolahan yang semakin tinggi, keperluan keluarga yang semakin menekan malahan ada yang menjadikan bonus tahunan itu sebagai tarikh untuk memperbaharui insurans dan cukai jalan!

Alhamdulillah, bagi teman, bonus yang diterima benar-benar membantu dalam menguruskan persediaan keluarga. Dengan anak sulong yang akan masuk ke darjah 2, dengan persediaan sekolah agama dan pelbagai kelengkapan sudah pasti memerlukan belanja yang agak 'besar'.

Kadangkala termenung juga memikirkan betapa peritnya bagi mereka yang mempunyai 2-3 orang anak yang akan bersekolah dan tidak menerima bonus! Bagaimana agaknya mereka merangka perbelanjaan bagi menghadapi situasi sebegini.

Namun, pucuk pangkal adalah berbalik kepada cara perbelanjaan itu dirancang dan dilaksanakan. tetapi didalam keadaan ekonomi yang agak lembab dan kadar kos kehidupan yang agak tinggi, manakan mampu untuk mengawal perbelanjaan kerana segala-galanya semakin naik! Sedangkan kadar gaji meningkat sangat perlahan!

Kepada Allah SWT kita mohon agar dicukupkan segala keperluan bagi menempuhi kehidupan yang mendatang. Amin!

sunsnake 25.12.2009