Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, June 8, 2010

Syabas - Pemuda UMNO yang berani! KJ?

Hidup Duitt!!! eh!! Silap lakss!

Syabas! Ada gak yang berani!!
Walaupun mungkin bukan bimbangkan dosa judi..
tapi bimbangkan sokongan undi!!

hmmm..
sunsnake 08062010

Lesen judi sukan: Akar umbi Umno mulai gelisah

Jun 8, 10
10:18am

Bibit-bibit protes mula kedengaran hari ini daripada kem penyokong kerajaan berhubung isu pemberian lesen judi sukan. Tentangan tersebut mula dikesan pada satu sidang mesyuarat cawangan Umno di Teluk Intan yang mengusulkan supaya kerajaan menarik balik pemberian lesen tersebut. Usul tersebut dikemukakan oleh seorang pemimpin akar umbi, Yuzaile Yusof ketika mesyuarat Umno Cawangan Lorong Masjid, Teluk Intan pada 22 Mei lalu. Yuzaile berkata, pergerakan pemuda Umno sebelum ini tidak mampu untuk menepis isu judi kerana ia sememangnya memberi kelebihan kepada golongan yang bukan penyokong BN. "Keadaan begini memberi ruang kepada (pro-Pakatan Rakyat) untuk bersuara.Jadi pemuda Umno tidak boleh menepis isu ini, sebab judi sememangnya haram walaupun lesen itu sah atau tidak," katanya. “(Jadi) kami menggesa agar kerajaan menarik balik lesen judi bola sepak," kata Yuzaile yang juga ketua pemuda bahagian Teluk Intan.
-Mkini

Eksiden & Terbakar! Salah minyak petrol Ron 95?


Tangisan sebelum nahas

KEPALA BATAS: “Kali terakhir saya menemuinya petang semalam (kelmarin), dan sebelum pulang arwah (Aztika), dia menangis dan mengucap,” kata Amirul Ariff Abdul Razak, 17, rakan sekolah Aztika Azrin Azlan, 14, yang maut bersama dua abangnya dalam kemalangan di Plaza Tol Sungai Dua, jam 2.45 pagi semalam.
REMUK...anggota bomba memeriksa kereta terbakar rempuh plaza  tol,  semalam.
REMUK...anggota bomba memeriksa kereta terbakar rempuh plaza tol, semalam.
SEDIH...ibu Aztika ditenteramkan saudara-mara.
SEDIH...ibu Aztika ditenteramkan saudara-mara.
Amirul Ariff berkata, dia bersama adik perempuannya yang berusia 16 tahun, berkawan rapat, dengan Aztika Azrin, malah rakannya itu pernah tidur di rumah mereka.

Katanya, kelmarin (Ahad) Aztika Azrin datang ke rumahnya di Bukit Jambul dan arwah menangis memberitahu mahu belajar agama Islam dengan lebih mendalam.

“Sebelum itu arwah ada menghantar SMS (khidmat pesanan ringkas) memberitahu ayahnya dia tidak mahu ke sekolah hari ini (semalam) untuk kali terakhir.

“Sebelum dijemput abangnya, arwah menangis dan mengucap menyatakan mahu belajar agama Islam dengan lebih mendalam,” katanya ketika ditemui di rumah Aztika di Penang Golf Resort, semalam.

Amirul Ariff berkata, meskipun berlainan kelas, hubungan mereka rapat malah boleh diumpamakan seperti adik-beradik.
Katanya, arwah seorang anak yang baik, mendengar kata dan suka membantu rakan lain yang dalam kesusahan.

“Saya kehilangan seorang rakan rapat, namun reda dengan ketentuan Allah SWT,” katanya.

-Harian metro online


Subject: RON 95 Mudah Meletup Bila Kemalangan ?

Akhir-akhir ini banyak betul berita kereta terbakar apabila berlaku kemalangan. Kadang-kadang kemalangan yang kecil dan kereta yang baru dan tidak diubahsuai pun terbakar.
Adakah petrol RON 95 yang mula diperkenalkan di Malaysia pada Mei 2009 adalah salah satu punca kenapa kereta mudah terbakar bila kemalangan ?
Diharapkan ada kajian menyeluruh dilakukan terhadap fenomena yang berlaku ini.
Ikuti komen-komen berkaitan RON 95 dan berita kereta terbakar apabila kemalangan pada pautan berikut

Kenapa RON 95 Mudah Meletup ?
Assalamualaikum,

Minyak kenderan yang kita gunakan seharian diklasifikasikan sebagai RON (Reaserch Octane Number) yang mempunyai urutan nombor RON 84, 87, 91, 92, 95, 97 dan banyak lagi. Minyak kenderaan ini dihasilkan daripada campuran iso-octane, toluene dan benzene (benzena).

Pernomboran RON menunjukkan semakin tinggi nilai RON semakin banyak jumlah iso-octane yang terdapat di dalam minyak RON berkenaan. Ini bermakna, RON 97 lebih baik daripada RON 95 kerana RON 97 mempunyai kandungan octane lebih banyak daripada RON 95.RON 95

Saya akui, saya tidak mengetahui secara lengkap formula minyak RON 95 Malaysia. Namun, sebagai ahli Kimia, saya boleh la membuat sedikit hipotesis mengenai kandungan RON 95 Malaysia.

RON 95 Malaysia pada amatan saya berbeza dengan RON 95 yang digunakan di negara Australia dan Eropah. Sebagai seorang ahli kimia, saya sangat biasa dengan bahan-bahan kimia. Pada amatan saya (maaf jika saya silap) RON 95 di Malaysia mengandungi kandungan benzena yang banyak.

Ini kerana semasa saya mengisi minyak RON 95, bau minyak tersebut lebih banyak berbau benzena. (saya biasa dengan bau benzena).... Jadi saya menjangkakan bahawa kandungan RON 95 Malaysia mempunyai benzena yang tinggi.

Benzena mudah terbakar
Benzena adalah sebatian kimia organik dengan formula molekul C6H6. Benzena tergolong dalam kumpulan hidrokarbon aromatik, tidak berwarna dan sangat mudah terbakar. Kadar flash point benzena ialah -11 darjah celcius.

Sedangkan unsur lain dalam minyak RON 95 iaitu octane, walaupun mudah terbakar namun tidaklah semudah benzena iaitu kadar flash point octane adalah 4.5 darjah celcius, manakala flash point toluene adalah 4 darjah celcius.

Ini bermakna, RON 97 kurang mudah terbakar daripada RON 95 kerana kadar benzena RON 97 adalah lebih rendah daripada RON 95 sebab mempunyai kandungan octane yang tinggi. Sedangkan RON 95, sangat mudah terbakar kerana mempunyai kandungan benzena yang tinggi.

Itulah hipotesis yang dapat saya lakukan...(jika tersilap saya mohon maaf kerana saya juga manusia biasa yang tidak lari daripada kesilapan)

Sekadar berkongsi... Wallahualam

Lesen Judi - Apsal lambat sangat! 1st Game Jumaat nih!!

LESEN JUDI BELUM DI KELUARKAN KEPADA ASCOTS SPORTS :PM – bernama

7 Jun (Bernama) -- Kerajaan belum lagi mengeluarkan atau memberi lesen kepada Syarikat Ascot Sports Sdn Bhd untuk menjalankan operasi pertaruhan bookie di Malaysia, kata Najib Razak.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan juga belum memuktamadkan perbincangan mengenai syarat-syarat dan terma-terma pelesenan dengan syarikat tersebut bagi menjalankan operasi pertaruhan bookie di Malaysia.

"Kerajaan masih mendapatkan maklum balas atau pandangan pelbagai pihak terhadap cadangan pelesenan pertaruhan bookie di Malaysia dengan hasrat untuk mengurang dan seterusnya menghapuskan perjudian tanpa lesen di Malaysia," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Tian Chua (PKR-Batu) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari Isnin.

Susahnya Islam di Tangan UMNO-APCO!


Isu ni sangat simple sebenarnya...
Kumpulkan semua ketua-ketua Agama-agama di Malaysia...

Dan sebagai Agama Rasmi Malaysia, Islam telah menetapkan judi itu haram!
Ikut jalan mana sekalipun!

Tapi sebagai agama yang sangat bertoleransi, dengar pendapat pelbagai agama lain..
Sebagai panduan dan hujah dalam perdebatan sekiranya perlu..

Teman yakin, memang takde agama yang suka denga judi ni..

Ahli-ahli UMNO pun tak suka!!
Cuma pemimpin-pemimpin mereka memikirkan cara nak dapatkan model untuk pilihanraya nanti!

Untuk ahli-ahli UMNO jugakkk!!!

sunsnake 08062010

Berjaya Corporation membuat pinjaman RM614 juta untuk pengendaliannya..

KUALA LUMPUR 8 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak harus dihadapkan ke Jawatankuasa Hak Dan Keistimewaan kerana mengelirukan Dewan Rakyat berhubung kelulusan lesen judi bola sepak yang diberikan kepada Ascot Sports Sdn Bhd.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata kenyataan Najib yang juga Menteri Kewangan I semalam telah menyelewengkan Dewan Rakyat apabila menyatakan kerajaan masih mengkaji permintaan Berjaya Corporation Bhd berhubung lesen judi tersebut.

"Semalam, dalam jawapan berhubung lesen judi sukan, Najib menafikan telah meluluskan tetapi pada masa yang sama di dalam laman sesawang Kumpulan Berjaya telah mengumumkan bahawa kelulusan itu telah diberikan.

"Hari ini bila kita periksa pengumuman berhubung lesen judi tersebut, nampaknya rekod itu telah dipadamkan.

"Kenyataan ini mengarut kerana kerana Kementerian Kewangan sebenarnya sudah pun meluluskan lesen tersebut kerana kalau tidak kenapa Berjaya Corporation membuat pinjaman RM614 juta untuk mengendalikan operasi judi sukan ini.

"Najib sepatutnya dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana memberikan kenyataan mengelirukan," kata beliau.

Menurutnya, Berjaya Corporation membuat pengumuman pada 12 Mei berhubung kelulusan lesen judi sukan yang menyebabkan saham syarikat tersebut melonjak naik pada hari tersebut.

Pengumuman itu menyatakan Menteri Kewangan telah memberikan kelulusan kepada Ascot Sports lesen untuk mengendalikan operasi judi sukan mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Sementara itu Timbalan Menteri Kewangan yang baru dilantik, Senator Datuk Donald Lim ketika ditemui media di lobi parlimen berkata keputusan kerajaan tidak muktamad dan masih menunggu maklumbalas semua pihak.

Ketika diminta mengulas itu, beliau enggan menjawab kerana menurut beliau keputusan itu bukan di tangannya dan mengatakan Kementerian Kewangan akan mengadakan perbincangan lanjut isu tersebut.