Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, September 22, 2011

Mari Selamatkan Melayu!!!


hah..
PAS bertanding 20 kerusi..
PRU 2008 PAS hanya menang 8 kerusi Dun..

So melalak la pencacai kononnya PAS jadi barua DAP laaa.. barua PKR laa..

Paling best Melayu Selangor dalam bahaya!!

wakakakaka!

OK, apa kata, kali ni bagi PAS menang semua kerusi Dun yang ditandingi..
20 Kerusi Dun!

haaaaa.. ada bran?

Lepas tu kita tengok apa jadi..

Cakap lebih-lebih karang pencacai marah lakkk..
"Hanya Islam yang mampu menyelamatkan bangsa!"

budakbalun 22092011

Pembahagian kerusi Pakatan S'gor selesai

Rundingan pembahagian kerusi antara parti gabungan Pakatan Rakyat di Selangor selesai dengan keputusan mengekalkan status quo dalam pilihan raya umum lalu.

Dengan itu, PKR akan kekal bertanding di 21 DUN, PAS di 20 kerusi dan DAP pula sebanyak 15 kerusi, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad (gambar bawah, kiri sekali). "Pembahagian kerusi di Selangor sudah selesai... PAS masih beranggapan (untuk) berperanan (memenangi) undi orang Melayu," katanya. - Mkini

Pulau Pun Nak Kena Jual! Hebatnya BN!


KENYATAAN AKHBAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SABAH

TERHADAP PENJUALAN PULAU KEPADA PIHAK ASING

Dewan Pemuda Pas Negeri Sabah terkejut dengan penjualan 3 buah pulau iaitu Pulau Mengalum yang terletak di pesisir Kota Kinabalu, Pulau Pandanan di Semporna dan Pulau Montukod di luar pesisir kimanis yang diiklankan menerusi pusat pasaran talian terus yang berpangkalan di Toronto, Kanada.


Jesteru Dewan Pemuda Pas Negeri Sabah amat kesal dengan pengakuan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur negeri, Datuk Osman Jamal yang menyatakan kerajaan tidak boleh menghalang penjualan Pulau-pulau tersebut kerana ianya adalah hakmilik persendirian.


Persoalannya bagaimana pulau-pulau sedemikian begitu mudah dimiliki oleh segelintir individu tertentu sedangkan ia merupakan khazanah berharga Sabah yang seharusnya dipulihara, yang boleh dijadikan sebagai tarikan pelancongan.


Dewan Pemuda Pas juga hairan bagaimana Jabatan Tanah dan Ukur boleh dengan begitu mudah memberikan kelonggaran kepada individu tertentu untuk memiliki sebuah pulau sedangkan dalam masa yang sama Jabatan ini juga yang melakukan perampasan terhadap Hak Tanah Adat yang menyaksikan begitu ramai penduduk kampung yang tinggal di pedalaman diusir, ditangkap dan didakwa seperti laporan Suhakam yang menyatakan bahawa Sabah mencatat aduan tertinggi pencabulan tanah adat sebanyak 824 kes atau 82.4% antara tahun 2002 hingga suku pertama tahun 2011.


Jika Jabatan Tanah dan Ukur boleh menguatkuasakan Seksyen 42, Ordinan Tanah Sabah Bab 68 bagi merampas hak tanah Adat terhadap penduduk-penduduk kampung di pedalaman, maka ia juga sepatutnya boleh menguatkuasakan undang-undang yang sama bagi menjaga kepentingan rakyat sabah.


Begitulah juga apabila kerajaan bersungguh-sungguh mempertahankan Pulau Sipadan dan Ligitan daripada tuntutan negara Jiran sedangkan bersikap dingin dan berlepas tangan terhadap penjualan 3 buah pulau ini dari terlepas kepada pihak asing. Seluruh dunia kini menyaksikan perebutan pulau-pulau bagi memastikan sesebuah negara dapat meluaskan kawasan pesisir dan sempadannya. Tidak mustahil pembelian pulau ini akan membolehkan negara Asing dengan mudah memperluaskan kedudukan strategik mereka.


Jesteru Dewan Pemuda Pas Sabah mendesak supaya kerajaan Sabah menghalang urusniaga penjualan tersebut memandangkan ia akan memberi kerugian kepada khazanah berharga yang menjadi hak kepada seluruh rakyat Sabah.


Dedahkan siapa pemilik pulau-pulau tersebut yang begitu tamak sanggup menjual sebahagian dari tanahair sendiri dan siasat juga bagaimana mudahnya mereka ini memperolehi tanah seluas pulau!

LAHIRUL B. LATIGU

KETUA DEWAN PEMUDA PAS SABAH

Khas Untuk Pencacai UMNO!


Tauuuu..
Memang pencacai takkan faham benda-benda ni..
Saja nak ulang..

Mana la tahu kot-kot dapat hidayah di hujung-hujung nafas!

Ameen!

Lagipun.. puak-puak pencacai ni bukan suka baca tulisan panjang-panjang..
Sebab tu apa yang dibaca dek pembaca berita kat TV tu pencacai terima sebulat hati dan sebulat suara!
Lain kalau gambor-gambor lucah dan hina lagi jijik yang selalu dibuat dek jefreydamien tuh!
Bukan main suka pencacai!!
wakakaka!

budakbalun 22092011

PERDANA MENTERI MALAYSIA.

YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.
Menteri Besar Kelantan.
KELANTAN
...
Y.A.B. Tuan Haji,

PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993.
DI NEGERI KELANTAN.

Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26).
Bertarikh 8 Jun 1994.

Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.

1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kapada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu “tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum).” Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.

2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW. sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya dizaman itu.

3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:

(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran.

Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan. Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.

(ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.

Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.

Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan ia adalah satu kezaliman yang dahsyat.

5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolak sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya.

6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.

7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD.

Che Det...Belit Serupa Sawa!


Hok aloh...
Berbelit-belitlah..

Patutlah Tukartiub selalu tulis..

Kalau jumpa ular ketuk madey dulu!!

wakakaaaka!

budakbalun 22092011

Saya bukan lagi PM laksanalah hudud, Mahathir beritahu PAS

September 21, 2011

TANJUNG MALIM, 21 Sept – Tun Dr Mahathir Mohamad meminta Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat memperkenalkan hukum hudud di negeri itu sekarang memandangkan beliau tidak lagi menjadi perdana menteri yang dahulunya dianggap menghalang hasrat kerajaan negeri itu melaksanaannya.

“Saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud). Pi la tanya Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) kot dia nak bagi... ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya kononnya pasai saya, (PAS) tak dapat laksana hukum hudud,” katanya (gambar) ketika diminta mengulas hasrat PAS untuk melaksanakan hudud di negeri itu biarpun ditentang oleh rakan-rakannya dalam pembangkang.-minsider