Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, April 9, 2010

PRK Hulu Selangor (30) Pemimpin BN jadi David Blaine la ni!



Hari tu teman dah cerita bagaimana pegawai kebajikan masyarakat tetiba muncul depan rumah mencari orang susah! Kan betul teman kabo!
Seluruh Hulu Selangor seolah-olah ada ramai magician datang!

Pimpinan UMNO-BN sekarang bolehlah diibaratkan sama fungsinya seperti David Copperfield dan David Blaine! Minta je.. kompom bolehhh!!!

Kalau tak silap teman, masjid-masjid dan suarau-surau pun dah dapat bantuan!
Mana-mana surat permohonan lama-lama diminta diprint balik dan serahkan segera kepada agensi kerajaan pusat! (tak pasti agensi mana..)

Yang ada rumah-rumah kosong dan untuk disewa jangan cerita laaa..
Inilah masanya nak buat duit!
Pastinya disewakan kepada UMNO!

Di Felda Sungai Tengi Selatan, sebuah rumah betul-betul di simpang masuk dijanjikan oleh UMNO RM5000 untuk sewaan sepanjang PRK ni!
Wah! gaji teman 5 bulan tuh!

Wah! Untunglahh Rakyat Hulu Selangor!!!
sunsnake 09042010


Pilihan raya kecil: Peluang penduduk buat tuntutan
Apr 9, 10
12:11pm
Masyarakat sekitar Hulu Selangor menggunakan peluang pilihan raya kecil parlimen yang bakal diadakan di kawasan mereka pada 25 April untuk menuntut hak dan juga pembangunan di kawasan berkenaan. Menurut S Kavitha, 23 yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat lombong, Gemilang Pintar Sdn Bhd, pilihan raya kecil adalah peluang bagi penduduk menuntut apa yang sepatutnya merupakan hak mereka. Pengundi muda itu berkata golongan berusia di kawasannya kurang 'bersemangat' membuat tuntutan tetapi sebaliknya menunggu untuk bantuan disalurkan kepada mereka.

berita penuh