Huihhh!
Sama je bahayanya kena kencing tikus dan kena kencing dengan UMNO-BN..
Satu bawak mati..
satu lagi buatkan hati dan jiwa manusia mati..
kepada MDHS..
Tahniah atas tindakan segera..
kepada keluarga mangsa..
Takziah dan semoga bersabar..
budakbalun 25072011
Tiga lokasi resort diarah tutup                   
             
                        KALUMPANG – Sebuah resort, di sini diarah tutup  berikutan penemuan virus Leptospirosis atau kencing tikus yang  mengakibatkan kematian seorang remaja, Jun lalu.
Pegawai Daerah, Norhisham Ahmad Dahlan (gambar)  berkata, penutupan  itu dilakukan secara berperingkat sebelum ditutup sepenuhnya sepanjang  bulan Ramadan nanti.
“Tindakan ini diambil bagi mengelak lebih ramai pengunjung  terkena jangkitan virus, langkah ini juga bagi memastikan rawatan ke  beberapa kawasan berisiko dapat dilakukan dengan lancar,” katanya  selepas melawat resort berkenaan, di sini, semalam.
Lawatan itu turut disertai beberapa pegawai Pejabat Kesihatan  Daerah Hulu Selangor dan Penguat kuasa Majlis Daerah Hulu Selangor  (MDHS) serta Penguat kuasa Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor  (PDHS).
Sehingga kini, tiga lokasi di kawasan resort itu telah ditutup,  iaitu kolam mandi (tempat penemuan awal virus), kafeteria dan tapak  perkhemahan sejak 22 Julai lalu bagi mengelak pengunjung ke kawasan itu.
Norhisham yang juga Pengerusi Wabak Penyakit Daerah Hulu  Selangor memaklumkan, kes berkenaan mula dikesan sejak sebulan lalu,  hasil keputusan positif daripada dua sampel air yang diambil di resort  itu.
Menurutnya, keputusan dikeluarkan hasil siasatan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan.
“Dua sampel air yang diperoleh daripada Pegawai Kesihatan Daerah  Hulu Selangor dibawa ke makmal didapati positif virus Leptospirosis.
Berita Penuh
Monday, July 25, 2011
Zahid Oi.. Takyah Timbanglah.. Kira Jadikk!

Malu-malu alah pulak Menteri Pertahanan ni nak confirmkan Malaysia nak beli jet pejuang baru..
Ye la.. dulu masa Najib pegang MINDEF.. 2 bijik scorpene berjaya di'sebat'..
komisen saja dah perghh!!
Ni nak beli jet pejuang baru pulak??
perghh!!! perghh!!! pergh!!!
Atas alasan keselamatan negara!
ye la..
kalau dah guna alasan tu nak buat macam mana..
Kalau tak setuju karang adalah 5-6 ekor pencacai UMNO masuk blog teman bagi komen..
"budakbalun pengkhianat negara'!!
adehhh!!
beli je la Pak Zahid.. tak payah timbang-timbang..
lewat sangat karang.. masa dah jadi pembangkang di Malaysia..
tak merasa pulak komisen ratus-ratus juta!
Kempunan meleleh air liur kroni-kroni kamu tuuuu..
huhuhuhuhu
budakbalun 25072011
Menteri: Pesawat pejuang MiG-29N perlu ditukar
Kerajaan sedang menimbang untuk menggantikan sepenuhnya pesawat MiG-29N milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dengan pesawat tempur pelbagai guna (MRCA) Eurofighter Typhoon buatan empat buah syarikat aeroangkasa Eropah.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata TUDM pada ketika ini memiliki 10 buah MiG-29N yang dibeli pada 1990-an dan khidmat jet pejuang buatan Rusia itu perlu ditukarkan. Beliau berkata kementeriannya sedang membuat uji nilai jet pejuang Eurofighter Typhoon yang mempunyai kelajuan 2 Mach, merangkumi kemampuan sistem teknikal dan persenjataannya yang canggih.
Berita Penuh
Konsert Anak Muda Hulu Selangor... Sempoiii

Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Hulu Bernam turut hadir dan menyampaikan ucapan.. ingatkan cikgu nak menyanyi tadikk!! Sempoi..Mari berhibur dengan cara Islam.. laki pompuan duduk asing haaaa..
budakbalun24072011
Subscribe to:
Comments (Atom)





