Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Sunday, February 27, 2011

Ahli UMNO!!! Takkan Nak Tunggu Lagi?

Teman merayu kepada semua ahli UMNO terutama pada ahli-ahli UMNO yang menjadi penyokong bukan pendokong...
Sebab selalunya golongan penyokong UMNO ni dapat sisa-sisa baki keuntungan dunia je..
Isinya kompom habis disebat dek pemimpin-pemimpin mereka..

Tinggalkanlah UMNO..

Presiden UMNO Najib Tun Razak telah menghina Syeikh Yusuf Al-Qardhawi!
Presiden UMNO Najib Tun Razak telah menghina Gerakan Ikhwanul Muslimin pernah dipimpin oleh Asy-Syahid Hassan Al-Banna!
Dan selepas itu Najib telah mengalungkan Kalungan bunga di Pusara Kamal Attaturk! Bapa regim sekular Turki!!

Ya Allah!! teman sendiri macam tak percaya yang Najib akan buat macam ni!
Teman tak sangka langsung Najib akan menunjukkan kejahilannya sebegini rupa!
Dia langsung tak tahu sejarah Ikhwanulmuslimin atau dia buat-buat tak tahu?
Atau dia sebenarnya boneka Israel di Malaysia?

Sesungguhnya sejak dulu sampai sekarang yang paling takut pada Ikhwanul Muslimin ni hanyalah Israel dan Amerika!

Kepada ahli-ahli UMNO terutama penyokongnya..
Fikir-fikirkanlah kembali rayuan teman..
bukan untuk teman..
tapi untuk kamu semua....

Berfikirlah... buat kali yang pertama dalam hidupmu!

sunsnake 27022011

Fatwa Kebangsaan tidak terpakai kepada Najib?

Kongsi362
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-39 yang bersidang pada 21 Sep 1995 telah membincangkan Istiadat Meletakkan Kalungan Bunga Di Tugu Negara Sempena Hari Pahlawan. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara sempena sambutan Hari Pahlawan adalah sama dengan keputusan yang telah diambil dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada 7 Oktober 1987 iaitu bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada syirik. [E-Fatwa]



Nampaknya Fatwa pengharaman upacara seperti ini tidak diguna pakai untuk Perdana Menteri Najib Tun Razak kerana beliau lebih arif tentang Agama Islam berbanding Majlis Fatwa kebangsaan. Ini terbukti apabila beliau melakukan upacara meletakkan kalungan bunga di makam Mustafa Kemal Ataturk sebagai tanda penghormatan terhadap musuh Islam itu [Kalungan bunga].

Najib dan Isteri bertafakur di Taman Makam Pahlawan Anitkabir, Turki


Upacara penghormatan dengan meletakkan kalungan bunga di makam Mustafa Kemal Ataturk [Bernama]


Anda tak perlu pelik dan tak perlu hairan kerana sebelum ini seperti yang dilaporkan oleh National Review, Najib secara terang-terangan sudah menggelarkan ulama besar dunia Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi sebagai membawa kesesatan di Timur Tengah [National Review].

Mungkin Najib ada fatwanya sendiri untuk menghalalkan apa yang sudah jelas diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Ulama Dunia yang menjadi rujukan dunia Islam sanggup digelar sebagai menyesatkan, apa lagi Majlis Fatwa Kebangsaan?

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/02/fatwa-kebangsaan-tidak-terpakai-kepada.html#ixzz1F9pcVwL4