Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, January 12, 2010

Macam ada Pilihanraya nak mai nih!


Selalunya, bila harga sawit naik tiba-tiba nie.. Pilihanraya nak datang..
Ingat lagi sewaktu PRU12 2008, bukan main mahal lagi harga sawit!
Bukan main suka lagi orang-orang Felda! Itu yang boleh kata PAS kalah di semua UPU Felda tuh!

Wallahua'lam..
sunsnake 12.01.2010

Harga lepasi RM3,000

KUALA LUMPUR 11 Jan. - Harga minyak sawit mentah (MSM) diramalkan mampu melonjak ke paras RM2,500 setan sehingga melepasi paras RM3,000 setan pada suku pertama tahun ini berikutan peningkatan permintaan dari China, India dan Kesatuan Eropah.

Menurut Pengerusi Kumpulan Perladangan Felda, Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor, jangkaan ini adalah berdasarkan analisis pelbagai pihak dan aliran harga yang menunjukkan prospek baik menanti tahun ini.

Pada pukul 3.55 petang ini, harga minyak sawit berada pada paras RM2,570 setan.

Musim pengeluaran yang agak rendah disebabkan hujan antara November dan Mac tahun ini turut menjadi faktor yang bakal merangsang kenaikan harga komoditi sawit ini, kata beliau pada majlis perasmian seminar pengurusan Kumpulan Perladangan Felda 2010 di sini.

Mohd Yusof berkata, pengeluaran minyak sawit pada 2010 dijangka berjumlah 17.3 sehingga 17.8 juta metrik tan berbanding 17.5 juta metrik tan bagi tahun 2009.

"Pada masa ini mereka yang terlibat dalam industri sawit merasa lega kerana prospek harga minyak sawit kekal pada RM2,400 setiap tan pada Disember 2009," katanya.

Biarpun harga yang pernah mencecah RM4,4438 pada Mac 2009 sukar diulangi, paras harga minyak sawit bakal bertambah baik, katanya lagi.

Pada minggu lepas harga minyak sawit mentah meningkat kepada RM2,626 manakala harga buah tandan segar (BTS) ialah RM516 satu tan.

Kumpulan Perladangan Felda mensasarkan pengeluaran BTS sebanyak 8.63 juta tan metrik dan sebanyak 15 juta metrik tan BTS turut dijangka diproses oleh Kilang Felda.

Manakala katanya, pengeluaran MSM adalah dijangka sebanyak 3.13 juta metrik dan ini melibatkan kos pengeluaran BTS sebanyak RM198 setiap tan.

Katanya, purata harga jualan MSM adalah RM2,100 setiap tan.

Dalam perkembangan lain, Felda melalui anak syarikatnya, Felda Palm Industries (FPI) akan melaksanakan Projek Loji Janakuasa Biomass kedua di Jengka yang dijangka siap pada Disember 2011.

Katanya, ini memerlukan 300,000 tan tandan kosong kelapa sawit (EFB) sebagai bahan bakar dari tujuh buah kilang sawit.

Ini adalah bagi menyokong usaha dan saranan kerajaan supaya industri komoditi di negara turut serta dalam menyumbang kepada industri tenaga.

Sebelum ini, FPI mempunyai sebuah lagi kemudahan, Biomass Power Plant, di Sahabat, Sabah, yang berjalan lancar sejak 2006. - Bernama