Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, February 23, 2011

Gaddafi rela Syahid?


Wah!
Ini hebat!!!
Gaddafi rela syahid!

Hmmm....
Apa yang diperjuangkannya?
Harta benda yang dikumpulnya selama ini?
Atau memperjuangkan negara Libya yang bakal diwarisi oleh anaknya?

Moga Allah SWT bantu pejuang-pejuang yang menentang kezaliman Diktator Libya ini!

sunsnake 23022011

Gaddafi perintah hancurkan pemberontak

Presiden Libya, Muammar Gaddafi hari ini memerintahkan polis dan tentera menghancurkan rakyat yang cuba menggugat pemerintahannya selama 41 tahun dan memberi amaran penunjuk perasaan akan diperangi sehingga ke titisan darah terakhir.

Pada ucapannya di televisyen hari ini, Gaddafi menegaskan beliau akan terus kekal sebagai presiden Libya dan bersedia mati syahid bagi mempertahankan negaranya.

Berita Penuh

Apabila Politik Kampus Pun Ditakuti UMNO...


Mahasiswa Pun Mahu Di'bonsai'kan?

Inilah jadinya apabila berpolitik menggunakan akal fikiran semata-mata..
Tidak mahu menggunakan keadilan kemanusiaan apatahlagi keadilan Islam..
Anak-anak muda ini bukan mat rempit di jalanan..
Bukan juga bohjan dan bohsia di kompleks beli belah..
Bukan juga peleseran di lorong belakang mati!

Tetapi mereka adalah golongan anak muda berpelajaran..
Mereka golongan mahasiswa yang terpelajar..
Mereka adalah golongan anak muda terpilih...
Bukan semua anak muda dapat diterima masuk ke Universiti Awam..
Bukan semua jugak anak muda layak ke sana..

Mana mungkin apabila anak muda ini diperbodohkan..
Mereka hanya tunduk melayu!
Mana mungkin apabila anak muda ini dipertololkan..
Mereka hanya diam membisu...
Mana mungkin apabila mereka diperbangangkan..
mereka hanya senyap menganggukkan kepala!!!

Darah muda mereka cepat menggelegak!
Darah muda mereka pantas menyambar setiap inci saraf tubuh!
Darah muda mereka tegar menyelinap jasad dan nyawa!
Darah muda mereka tuntas merobek-robek segenap otak dan minda!

Maka...
Sangat hinalah golongan tua yang memikirkan..
Anak muda ini boleh diperbodohkan..
Sangat hinalah golongan tua yang memikirkan..
Anak muda ini boleh dipertololkan..
Sangat hinalah golongan tua yang memikirkan..
Anak muda ini boleh diperbangangkan...

Kerana apa?
Mungkin kerana golongan tua yang bergelar Timbalan Naib canselor ini..
Sewaktu mudanya dia menongkah arus!
Dialah mungkin satu-satunya anak muda diwaktu itu yang menjadi...

Anak muda yang rela diperbodohkan..
Anak muda yang rela dipertololkan..
Anak muda yang rela diperbangangkan!

Manakan boleh dia mengubah anak muda itu menjadi sepertinya?

sunsnake@budakbalun 23022011

Siswa berang: Kemenangan pro-M dibatalkan

Lebih 100 pelajar pro-Mahasiswa (pro-M) sedang berkumpul di hadapan bangunan pentadbiran UPM bagi membantah pembatalan kemenangan 11 daripada calonnya dalam pilihan raya kampus semalam.

Menurut jurucakap pelajar berkenaan, Ahmad Shukri Kamaruddin, semua 11 calon pro-M itu dihubungi melalui telefon pada jam 9 malam semalam. Mereka kemudiannya diberikan surat rasmi yang mengatakan bahawa kemenangan mereka telah dibatalkan. "Surat itu ditandatangani oleh ketua unit disiplin, hal ehwal pelajar UPM, Noraihan Nordin" kata Ahmad Shukri.

Kesebelas mereka diberi tempoh sehingga jam 10 pagi ini untuk merayu tetapi terpaksa membayar RM100 setiap orang bagi berbuat demikian.

Berita Penuh

Kenapa Ada Surah Semut?


( U - sesuai untuk budak sekolah dan semua lapisan masyarakat, sory! post sebelum ni aku lupa taruk 18 SX he he he sumber hamka... )

Kenapa ada surah semut dalam Al-Quran?
Apa istimewanya semut, ni?
Banyak lagi serangga lain tapi semut juga menjadi pilihan Allah?
Sebenarnya banyak lagi kisah binatang yg Allah lakarkan dalam al-Quran, seperti lembu, burung, anjing, ikan dll…nampaknya ada keistimewaan pada semua binatang2 nih..yg pasti, binatang ni telah menjadi mulia kerana korang dan aku yg membaca al-quran dan Umat Nabi akhir zaman akan menyebut namanya berulang2 sampai hari kiamat…Firaun dan abu lahab, bila di baca namanya dlm al-quran akan di azab, binatang2 nih aku rasa pun akan dpat ganjaran yg baik bila di sebut namanya…Allah maha kaya kan?
Akan datang aku akan cerita satu persatu pasal binatang dlm al-Quran, untuk hari ni aku cerita pasal semut dulu…

Berbalik pada soalan yg telah di tanya oleh encik XYZ, seorang budak sekolah, kenapa ada surah semut?

Jawapanya adalah:-

Kerana semut ajak kaum dia berlindung dari pijakkan tentera Nabi sulaiman.
Maka Allah suka dengan amalan semut ni, maka Allah kekalkan cerita ni dalam Al-Quran,

c/o
Jadi cuba bayangkan betapa sukanya Allah kat korang semua kalau korang ajak kawan kawan korang buat baik, lepas tu kawan-kawan korang ajak pulak kawan kawan korang buat baik, dan kawan kawan korang tu ajak pulak kawan, kawan-kawan diorang buat baik dan kawan-kawan diorang ajak kawan kepada kawan, kawan-kawan diorang dan kawan, kawan kawan kawan diorang ajak kawang kuang kuang kuang bla bla bla bla bla bla bla tiga bla puluh bla bla sen bla (ulang c/o sampai hari raya ke dua …he he he)

Ps: Allah dah buat keputusan bahawa Al-quran adalah kitab yg terakhir, sebelum ini mana2 makhluk yg buat hubungan dengan ugama(bukan semua), Allah tulis dlm kitab, semut dah buat hubungan dengan ugama(daqwah kaum dia) maka Allah tulis dlm kitab suci Al-Quran, memandangkan Al-quran kitab terakhir, maka korang yg buat baik macam semut tu Allah perintah malaikat tulis dalam kitab kat bahu kanan korang(dan aku)..akhirat nanti sapa2 yg ambil ngan tangan kanan kitab tuh , confirm masuk shurga..amin…korang tak sabar nak baca kitab kat bahu kanan tu? Jadi mayat baru boleh baca heh heh (gila ke apa? asyik ketawa!)

Nota: kepada budak2 sekolah belajar rajin2, kalau nak minum air pastikan takde 'mayat' semut dlm air tu –ok…he he he

sumber - keretamayat